Sunday 25 December 2011

Disember - Di akhirnya angin yang mendamaikan..

Setelah subuh, rutin harianku seperti selalunya. Menghantar perempuan yang ku panggil 'Emak' ke tempat kerjanya. Perjalanan sejauh 8 Kilometer itu kadang-kadang disertai hujan. Namun hujan bukanlah api yang turun melainkan cuma air. Maka bersama motor 100cc itu, kami dua beranak meluncur laju. 

Err sebuah intro yang agak personal ku kongsikan barangkali. :p

Sebenarnya kalau kau perasan di hujung-hujung Disember ni waktu angin bermain-main. Macam main layang-layang. Haha. Kadang-kadang kuat. Kadang-kadang mendamaikan. Hujan pun still ada lagi. Tapi frekuensinya agak aneh. Kalau dah rintik tu, tiba-tiba stop. Lepas tu hujan lagi. Stop lagi.

Pagi tadi serius aku rasa tenang. Damai. Free. (Err ada lagi ke istilah tenang?) Sebab masa aku atas motor tu aku bau pagi tu puas-puas. One word je yang boleh aku kata. Subhanallah. Aku gambarkan macam ni jela:

"Pagi yang tak macam pagi. Macam petang sebab angin bertiup lembut betul. Aku pun hairan kenapa aku tak mengantuk. Awan hitam yang aku lihat bukan awan hujan or awan kumulonimbus. Awan hitam kat langit tu aku nampak macam seni abstrak. Macam kau baling cat ke dinding je. Dari aspek cahaya, terang tak terangla. macam cahaya nak maghrib kot. Tapi bukan yellowish. Fluorecent light agaknye. :p"  


Kalau kemalangan, orang lebih mementingkan kenderaan yang mahal gila tu ke or orang yang kena langgar tu? (Orang awam yang individualistik & materialistik)

Final Stage!

Sebagai manusia, kita semua akan berubah kan. Tak kira la dalam bentuk apa sekalipun. Kalau kanak-kanak waktu cuti sekolah ni mungkin tengah mengalami proses sunat. Selepas tu mula la naik jerawat, berat badan naik dan macam-macam lagila. Tanda-tanda dah remaja la katakan.

Kitaran manusia :

Bayi -> Kanak-Kanak -> Remaja -> Dewasa -> Tua -> Mati

Proses kat atas tu sebenarnya tak berlaku kepada semua orang. Sebab proses yang akhir sekali tu boleh berlaku di mana-mana tahap. Mungkin selepas tahap Remaja or mungkin juga selepas tahap Bayi. Dan mungkin juga sebelum tahap bayi iaitu sewaktu kita berada di dalam rahim ibu. 

Dan sebagai orang islam kita pun tahu kan Mati bukan tempat terakhir kita. 

Mati -> Kubur -> Hidup Semula -> Perhimpunan di Padang Mahsyar -> Titian Sirat -> Final Stage

Final stage tu apa pulak? hehe. Semua tahu kan. Itula tempat terakhir kita. Di situ manusia dipisahkan mengikut amalan masing-masing. Ada yang lepas titian sirat tu dan ada juga yang tak lepas. Bayangkan, titi tu lebih nipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. So nak ke mana kita di Final Stage nanti ye? Ask Yourself.

Sebelum ni tempat yang aku rasa tenang sekali adalah di Pasar Seni. Sebab ada buskers yang aku cinta. Then buskers dah macam diharamkan kat situ. So tempat yang paling tenang bagi aku sekarang adalah tanah perkuburan. Kenapa? Cuba kau pergi try..

Sunday 18 December 2011

Manusia tak 'Balance'

Seorang makcik yang begitu baik hatinya sehinggakan sanggup mengambil kucing kurap di jalanan memberinya makan tetapi sayangmya makcik memakai baju yang mendedahkan !@##$!$.

Seorang pakcik yang baru selesai solat zuhur berjemaah kelihatan melarikan diri dari peminta sedekah yang cuma  ingin meminta Ringgit Malaysia Satu untuk menghilangkan hausnya sejak pagi tadi. Sebenarnya pakcik kedekut.


Statement di atas cuma sekadar beberapa senario hari ini. Sebenarnya lagi banyak. Realitinya dan kebanyakannya begitulah. Termasuk diri aku yang hina ni. Tak balance. Cuba kita lihat Nabi kita. Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah manusia yang balance. C:


Puisi. Lagu. Lirik. kemana kalian pergi?



Saturday 17 December 2011

Suatu malam radio berasap!

Satu malam tu aku keluar dengan kawan-kawan ofis. Ada orang nak belanja tengok wayang la katakan. Sebelum tu radio yang aku dengar dalam kereta tu main lagu apa entah. Aku tak ingat dah. Tapi bukan genre aku la bro. Then azan maghrib berkumandang. So senyap. Hormat. Doa. Then radio tu putar lagu nasyid Rabbani dengan apa entah satu lagi nama grup tu. Aku pun layan. Kadang-kadang muzik nasyid boleh bawak balik kau punya mind yang banyak pikir pasal dunia nie even girl sekalipun kepada Pencipta sekalian makhluk. So kredit pahala free masuk. Hehe. Tapi bila dah nak sampai ke destinasi, aku rasa wah ok gak sound band ni. Dengar macam sound kebanyakan band indie. Tapi lirik dia ada nama Allah. Aku pun apa lagi. Wow! Superb! Tak tahu la band apa. Tapi serius pandai dorang sampaikan mesej. Kenapa la aku tak start dari dulu.


p/s : Thom Yorke, aku dah ada kawan baru kat tanah air aku sendiri. Nama dia MonoloQue.


Aku kena start plug in balik gitar elektrik aku! On balik Audacity recording! 

Thursday 15 December 2011

Disember - (Middle)

Sebelum ni hujan dah low and terus stop. Then hujan lagi. yeay! haha. Nampak gayanya lebat jugak hujan pertengahan Disember ni. KL banjir. Tapi tula hujan ada dalam list cuaca kesukaan aku. Bersyukurla dengan hujan yang turun ni. Allah lebih tahu semua yang berlaku ni dari kita. Tak elok judge hujan ni bawak masalah ke apa. Oh ye. Teringat pulak aku kat lagu Hujan Jangan Marah oleh Efek Rumah Kaca. Dengar dan fahamkan apa yang nak disampaikan. Kau akan faham tentang Bencana.

Aku still sayang gitar rhtym hitam aku yang cuma tinggal 4 tali. Memories!

Sunday 11 December 2011

2 Perenggan (Hilang)

Sejenis perasaan bila berada di sesuatu kedai yang memainkan lagu tamil, berhawa dingin dan relaks datang setelah berbulan-bulan lamanya menghilang. Hilang pun disebabkan aku. Sebenarnya perasaan ni juga telah mengorbankan sesuatu yang aku jaga berbulan-bulan. Sedih jugaklah woi!

Serius aku jatuh hati pada mereka-mereka yang aku gelar 'Selamat sejahtera ke atas kamu' tu. Di sudut lainnya aku gelar mereka-mereka ini bidadari. Hilal Asyraf pun cakap yang diaorang ni bidadari dunia. Alahai. Superb Different! Aku percaya banyak malaikat yang jaga mereka-mereka ni.


Rambut Kurt Cobain aku dah hilang. 'Selamat Sejahtera ke atas kamu', err Assalamualaikum! C:

Tuesday 6 December 2011

Disember - The end of the rain!

