Tuesday 26 August 2014

Kaya berbiadap

Biadap adalah bila mana si kaya membaling duit besarnya kepada penjual mahupun peniaga semasa membeli.

Paling biadap pula adalah ketika si kaya membaling duit kecilnya kepada peminta semasa memberi.

Monday 25 August 2014

Segar yang suram

Perjalanan hari ini memang dark. Suram. Macam karya Emily Dickinson.

Langit yang sembap serta hujan yang gerimis membuai segar. Mungkin kerana setiap titis hujan yang turun itu mencuci daki-daki udara yang tak bermaya.

Hujanlah. Biar hujan. Biar semua makhluk yang melata di bumi ini merasai pemberian Tuhan sekalian alam.

Sunday 24 August 2014

Football Star

Bola tu datang bergolek kat depan aku. Aku tergamam 3 saat sebelum terus beredar.

Apa perasaan dia setelah sekian lama aku tak memeluknya. Pasti kalau aku shoot sehebat football star pun mesti benda bulat tu melekat je kat situ. Atau bola tu sebenarnya datang nak pujuk aku bermain balik? Macam zaman hingus-hingus dulu.

Merajuk atau aku yang malu pada benda tu.

Saturday 23 August 2014

Tanggang moden

Apa yang kau nampak bila kau tengok baby?

Comel.
Cute.

Tak. Sebenarnya kau sedang nampak diri kau waktu kau masih baby. Pada masa tu kau dikendong sambil didodoi lagu tidur oleh ibu atau ayah. Masa tu kasih sayang ikhlas.

Dan sekarang ni kau tak kendong dan dodoi orang tua tu. Kasih sayang mengharap balas.

Kau buang sambil bantai..

Budak

Budak, kau mainlah puas-puas. Terokalah setiap kegembiraan dan keseronokan di usiamu yang masih kecil ini. Walau kadang seronok bagi kau adalah nakal bagi kami.

Bermainlah sekarang sebelum akil baligh merubah permainanmu.

Friday 22 August 2014

Bunuh diri

Brader sebelah aku sedang khayal menelan warna merah tu. Bertemankan teknologi yang membenteng kami serta menumpul ketajaman mata.

Biarlah. Cuma warna merah tu yang buat aku terasa macam nak cakap; "Bro, merah lu tu bunuh luar dan dalam.".

Dari pengalaman sepetang bersama coke dan dunhill.

Thursday 21 August 2014

Tertunduk ke bumi

Tak terkata apa. Mata aku melihat sendiri.

Cuma memang betul mereka masih memesan minuman stabak melalui kaunter pandu-pesan-bayar-dapat-pandu.

Timbul seketika wajah adik-adik sekecil bayi berdarah-darah, pecah-pecah tubuh lembut itu, tak bermaya saat dipangku dan tangan melayu islam malaysia yang aku nampak tadi sedang menghulur sumbangan pada binatang yang membaham jiwa kecil itu.

Sila benci Israel. (Selembut nada)

Terima kasih.

Tuesday 19 August 2014

Tunjuk aku!

tak perlu salahkan pemalu
sekecil kutu, setitik cemar

setiap gerak dari aku
sejuta rahsia memecah fikir

nanti,
tika hujan tak mencurah
kau, aku dan segala pasti...

tunjuk aku.

Saturday 16 August 2014

Erti gembira!

Kadang-kadang gembira itu tak semestinya duit. Basuh kaki kau yang kotor pakai air paip pun dah cukup menggembirakan. Lagi-lagi penyucian itu berlaku selepas hujan.

Gembira yang sebenar bila kau rasa cinta masa kau tatap wajah orang yang melahirkan kau tu. Cubalah cari waktu tu. Aku sampai la ni tak puas-puas.

Friday 15 August 2014

Smells like adult spirit

Petang tadi menyaksikan sendiri orang motor terbabas.
Malam ni mengalami sendiri orang ghairah diludah.

Kurt, nanti aku tukar lagu kau jadi 'smells like adult spirit'. Ok dak? Teen depa dah takdak.

Sudahlah. Kau adalah seorang.

Jumaat paling best!

Hari ini hari jumaat. Maka, spesis manusia yang berhalkum sudah pastinya berada di masjid. Boleh la aku katakan yang 'TIDORIsM' adalah penyakit yg cepat menular pada penghulu hari ni.

Aku menyapu pandang  rata-rata tubuh dan wajah jemaah yang telah diam atau sedang qiam ketika ini. Seronok melihat orang yang betul-betul nampak malaikat yang sedang berdiri di depan mimbar. Dan lebih penting diperhati Tuhan sekalian alam.

Kalau boleh aku nak teriak masa ni "SELAMAT HARI JUMAAT!!!!".

Dan waktu berjalan...
Khatib membaca teks.

Dan sementara aku berperang dengan penyakit yang cepat merebak tu aku dipaksa bersangka baik bagi seseorang yang tengah khusyuk pada ketika ini.

Khusyuk bermain CANDY CRUSH!!!!

What!???

OK.

Sekian, teknologi membunuh kita luar dan dalam.

Rock kapak

Sedikit berbunga hati bila bunga yang layu mekar untuk seketika.

Sudahlah. Semua itu perancangan Tuhan.

Thursday 14 August 2014

Hujan yang mencintai

Aku dah start plan nak menikah dan....

Bila berseorangan boleh bawak kau cium bau hujan yang tumpah merata. Kau dapat rasakan zikir paling sensitif. Namun ada kalanya bila berseorangan boleh menjebakkan diri kau pada api tanpa disedari atau sedar berkali-kali.

Menikah. Zaman la ni susah.

Tuesday 5 August 2014

Boom!!

Kalau pistol diacu
aku rasa mati itu dipecah tiga
takut hilang insan
takut hilang intan
atau takut kulit dibakar

Nikmat mana yang kau dustakan!?

Semalam tak mendung

Menoleh ke belakang
suram-suram
ada sejarah yang berdarah, bernanah
langit hitam tanah kelabu
warna jadi buruk dek luntur
itulah, lama

Menoleh ke belakang
Suram-suram
ada hari yang indah-indah
hari sebelum dia mati
bila bibir menarik air mata
itulah, kenangan

9 Syawal

Selamat Hari Raya yang ke-9!!

Ramadan telah pergi. Meninggalkan hamba hina ini yang masih berat ke dunia. Lalu hamba hina ini berpuasa enam syawal bagi merebut ganjaran seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.

Aku masih lagi bekerja seperti biasa. Bangun pagi. Tempuh KL yang ternak asap dan debu. Hon berkicau sana sini. Sampai pejabat duduk. Buat kerja. Ikut telunjuk bos.

Sampai masa aku mula terfikir kenapa rasa macam ada benda yang tak lepas-lepas lagi ni? Kerja ada duit. Duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya duit (Meminjam dialog seorang pak lawak). Kat Kolumpo ni duit tu raja. Namun raja tu tetap tak boleh beli kasih sayang dan nyawa. Salam takziah buat keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 & 17.

Jiwa yang cenderung pada sesuatu yang bebas masih berkurung di penjara yang ramai idamkan. Itu lah aku.
Manusia yang meminati seni. Bukan ikut bos sana sini.

Sampai masa atau entah bila impian itu jadi realiti. Bukan mahukan populariti. Sekadar ekspresi dari jiwa yang berat.

Sekian, dari hamba hina yang banyak dosa.

 #prayforgaza