Hujan sudah berhenti. Kalau awal-awal Disember dulu hujan mencurah-curah turun, kini sepi tanpa air langit. Sekarang keadaan kembali normal. Normal yang bagi aku selesa dengan semua makhluk bumi. Even semut api sekalipun. Sebab itu la kalau keseimbangan ekosistem kau kacau tak tenang hidup ni. Betul tak mak cik!? hehe. Aku lebih suka menyebut Goreng Pisang berbanding Pisang Goreng. Makcik punya sebutan pada tanda nama gerai pun Goreng Pisang  kan? Kadang-kadang hidup ni tak payah nak ikut rule sangat kan makcik. Sebab rule tu made by human. Kita kena follow rule Tuhan.


Apa azam aku 2012 ni? Tahun ni aku ada azam ke? Macam tak!

Sunday 4 December 2011

Disember - Smells like Teen Spirit!

Serius rindu masa muda-muda dulu. Buat lagu. Praktis. Jam. Happy! 

Start Form 2 aku pegang gitar. Main lagu-lagu kapak then berevolusi sikit-sikit dari Linkin park ke Nirvana ke Radiohead ke Oasis dan macam-mcam lagilah. Haish! Zaman-zaman CD la katakan. Manala tahu nak download bagai time tu. 

Zaman aku Form 4 aku dah buat band. Aku paling suka time nak setting (praktis). Sebab..masa tu aku dah jadi orang lain. Aku ada lagu dari syurga yang datang malam-malam buta. Kau ada? Aku rasa aku insan terpilih. Erk!


Sampai sekarang aku tak tahu maksud "you're the apple of my eyes".

Saturday 3 December 2011

Disember - Tutup mulut!

Oh Disember, sang bulan yang terakhir sekali dalam kalendar masihi. Masa-masa sudah seperti semalam berlakunya. Bayangkan. Dari awal bulan Januari sampaila ke penghujung bulan ni. Apa yang dah aku buat! Apa yang dah aku lalui! Apa yang aku dapat! Huh!

Disebabkan semalam aku menonton video Ustaz Kazim, aku mula berfikir secara waras. Sedih jugakla bro tengok ceramah beliau. Banyak isi yang disampaikan kena tempiasnya kat semua orang.


Kalau tak tahu sesuatu cerita, jangan komen. Lebih baik diam! Kalau kau just dengar orang cakap A  then kau cerita balik pasal A yang kau sendiri tak tahu benda tu sahih ke tak kat kawan-kawan lain, kau dah buat silap besar bro!

Friday 2 December 2011

Disember

Masuk je bulan Disember hujan datang tak henti-henti. Musim hujan la katakan. Serius best mandi hujan! Haha. Teringat zaman-zaman hingusan la pulak. Hujan ni antara fenomena yang ada dalam list favourite aku selain waktu pagi. Hujan tu bagi aku satu kejadian yang indah. Berbilion titis air dari langit membasuh atau mungkin memandikan bumi yang kotor. Erk! hehe. 

Serius takde idea nak tulis apa-apa. Hujan Disember ni menyihir aku.

Wednesday 9 November 2011

zombie & pari-pari (bhg 1)



Di atas Jalan Tunku Abdul Rahman
ia berjalan tanpa kaki
oh halimunan yang tak kelihatan
satunya zombie, satunya pari-pari.
Dua-duanya sang teman.

melangkah lecah keegoan di tengah kota
manusia-manusia berpangkat
sumpah hierarkinya bertingkat-tingkat
anting-antingnya emas yang memberat
tak ada satu pun lalat!

melalui simen harapan (di kaki lima ini)
'auntie' lusuh yang sedang menikmati udaranya, teh aisnya
besi berat yang karat dipanggil kapal terbang yang berbakti, diparkir di tepi
kerana Coca-Cola dan kawan lainnya telah mati

"Sedekahkan senyummu buat aku, pari-pari."
"Aku geli, zombie!"


Sunday 16 October 2011

Aku panggil kau dengan nama 'Mungkin' ok!?



Kenapa mesti aku panggil kau orang semua dengan nama mungkin? 

Kalau nama kau Ramli, aku akan panggil kau 'Mungkin Ramli'. Kalau nama kau Nurul, aku akan panggil kau 'Mungkin Nurul'. Tapi tu sebenarnya panggilan yang aku panggil dalam hati. Realiti tetap aku panggil kau Ramli and Nurul jugak. Karang kalau aku panggil kau orang dengan nama 'Mungkin's name' pelik pulak orang tengok. Then adalah orang cakap nanti "Gila pelik nama dia!" hahaa. 

Sebabnya Husnuzhon. Yup. Yela kan, contohnya bila aku tengok Ramli tak siap kerja sekolah la katakan. Then persepsi pertama yang selalu keluar kadang-kadang mesti : Malas giler Ramli ni sampai tak siap kerja sekolah or ni mesti nak tiru aku punya la ni. Padahal sebenarnya Ramli malam tadi penat gila tolong emak dia berniaga. Siapa tahu kan and who cares? Benda-benda macam ni tuan punya badan je yang tahu. Selagi kau tak tanya janganlah nak start meneka itu ini. Cuba buat andaian yang baik-baik. 

Err tu je la aku nak tulis pun. Benda ni aku nasihatkan pada diri aku sendiri dan pembaca yang sedang membaca ni. Hehee. 



Renung-renungkan petikan ini:


‎"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

(Petikan dari FB seorang sahabat.)

Monday 10 October 2011

Afternoon - Sweat out of the skin


Pernahkah kamu merasakan tenang di tengah hari? Bukan membebel menyalahkan panas yang beranakkan peluh  di atas kulit-kulit. Diri sendiri tidak kisahkan panas. Seakan cuaca jenis ini telah jatuh cinta pada kamu. Dan itu membuatkan dirimu menerima segala kekurangan dan kelebihan. 


wahai pokok tempat aku berteduh
wahai tumbuhan rumput yang hijau 
wahai angin yang menyejukkan 
wahai langit yang tinggi di atas sana 
wahai udara yang aku hirup
wahai semut-semut yang berbaris
wahai sekalian makhluk tanpa akal

aku tahu kamu semua sedang berzikir nama Tuhan..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (1:2)


Friday 7 October 2011

Jerit!


Suara manusia berbeza-beza. Biar tidak semerdu penyanyi namun suara-suara itu pernah bersama-sama hidup di sisi. Pernah bergembira dan pernah berkongsi masalah. Suara adalah salah satu puisi yang cacat. 

Sebenarnya aku merindui suara zaman kanak-kanakku. Suara yang nyaring. Menjerit sana. Melaungkan nama-nama kawan baik. "Wan! Jom main nyorok-nyorok nak!?" Riuh. Orang tua pun faham sendiri perasaan kanak-kanak. Sebab mereka dulu pun kanak-kanak. Mana ada lahir-lahir terus jadi dewasa kan? Err teringat penyakit progeria la pulak.

Dan seperti manusia-manusia lainnya, setiap orang akan membesar. Lelaki dengan caranya yang tersendiri. Perempuan pun begitu. Suara pun ada yang berubah. Terutamanya lelaki. Masing-masing telah sampai ke satu tahap kehidupan yang dinamakan matang. Suara pecah.

Bagi aku suara adalah suatu alat yang boleh memutarkan kenangan-kenangan lama. Mungkin "Memory Player".  Dan otak aku adalah skrin monitor nya. 


Jeritlah sahabat!
suaramu bukan gas dapur yang habis sebulan
katakanlah sahabat!
kita kanak-kanak kehausan mainan
nanti pulang terus ke dapur
cari nasi lauk ikan dengan kicap

Kanak-kanak 1990-an


Thursday 6 October 2011

Bangun!


Tuhan, izinkan aku esok pagi
untuk mulakan hariku dengan solat 2 rakaat
dan sesudahnya juga solat 2 rakaat

izinkan aku Tuhan 
untuk mendengar orang berkata solat lebih baik dari tidur

sejuk
membungkus tubuh, melemahkan kudrat
memberat

Tuhan, aku tahu malaikat akan bergantian
pada waktu-waktu sejuk sebegini
aku tak mahu
aku malu
jika malaikat berkata pada-Mu aku masih tidur

selimut yang enak dan bantal yang enak
enaknya tidur. membahagiakan mimpi 

Tuhan, Izinkan aku solat subuh esok hari.



Saturday 1 October 2011

Umur saya sudah 1000 tahun



Umur kita semakin hari semakin meningkat. Hidup kita semakin hari semakin sedikit. Tak kan ada benda yang kekal lama walaupun kita sayang dan jaga ianya baik-baik. Kalau pergi ke hospital pastinya untuk orang-orang yang sakit. Kalau pergi ke pejabat-pejabat kerajaan pastinya untuk orang-orang yang sibuk mengira cukai. Kalau pergi ke sekolah pastinya untuk anak-anak yang mahu belajar menulis. Kalau pergi ke kubur pasti untuk orang-orang yang telah mati.

Umur itu kalau zaman kanak-kanak sudah menjadi satu perayaan. Bila umur menganjak naik satu angka, maka akan ada satu kek istimewa buatnya bersama-sama lilin-lilin yang gemilang. Ramai orang menyanyikan sebuah lagu 'selamat hari lahir' yang disudahi dengan tiupan pada lilin yang gemilang.

Umur itu juga seperti penasihat masa hadapan. Pelajar yang telah tamat sekolahnya akan mula memikir perkara-perkara yang harus dia ada pada umur akan datang. Sambung belajar di IPTA/IPTS? Kerja? Kahwin? Pelajar yang berstatus remaja itu sedang bersiap-siap untuk status dewasanya.

Umur bila sesorang itu tua akan cepat-cepat mengingatkannya pada Tuhan. Maka tidak hairanlah apabila kuanititi golongan ini sering ramai di masjid-masjid. 


"Umur itu kawannya masa. Maka janganlah disiakan sewenang-wenangnya."


Thursday 29 September 2011

0 II



"Just bring me to anywhere
 Just tell me anything
 then i can see, know


 quiet is beauty
 so when you like letter L
 then i like letter M
 different is creative"




Kosong lagi? Err mungkin ini dari aspek sosial dan geografi. Kalau nak diikutkan ilmu pun still kosong lagi walaupun dah belajar setakat diploma. Aku amat bersetuju dan yakin dengan kata-kata ni "Belajar tinggi mana pun tak kan menjanjikan masa depan yang bagus." Benda ni sebenarnya dah ditulis sejak kita azali lagi. Masing-masing ada rezeki sendiri. Cuma kita saje yang tak boleh duduk diam goyang kaki hisap rokok minum kopi tunggu rezeki tu turun macam hujan.

Ada yang setakat SPM dah jadi Manager.
Ada yang setakat PMR dah bukak workshop sendiri.
Ada yang tak pandai menulis tapi dalam poket berbilion-bilion.

Ada yang Ijazah Sarjana Muda dah berniaga burger.  

So kita tak boleh nak mengharapkan sijil tu semata-mata. Sebenarnya semua orang boleh hidup kalau dia tak belajar sekali pun. Mungkin mereka boleh berjaya dengan pengalaman yang mereka kumpul sedikit demi sedikit. Then bila dah jadi bukit tu yang buatkan mereka rasa mereka boleh maju. Setiap manusia tidak sama. Lain-lain kepala, lain-lain peristiwa.

Kalau bercakap tentang ilmu memang aku kosong lagi. Terlalu banyak. Ilmu Allah tu terlalu luas. So aku suka cakap diri aku ni bodoh. Sebab bila aku bodoh, orang lain akan beritahu. Dan selepas-selepas itu mungkin aku akan tahu bila orang lain bertanya. Then aku akan beritahu semula. Simple kan? Recycle of Knowledge.

"Act dumb and you'll learn more.". 

Monday 26 September 2011

0



Tuliskan perkataan 'kosong'.

Perasaan yang kosong? Aduh! Entahla. Baru-baru ni kosong banyak ertinya dalam hidup aku. Apa yang kosong entah. Kalau tengok kalendar rasa sayang je biarkan angka-angka yang silih berganti tu terbiar tanpa isi. Kosong. Atau aku ni selalu minum air kosong? Tu yang tak tentu arah tu. Kepala tak berat. Tapi setiap satu perkara tu mesti masuk kepala untuk errr dibasuh mungkin.

Cuba bayangkan billa duduk di dalam bilik yang dindingnya putih. Lantainya juga putih. Lalu pintu dikunci. Sungguh! Ni memang kosong yang sebenar.

Kosong yang bukan angka matematik. Malah lebih rumit dari tu. 

Setelah Ramadan tahun ni dan Syawal yang hampir pergi, aku, makhluk bernama manusia hina kosong.

Aku cuba pejam mata. Kosong.
Aku cuba bersenam. Kosong.
Aku cuba mendengar muzik. Kosong.
Aku cuba berjalan-jalan melihat orang. Kosong.

Buat masa ini yang aku lihat angka kosong itu di merata tempat. Macam virus yang giat merebak. Tapi kenapa aku yang kena?

Cuma, kosong itu terisi sedikit bila ada manusia yang ganjil-ganjil melintas lalu. Pada masa ini, bukan wajah saja yang senyum. Semua senyum. Jiwa senyum. Hati senyum. Mata senyum. Ah! Bahkan semua darah-darahku tersenyum.

"Selamat sejahtera ke atas kamu jiwa-jiwa yang baik!"

Sunday 25 September 2011

Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (2:255)

Wednesday 21 September 2011

Everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by suprise everytime one is going. (Contengan Jalanan - Hlovate)

Sunday 18 September 2011

Ahad 18 Sept 1413



Air hujan yang berbilion titis
menyerang atap zink karat rumahku
biar cuma buruk setinggan
asalkan jiwa ini aman, tenteram
selipar jamban basah di luar mandi hujan
(entah suka atau tidak)
bunyi zink bising sebab rumah tak bersiling
di rumahku, hujan membatalkan siaran 
kalau ada siaran Doraemon, lupakan!
habis semua elektrik mati-(mati kalau mak tahu aku tengok tv!)
aku hidup di bawah lampu kalimantang
terang tapi banyak memikir

sejuk mencari baju, baju mencari selimut
selimut mencari bantal, bantal mencari mimpi. 


Friday 16 September 2011

Progeria

Entri ni bukanlah berbentuk puisi or ayat-ayat yang memotivasikan. Cuma kali ni aku terpanggil untuk menulis tentang satu jenis penyakit yang dipanggil Progeria. Sebenarnya aku suka cari jenis-jenis penyakit ni even Psikologi Disease sekalipun. Dulu aku pernah tahu dan kaji sedikit tentang penyakit Parkinson, Cognitive Dissonance, Muscular Fibrositis disproportion, Autisme dll.  

Sebenarnya aku tulis ni berdasarkan satu sumber je iaitu Kosmo 16/09/11. Pernah tonton filem Benjamin Button lakonan Brad Pitt? atau kalau yang minat Bollywood tu pernah tonton tak filem Paa lakonan Amitabh Bachchan?

Masa pertama kali aku tonton filem Brad Pitt tu, aku tertanya-tanya ada ke penyakit macam tu kat dunia ni? 

Dan telah ditakdirkan hari ni bersamaan hari Jumaat sewaktu aku membaca surat khabar ada satu artikel khas yang memuatkan 2 muka surat tentang tajuk Progeria. Then aku teringat balik filem Benjamin Button yang pernah aku tonton suatu ketika dahulu. Huhu. This is the answer!

Sebenarnya seseorang yang menderita penyakit Progeria ni hampir sama je dengan penyakit Autisme. Mereka menderita semasa kecil lagi. Bezanya, Autisme pada pendapat aku ialah mempunyai dunia sendiri yang tak dikongsi dengan orang lain. Progeria lebih kepada penyakit yang berbentuk rupa fizikal.

Mereka (Kanak-kanak) yang menderita Progeria ni akan kelihatan seperti orang tua walaupun usia mereka terlalu muda. Tubuh mereka kecil, berkepala besar dan botak akibat keguguran rambut, mata tersembul keluar dan urat-urat tersembul keluar. Persis orang tua.

Dikatakan usia hidup mereka hanya di antara 8 - 21 tahun akibat serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, angina (Sakit dada) dan hati membesar. Mereka adalah manusia yang mengharapkan keajaiban dalam menentukan jangka hayat kehidupan sebenar. Bayi Progeria dikatakan hanya berlaku dalam 1 per 8 juta kelahiran dan sehingga kini tiada rawatan yang khusus untuk penyakit ni melainkan rawatan untuk mengurangkan komplilasi.

Dalam Kosmo 16/09/11 hari ini, nama Ontlametse Phalatse menjadi watak utama dalam artikel Progeria. Seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun itu bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli psikologi. Dia dilahirkan dalam keadaan normal dari perut Bellon Phalatse (Ibunya) namun dia selalu menderita ruam dan ibunya menyangka dia menghidap penyakit kulit. Kini Ontlametse sedang membiasakan dirinya dengan nama Progeria.

Sekadar tu jela yang mampu aku tulis. Semoga adik Ontlametse hidup ceria selalu di samping ibu tersayang.







Thursday 15 September 2011


"Manusia boleh terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam laut seperti ikan, tetapi (ramai) tidak mampu hidup di darat seperti manusia." (Margaret Marcus)

Sunday 11 September 2011

Selamat sejahtera ke atas kamu I


Jujur mata ini mengucapkan :
selamat sejahtera ke atas kamu, jiwa yang baik!

Mata ini duduk diam
bertemu perasaan teduh, sejuk
mengalirkan arus tenang
turun ke hati
dizahirkan pada lengkungan bibir

lari-ia tidak boleh dua kali

Jujur hati ini melafazkan :
Subhanallah..

Mengira kuantiti insan sebegini
di Bumi, boleh pakai jari
susah dicari-bukan barang beli

syukur-didoakan kesejahteraannya

Doa duduk antara 2 sujud









Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamnii (Rahmati aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa'afinii (Sihatkan aku)
Wa'fuannii (Maafkan aku)


Sumber - Wall FB Sham Kamikaze


p/s : Subhanallah..Terima kasih kepada saudara Sham yang mengingatkan. Beliau selalu berpesan-pesan kepada sahabatnya di dalam FB. Sehinggakan apabila tiba waktu solat yang wajib pun dia akan mengucapkan " Selamat Fajr / Zuhur / Asar / Isyak sahabatku semua :) ". Secara jujurnya aku kagum akan diri beliau yang baru sekarang ni. Mudah-mudahan hidup beliau diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Amin.

Selamat beramal. Mudah-mudahan solat kita lebih khusyuk selepas ini. Amin.





Saturday 10 September 2011

6 ; Sebuah pusingan U


Dosa..
berbaring dipundak bahu
mengeti hari ke hari
tubuh condong ke kiri


Hilang..
redha, tak diminta tolong
siang-siang tidur mati
malam-malam waktu berjudi


Gagal..
Dulu gigih berusaha
kini senang putus asa
alternatif menghulur tangan


Bersalah..
bukan tangan digari
seperti dikunci
sesal melihat keliling


Cemburu..
pada kanak-kanak yang memegang imuniti
hingusan yang masih belum tiba masanya
melihat dunia gula-gula


Menangis..
air mata diluah
dulu ketawa perut pecah
emosi lebih baik sederhana


Pulang..
Setelah berjam-jam di luar garisan
menyedari nikmat itu pemberian hutang
terima kasih di ulang-ulang



Thursday 8 September 2011


"Confusion is always a good start for learning."

Wednesday 7 September 2011

Kami (F.R.I.E.N.D.S)





















Wajahnya mencerminkan tenang
ludah cacian diam ditelan
semanis gula tanpa perisa
kami dan mereka yang bersahabat,
adalah rakan yang suka ketawa

Dari pagi sesudah mandi
hingga petang merunduk matahari, Oren
suara sebelum azan : ibu memekik suruh pulang
sungguh, kami bencikannya (kawan)
dia makhluk yang tiada air mata
kami dan mereka yang bersahabat,
adalah rakan yang tak berhenti berharap

Esok harinya Sabtu,
bagai gugur perisai yang sekeras batu-malu
pasti, malam tadi semua nekad bermimpi
(atau tahi bintang jatuh ke bumi?)
takkan lagi dia berdiri
layak kesabarannya mati

Kaku,
namanya diseru
dengan nama..(censored..)
dia buntu, keliru
dijeritnya pilu, ditangisnya rindu
sejarah silamnya berhantu
emosi yang sudah diganggu
mengheretnya berlalu, kabur.
kami dan mereka yang bersahabat,
adalah rakan seusia jiwa

habis, 5 hari berlalu dari tarikh ini

kami dan mereka yang bersahabat,
adalah rakan yang sendirian
sesal dibawa berbulan-bulan
menyalahkan diri tiada henti
menyumpah batu jadi diri. Ah!

Kerana ketawa tak lagi menjadi, sunyi-sepi
setelah gigi kering, mulut sumbing
mahu kata apa?

Innalillahi wainna ilaihi rajiun
sesudah kun fayakun
..kawanku-rakan kami-sahabat kita,
pergi tanpa ucapan jumpa lagi
kembali pada Pemilik asli

kami dan mereka yang bersahabat,
adalah rakan yang terlewat berkata ;
Nanti, kami sebenarnya tak...

Beginilah ceritanya
kawan-kawan yang tidak sempat (tidur)
mengejar Tuhan.















“We are all travellers in the wilderness of this world, and the best we can find in our travels is an honest friend”

Tuesday 6 September 2011

Epal & Malu, sebuah perumpamaan

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di puncak.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurang dirinya ini?

Perasaan rendah diri mulai bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnyatidak tertangguh lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Dari risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan... akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan lalat dan serangga perosak.

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran ke tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya, tiada lagi wanita yang suci dan mulus, di sekeliling kita ini,

Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri, ingatlah anda pada artikel ini/


Sumber - Mastika


"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." (Riwayat Muslim)

Monday 5 September 2011

"we may be poor, but we dont lie, and we don't steal." (Cj7 Film 2008)
Yahya ibn Mu'adh (radiyallahu anhu) 'May Allah be pleased with him' said : "I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abondoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than the former." 


"Aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa. Meninggalkan duniawi itu dikira terpuji, tapi meninggalkan dosa itu tanggungjawab. Dan untuk tinggalkan dosa itu lagi penting daripada tinggalkan dunia."

Sunday 4 September 2011

Mencari jawapan, mengiakan bisikan

Sebegitu mudah
terhisap goda, noda
terus lesu melemah
(Ada yang ketawa puas di sebalik layar)

Aku bak anak penyu
dilepaskan tanpa ibu ke laut
lalu di laut itu aku memilih
hidup mati, kanan kiri
beritahu aku hidup mana yang tak perlu memilih?

Dalam hidup, mesti berjuang
kalau kalah, mati pun kalah
kalau menang, tempat tidur terang
maka apakah senjata ampuh?

Aku dinamakan manusia
yang punyai koleksi pelekat dosa


Thursday 1 September 2011

Telling others bad in his absence

"Engkau telah mengucapkan suatu perkataan yang andai dituang ke laut, nescaya ia akan mengotorkannya." (Rasulullah S.A.W)



Mengumpat adalah menceritakan keburukan orang lain semasa ketiadaannya dan apabila ia mengetahui mengenai hal tersebut ia akan marah. Sebenarnya kalau nak diikutkan, mengumpat ni berlaku bila-bila masa je. Even kita tak sedar sekalipun. Kita tak sedar yang kita telah bercerita mengenai cacat cela orang lain semasa kita tengah rancak bersembang dengan kawan-kawan. Dan selalunya jika kita yang mulakan cerita tersebut, kawan lainnya pasti akan menambah. Kemudian kawan lain pula menokok tambah dan begitulah seterusnya. Di akhiran penceritaan tersebut yang pasti adalah gelak-ketawa atau mungkin diam yang bermakna. Maksudnya diam untuk dicerna di dalam otak supaya simpan input tersebut dengan selamat supaya boleh dikongsikan dengan kawan lain pula. Begitulah senario kehidupan yang berlaku hari ini.


"Sesiapa yang menutup (Keburukan) seorang muslim, Allah akan menutup (Keburukannya) di dunia dan akhirat." (Rasulullah S.A.W)

Said, pakunya dan tembok batu

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku. 

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakannya juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

"Tetapi ingatlah, walau berapa kalipun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal."



Sumber- Solusi

Monday 29 August 2011

"Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah."

Sunday 28 August 2011

Adam (Bahagian 5)


























Sebuah lagu Odie Agam
Pasar Seni - Kuala Lumpur




Cuaca Kuala Lumpur petang itu berangin sekali. Warna alam yang menguning ditambah hembusan angin yang malu-malu seakan memberi minum pada metropolitan yang kering. Debu.  Banyak sekali orang memanfaatkan cuti minggu hari itu. Anak-anak riang berjalan bersama mak dan ayah. Pasangan kekasih hebat bercinta di jalan-jalan. Para pelancong yang tinggi kakinya juga banyak.Ada yang kelihatannya sedang gigih mengamati tempat kakinya berpijak. Tangannya memegang peta Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mereka nampak bingung di situ.


"Excuse me. Where are we now?? ahh..where is Central Market?" Tanya minah saleh berbangsa Irish. 

"Oh, you're now at central market ma'am." Jawab seorang perempuan.

"Really??? Oh thank you so much dear. We're so confusing just now. You know travel is fun but need a map. And this map...ahh i don't know how to say.."

"You should ask someone to guide you ma'am." Perempuan itu kasihan melihat minah saleh yang wajahnya kemerah-merahan itu dalam kepenatan mengharungi Kuala Lumpur.  Dia adalah murid pintar pada gurunya si peta kecil. Tapi dia bodoh sombong pada kami rakyat Malaysia. Satu pembohongan besar apabila 100% rakyat Malaysia buta English. Malu bertanya sesat jalan!! 

"Ya, i think so. So here we are. hahahahhahaha..Anyway, thanks for helping us."

"Thank you!" Yang duanya lagi bersuara. Mereka bertiga.

"You're welcome. Have a nice day!"


Perempuan itu benar-benar pelik dengan sikap minah dan mat saleh yang dijumpainya tadi. Terlalu sombong untuk bertanya. Akhirnya kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak. Perempuan yang baru habis dari waktu kerjanya itu bekerja di sebuah kedai kek yang satu-satunya terdapat di dalam Pasar Seni itu. Dan pada waktu ini dia tidak terus pulang ke rumah. Selalunya hari minggu begini dia akan duduk di luar menenangkan fikiran sambil memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang. Dia hanya akan pulang jika jam tangannya yang bewarna merah itu digitnya 18:00.


Perempuan itu mencari satu sudut. Belum sempat punggungnya berlabuh,


    "Yesterday, all my troubles seemed so far away.
     Now it looks as though they’re here to stay.
     Oh, I believe in yesterday.
     Suddenly, I’m not half the man i used to be,
     There’s a shadow hanging over me,Oh, yesterday came suddenly."


"La, kat sane rupanya..Hmm.." (Perempuan itu bermonolog)


Di satu sudut yang berdekatan dengan pemuzik jalanan itu dia duduk. Hari itu, tidak ramai yang melihat mereka menyanyi. Adalah dalam lima enam orang. Entah berapa hasil di dalam topi itu pun dia tidak tahu. Ramalannya adalah dalam lima ringgit paling sedikit pun. Ah, takkanlah tiada langsung!


Di hadapan pemuzik gigih itu duduk seorang ibu bersama anak kecilnya yang sedang tekun sekali mendengar lagu gubahan asal Paul McCartney itu dimainkan. Si anak kecil itu rambutnya sama hitam dengan ibunya. Tetapi, hatinya juga seperti mirip. Mereka kaku di hadapan pemuzik yang kerjanya menghibur orang ramai itu. Setelah lagu yang dimainkan selesai outro, mereka dua beranaklah di antara penonton yang bertepuk tangan. Manakala Huda dan yang lainnya sengaja kaku mendiam diri. Paling tidak pun tersenyum. Maka, mata-mata orang banyak tertumpu pada dua beranak itu.


Huda bangun lalu maju ke depan. Di dalam topi biru itu dia letakkan wang berjumlah sepuluh ringgit. Dia sedikit terkejut. " Baru satu ringgit???" Dalam hatinya dia tertanya-tanya. Sebenarnya sepuluh ringgit itu adalah di antara wang yang didapati dari majikannya sebentar tadi. Setiap kali cukup bulan dan gaji masuk, Huda pasti memberikan sepuluh ringgit kepada pemuzik jalanan itu. Huda sangat kagum akan kegigihan mereka. Lagipun merekalah penghibur hari minggu bagi Huda. Dia sudah tahu yang mereka berdua, pemuzik jalanan itu akan ke situ menyanyi setiap kali hari minggu ditandapangkahkan di kalendar.  Pemain gitarnya celik dan pemain biolanya pula buta. Mereka adalah sepasang pemuzik jalanan. 


     'Bila bunyi bersatu, seluruh jiwa hadir mengintai lagu.' 


Huda kini duduk berdekatan dengan dua beranak itu. Sengaja dia duduk di situ. Matanya dipusatkan pada sebuah beg besar milik si dua beranak itu. "Mereka ni dari mana?" dia-diam Huda ingin tahu, "Macam nak balik kampung je?". Persoalannya itu cuba ditafsir sendiri dan mencari sebuah jawapan. Namun dia gagal. Kosentrasinya terganggu. Mungkin juga fizikalnya yang letih setelah seharian membuat kek itu memaksa daya fikirnya berhenti.  


Si ibu yang bertepuk tangan itu tadi tiba-tiba bangun lalu mendekati mereka, pemuzik jalanan. Dia membisikkan sesuatu. Respon yang positif mereka kongsi bertiga melalui senyuman dan sedikit tawa yang pendek. Apa yang si ibu itu katakan? Berita gembirakah? Atau sebuah pujian yang menyenangkan?


Pada waktu ini, mata-mata orang sedang memandang sepasang pemuzik jalanan bersama seseorang yang turut berdiri di situ. Alat muzik yang perlu digesek supaya berbunyi itu kemudian perlahan-lahan dimainkan diikuti petikan gitar dan kenapa si ibu itu turut sama berdiri di situ?  Huda jadi hairan. Juga beberapa penonton lainnya.  


Sebuah lagu yang mendeskripsikan keindahan alam pantai Anyer. Komposernya rakyat Indonesia. Itulah bisikan si ibu itu tadi barangkali. Sayup-sayup suara nan merdu menerjah ke telinga-telinga nyawa yang sedari tadinya tidak mempeduli. Kini, para pejalan kaki ramainya yang berhenti. Suara si ibu pada anak kecil itulah sakti.  


     "Deru sang ombak bersilir ke pantai
      Disambut alunan nyiur melambai
      Rembulan megah di atas mahligai
     Tersenyum melihat kita berdua
     Angin membawa lagu cinta
     Sejuta bintang bermain mata
     Seakan rela dua insandi dalam skenarionya."


Huda terpana seketika. Baginya inilah kali pertama penghibur hari minggu itu memainkan lagu sebegitu. Dan lagu itu adalah lagu kesukaannya sejak kecil. Ibunya dahulu sewaktu dia kecil, selalu menyayikan lagu itu sehinggakan dia terikut-ikut menyanyi. Sampai sekarang pun dia masih hafal setiap baris, kata dan ayat di dalam lirik lagu yang dahulunya popular itu. Sekarang, ingatannya tiba-tiba pulang ke rumah. Dia teringat pada ibu yang pernah bersama-samanya menyanyikan lagu itu di dapur. Ketika itu, ibu sedang mereneh sup. 


Imbas semula : Tahun 1997


Malam itu di bahagian dapur, lagu Dato' Sheila Majid yang popular itu sedang hangat dinyanyikan oleh si ibu dan si anaknya yang masih hingusan itu. Sesekali si ibu yang menyanyi sendiri. Kemudian anaknya pula yang menyambung. Dan setelah itu mereka sama-sama menyanyi. Sebuah lagu ciptaan Odie Agam itu mengikat talian ibu dan anak ini menjadi lebih rapat. 


"Ibu ibu, ibu sedang masak apa?" Huda ingin tahu masakan apa yang dimasak ibunya sehingga berbau harum sekali.

"Sup. Huda sudah lapar ya? Sabar dulu ya nak. Sekejap lagi masaklah sup ini. Abahmu di mana?"

"Abah kat luar bu. Abah hisap rokok."

"Hmm..bilalah abahmu itu mahu berhenti." Ada sedikit kesal yang terluah pada hati si isteri itu.


Huda diam. Dia tidak tahu apa-apa yang serius mengenai merokok. Yang dia tahu cuma mancis yang abah gunakan untuk membakarnya dan asap yang keluar pada mulut abah mengeluarkan bau yang tidak enak sekali. Baunya menyempitkan lubang-lubang hidung untuk menarik oksigen-oksigen segar. Jauh bezanya dengan bau sup yang dimasak ibu. Baunya malah mewangikan oksigen-oksigen segar yang tak berperisa itu. Jika  pada waktu itu Huda yang masih kecil tahu akan bahayanya merokok, sudah pasti waktu itu juga dia menasihati abahnya supaya berhenti merokok. Merokok yang menyebabkan kematian secara senyap itu wajar dibunuh. Suasana yang bisu seketika itu bersuara semula selepas si ibu itu tadi mula menyanyi lagi. Anak kecilnya juga.


"Antara Anyer dan Jakarta
 Kita jatuh cinta
 Antara Anyer dan Jakarta
 Kisah cinta tiga malam
 Kan kuingat selamanya
 Antara Anyer dan Jakarta"


Lamunannya terhenti..Dia sedar semula setelah kembali ke masa lalu.


Dia tersenyum sendiri membayangkan peristiwa itu. "Tapi kenapa mereka tak nyanyi dulu? Ah!.." Huda malas berfikir lagi. Dia menyaksikan persembahan luar biasa itu penuh minat. Suaranya menyanyi sama mengikut suara merdu si ibu itu. Huda memandang anak kecil yang duduk tidak jauh dari tempat duduknya. Dia beralih ke sebelah anak kecil itu. Rupa-rupanya dia silap. Hati anak kecil ini tidak sama seperti ibunya. Wajah anak kecil ini sugul dan kosong. Seperti dia ditinggalkan seseorang atau dia yang meninggalkan orang itu.


"Hai dik! Kenapa diam je ni?? Tu emak adik tengah menyanyi tu. Tak suka ke??"

"Err tak suka..eh suka suka. Err," Umi merahsiakan status dirinya,"oh ya, sekarang jam pukul berapa ya kak?"

"Pukul lima dik. Kenapa? Ada masalah eh? Kakak boleh tolong.." Huda jadi kasihan. 

"Eh takdela kak.Emm..." kata-katanya ternoktah. Si kecil itu lantas bertepuk tangan dengan kuatnya sambil tersenyum.


Huda tidak sedar yang lagu kegemarannya itu telah habis dimainkan. 


******

Mamat baru habis dari kerjanya. Tugasnya kini selesai sudah pada Tauke Kong. Namun, masih ada satu lagi yang belum selesai. Dia harus awal menjemput Nur Dahlia, kakaknya. Kakaknya itu tidak boleh dibiarkan sendirian tunggu lama-lama. Bimbang kalau-kalau 'perkara' yang tidak elok menimpa. 'Perkara' seperti ragut, rogol, culik dan cabul adalah antara jenayah yang sudah lali bila membaca akhbar semasa. Kalau tidak di muka depan pasti ada terselit di mana-mana ruang kecil di dalam akhbar. Disebabkan itulah kebimbangan si ibu terhadap anak keduanya ini membengkak. Mamat dipertanggugjawabkan. Namun tidaklah setiap masa Mamat menjaganya. Selalunya, pada hari minggu, hari-hari Nur Dahlia banyak dihabiskan bersama temannya, Kasim. Kasim lah yang tolong menjaganya jika di luar. Kasim adalah jiran dan teman seperjuangan. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu muzik. Muzik yang memerlukan deria dengar dan hati itu adalah aktiviti biasa mereka pada hari minggu.


Selesai pada : Monday, December 6, 2010 at 10:52pm

Saturday 27 August 2011

Bibirku Bersujud di Bibirmu


















Wahai, pelayar malam, tiga kapal karam, masam dendam
apa lagi yang kau pendam, sebelum semuanya tenggelam?

Kita pun kehilangan ombak, pasir dan berabad rakaat,
terlelap dalam perangkap, sekejap malam yang cacat.

Tanpa sujud, bagaimana menyebut ini sebuah tahajud.

Aduhai laut yang mengenal semua kapal, kau tahukah?
Pada separuh luruh usia tubuh, ada sepertiga subuh
yang tak pernah hendak menunggu jangkarmu berlabuh.

Dan pada lipatan pantai sajadah yang tak lagi basah
Tajam musimmu makin meranjau: aku kian kemarau

Aku masih sabar menunggu, kau kirim tanda zikir-zikir,
Semakin mendekat gemetar bibir, pada persujudan pasir,
rukuk musafir, sampai mengerti isyarat ombak terakhir.

Kau bertanya: hauskah?
- Aku jawab: ya, beri aku air
Kau bertanya: haruskah?
- Aku minta: atau sebaiknya kau usir

Siapa yang menangis di dermaga? Siapa menghangatkan
laut dengan airmata? Siapa yang melambai di atas palka?

Siapa yang menghentak kaki berlari ke surut samudera?
Siapa mengarak riak jadi mahagelombang maharaksasa?

Aku semakin tak sanggup. Dengar. Dendang itu semakin sayup:

kenapa harus gelombang,
       gelombang,
gelombang,
         gelombang,
gelombang,
          gelombang,
kenapa harus gelombang,
   gelombang,
         gelombang,
gelombang,
       gelombang,
gelombang,
kenapa harus gelombang.

Bibirku bersujud di bibirmu, lalu kita lafazkan zikir pasir.
Bibirku bersujud di bibirmu, hampar mulut yang pesisir.
Bibirku bersujud di bibirmu, pagut sebutir pungut sebutir.




Puisi: Hasan Aspahani; Music Composition: Ananda Sukarlan; Piano: Ananda Sukarlan; Sopran: Aning Katamsi; Koreografer: Chendra Panatan

Penari: Susi Mariah; Siko Setyanto; Hillarian Ananda; Achmad Hilmi, Ayok

Minggu, 3 Januari 2010
Graha Bhakti Budaya - Taman Ismail Marzuki

Bibirku Bersujud di Bibirmu adalah musik tari yang didasari oleh puisi Hasan Aspahani. Tak seperti judulnya, puisi ini jauh dari sensual. Puisi ini berkisah tentang cinta dan kehancuran yang diilhami oleh tsunami Aceh 2004, ketika lautan yang membentuk tsunami jatuh menyentuh tanah dan akhirnya meluluhlantakkan bibir pantai utara Sumatera. Bibirku bersujud di Bibirmu ditampilkan pertama kalinya pada JAKARTA NEW YEAR'S CONCERT 2010 sebagai world premiere.


Video Puisi & Lagunya






Friday 26 August 2011

Adam (Bahagian 4)

Pagi-pagi lagi sudah bising. Kedengaran satu bunyi yang kuat dipukul-pukul dari luar. Berulang-ulang kali. Pintu rumah bergegar kuat seperti mahu tumbang. Engsel-engselnya seolah-olah tertanggal dan tak mahu lagi bersatu. Skru-skru yang membenam rapat juga terkejut dan macam tersembul keluar. Pintu itu dijadikan mangsa tuannya sendiri. Mak Jah sekali-kalipun tidak mengalah dalam usahanya menghalau penyewa rumah yang ingkar.Diketuk-ketuknya pintu rumah itu. Dia seperti buruh kontrak yang melakukan kerja keras. Berpeluh-peluh. Apabila pintu dikuak dari dalam dia pun berhenti.


"Ha,baru nak bangun! Tunggu apa lagi!" Sindir Mak Jah. 


Adam yang masih mamai lambat-lambat memahami leteran orang tua itu. Dia lupa sejenak tentang siapa orang tua berwajah bulat yang berdiri di hadapannya. Akhirnya dia malu sendiri. Orang itu adalah tuan rumah tempat dia menyewa dan kedatangannya pagi-pagi pasti sesuatu yang penting. Adam tersenyum sebaik sahaja teringat akan perangai orang tua itu bila marah. Hipotesisnya mudah: Apabila Mak Jah Marah, maka duitnya ada yang kurang.


"Owh, sekejap ya Mak Jah. Saya nak mandi dulu. Lepas tu saya pergi." Adam memohon dibersihkan dirinya dahulu sebelum bertolak. Walaupun Mak Jah membebel panjang, di akhir bebelannya itu dia mengizinkan.



Kerusi Kosong
Bas Rapid KL (Taman Melati - Jalan Tunku Abdul Rahman)


Si ibu dan si anak itu sedang berdiri memandang ke luar menerusi cermin yang diletakkan melintang. Seluruh tempat duduk telahpun penuh dengan orang-orang. Sarah dan Umi berdiri berdekatan pintu belakang. Sengaja Sarah berdiri di disitu supaya senang mereka turun sesudah sampai ke destinasi. Beg berat diletakkan di bawah. Kasihan Umi. Tangannya memegang kuat tangan Sarah. Persis anak kecil yang sedang belajar berjalan dan akan jatuh jika melepaskan tangan ibu. Wajahnya tak ceria tapi biasa-biasa saja. Ada satu perasaan aneh yang menganggu anak kecil ini. Lebih banyak mendiam. Muram. Macam orang ditinggalkan cinta pula. 


Cermin kecemasan 
38 duduk 28 berdiri


Sarah merenung lama tulisan yang ditampal lekat pada cermin. Menduga-duga kebenaran ayat yang nombor dua itu. Matanya meliar ke sana sini. Melihat sekeliling dan memerhatikan satu-satu kerusi yang ada di situ. Kelihatannya semua sudah penuh diisi dengan punggung-punggung orang. Hanya satu saja kerusi yang masih kosong iaitu di bahagian belakang. Sarah nekad untuk terus saja berdiam di situ bersama anak kecilnya sehingga ada dua kerusi kosong yang benar-benar layak untuk mereka berdua. 


Bas itu behenti di perhentian berikutnya. Muatan bertambah lagi kerana tiada seorang pun penumpang yang turun. Bakal-bakal penumpang yang beransur-ansur naik sedang berebut-rebut mendapatkan tiket. "Masuk dalam lagi! Belakang tu kosong lagi tu!" Pemandu berkumis tebal itu bersuara sambil melihat cermin yang memantulkan manusia-manusia di belakang. Di celah-celah mereka yang baru naik itu terhimpit seseorang yang istimewa. Dia sedang mencari jalan masuk di laluan yang sesak. Banyak kali dia meminta maaf. Entah kepada siapa maaf itu ditujukan pun dia tidak tahu. Dia tidak tahu siapa orang-orang di sekelilingnya. Justeru dia selalu membahasakan mereka-mereka itu sebagai Encik. Bersama tongkatnya dia berjalan berhati-hati. Bagi kehidupan orang-orang buta sepertinya tongkat adalah mata. Tahukah kita bahawa sekiranya memimpin mereka-mereka ini janganlah dipegangkan tongkatnya?


Ketika berjalan, tangan orang buta mesti berpegang pada bahagian siku orang yang membawanya. Ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan orang yang dipimpinnya dan orang yang memimpinnya. Apabila berada di sesuatu tempat yang sempit, orang yang dipimpin mesti berada di belakang orang yang memimpin. Ini bertujuan supaya si buta itu tidak melanggar objek dan memudahkan si buta itu berjalan. Dan, ia seterusnya memudahkan pergerakan orang yang memimpin. Satu lagi, apabila si buta itu memegang siku anda, pergerakan anda termasuk naik atau turun tangga dapat dirasakannya dengan mudah dan berkesan. Pernah berlaku satu kes di mana seorang buta telah terjatuh ke dalam longkang akibat tongkatnya telah dipegang oleh orang yang membawanya. .


"Kasihan dia." Monolog Sarah sendirian. Sarah memerhatikannya. Dari hatinya dia simpati. Orang itu semakin ke belakang menghampirinya dengan tongkat yang diarahkan entah ke mana-mana. Namun tiba-tiba pula langkahnya terhenti. Lengannya yang putih halus itu dipegang satu tangan yang agak berisi berwarna gelap sedikit dari belakang. Seorang "auntie' berdarah India bangkit dari duduknya.


Sarah sakit hati pada orang-orang hari itu. Sudahlah dia dan anaknya yang diberati beg baju tak dikasihankan. Kini seorang buta yang layak diberikan kerusi dipelawa pula oleh seorang 'auntie' yang ditangannya penuh beg-beg plastik berbau ikan pasar. Siapakah mereka-mereka yang sedang duduk di kerusi ketika ini? Mengapa mereka berdiam diri? Perlukah ditanya dan dipinta dahulu baru diberi? Barangkali ikan yang dibeli 'auntie' itu lebih mengerti. 



******



Adam tergopoh-gopoh keluar dari rumah. Dia berlari selekas yang mungkin ke tempat motornya diparkir. Beg hitam yang sederhana besarnya digalas dan gitar tongnya disandang. Apabila semakin mendekat dengan pintu lif, kelihatan seolah-olah ada papan tanda besar bersimbolkan tanda amaran yang dipaku di atasnya. Tiada pula kata-kata yang menunjukkan apa-apa larangan di situ. Kecuali tanda dua anak panah. satunya di sebelah kanan dan satunya lagi di sebelah kiri. Di sebelah kanannya mengarah ke lif dan kirinya pula mengarahkan ke tangga kecemasan. Dalam realitinya Adam berada di hadapan dua pilihan ketika ini. Jika satunya diambil maka yang satunya lagi akan ditinggalkan. Memilih lif bererti dia membazirkan beberapa minit untuk turun ke bawah. Lif di flat itu sebuah sahaja. Tingkatnya pula berbelas-belas. Nombor merah yang tertera di atas lif itu kini pula adalah sebelas. Maka alternatifnya adalah lebih cepat; menuruni tangga dari tingkat dua hingga ke tingkat paling bawah, P (Parking).


Adam berlari lagi. Dia bergegas mendapatkannya motornya yang diparkir di sudut hujung sekali. Sehelai kertas dalam pegangan tangannya telah sedikit basah menyerap peluh.


Pasar Seni. Mama nak balik kampung tengah hari nanti.


Tulisan Umi itu diingat-ingatkannya kembali dalam fikiran. Mujurlah Mak Jah menemukannya pagi tadi dan tidak membuangnya. Dia sendiri pun tidak sedar akan sehelai kertas kecil yang disisipkan di bawah pintu rumahnya sewaktu melangkah keluar tadi. Dan disebabkan sehelai kertas kecil yang ditulis oleh orang kecil itulah dia seperti orang gila menunggang pecut motornya ketika ini. 



Sebelumnya...


"Umi,dah siap sayang? Jom! Sudahla, jangan menangis lagi emm?" Pujuk Sarah. Dia tahu Umi sangat sedih sekarang. Di rumah itu ada kenangannya bersama ayah tercinta. Di rumah itulah Umi dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan ayah.

"Tapi mama, Umi suka tinggal kat sini. Kat sini ada kawan-kawan Umi. Nanti pasti mereka cari Umi." Umi merayu supaya mamanya tidak jadi berpindah. 

"Umi sayang, mama tak cukup duit nak bayar duit sewa. Mana boleh tinggal kat sini kalau tak bayar. Jom sayang! Nanti Mak Jah datang mesti dia marah kita lagi. Umi nak Mak Jah marah kita lagi?" Tanya Sarah.

Umi menggeleng cepat-cepat. Sedangkan orang dewasa pun takut dengan orang tua itu. Inikan pula Umi si kecil yang boleh saja digoreng jadi lauk oleh Mak Jah yang entah mana perasaan manusianya. 


Dua beranak itu melangkah keluar. Beg pakaian mereka jelas sekali nampak lusuh. Beg yang sudah lama diam di dalam almari Umi itulah satu-satunya beg yang boleh memuatkan pakaian. Dan kerana lama sudah tidak dipakai, warna kehitamannya sedikit menukar ke kelabu asap. Kali terakhir beg itu digunakan pun sewaktu arwah Zaidi pergi ke Kelantan atas urusan kerja. Beg itu jugalah satu-satunya teman dan saksi utama kematian arwah di Jalan Kota Bharu-Gua Musang Disember lepas. 


"Dia ditinggalkan sendirian di jalanan. Jalan itu basah dengan darah yang dicampur air hujan yang sudah lama meresap. Kereta tidak banyak yang lalu malam itu. Yang ada cuma bayu malam yang menghisap peluh, Selembar jalan tempat arwah lena, kumpulan tumbuhan hijau yang banyak tinggal menetap di tepi jalan situ dan saya sendiri sebuah beg yang memerhatikan pemilik kenderaan itu berlalu pecut meninggalkan tuan saya (arwah Zaidi dilanggar lari)." 

Jika beg boleh berkata-kata, itulah keterangan yang akan diberikan. 


Sampai sekarang pihak polis masih belum menemukan apa-apa klu yang menjurus kepada suspek utama. Orang jahat itu seperti boleh hilang apabila dicari. Malah menyerupai orang lain pula apabila ditemui. Jadi semuanya kabur. Tiada bukti. Tiada saksi. Hari itu sewaktu arwah terbujur kaku di katil wad, Doktor George Paul memanggil Sarah ke biliknya. Doktor itu menjelaskan keadaan tenat arwah dan katanya sekiranya arwah cepat diselamatkan dan dibawa ke hospital lebih awal peratusan untuk arwah hidup adalah tinggi. 


Mereka berjalan lambat-lambat. Seperti ada gam kuat pada kasut yang melekat erat pada lantai simen. Meninggalkan rumah itu terasa berat. Sebaik sahaja mereka menghampiri pintu lif untuk turun, Umi berhenti dan berpaling ke belakang seraya menunjukkan sesuatu. Jari telunjuk tangannya yang kecil itu memimpin mata mamanya ke suatu sudut. Nun jauh di sana kelihatan satu pintu rumah yang tertutup rapat lagi sepi. Orang di dalamnya sedang tidur untuk didatangi pagi-pagi ini. 


"Tunggu kejap ya mama. Umi nak pergi jumpa pak cik. Nak salam tangan dia sebelum pergi. Bolehkan mama?" Umi meminta izin untuk keinginannya.


"Oh, rindukan pak cik ya. Emm, pergilah cepat. Mama tunggu di sini saja. Jangan lama-lama tau!" Kata-kata ibu tunggal ini menggembirakan sedikit hati anak kecilnya.


Umi maju ke pintu rumah pak cik kesayangannya. Diketuk-ketuk pintu itu berulang kali. Namun tidak juga dibuka. Umi sedih. Diketuk-ketuknya lagi. Masih sama. 


"Umi, cepat!" Mamanya sudah memanggil.


Umi lantas mengeluarkan buku nota kecil dari beg sekolahnya dan menulis sesuatu.


"Ya,sekejap mama. Umi datang ni." Berlari Umi mendapatkan mamanya yang sudah menunggu.


Selesai pada : Tuesday, August 3, 2010 at 8:31pm