Sunday 30 December 2012

Malam
















hantu telah datang
jumlahnya tak ku bilang
di mana-mana jembalang

aku berbohong pada diri sendiri!

nenek moyang yang berdendam
jauh nun di masa silam
diwarisi sampai jiwa-jiwa ini mati
dikuburkan tanpa kapan
bahkan dirasuk patuhkan larangan

mana nama Tuhan?
kau dustakan nikmat Tuhan!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar Rahmaan 55:13)


Sunday 23 December 2012

Perempuan masa hadapan

















ciumlah kakiku sang ombak
aku sekadar menumpang kasih
cintamu pada pasir ini
bukan aku cemburukan
aku tahu ianya titah Tuhan

cumbulah kakiku sang pasir
aku sekadar menumpang rindu
cintamu pada ombak itu
sesuatu yang ku dambakan
rinduku pada perempuan pilihan

sungguh! kau garang tapi comel

Wednesday 19 December 2012

Jahat!





















Kau perlu takut bila, 
kau sedang gembira 
kau ragu-ragu
kau leka
tentang jahatnya perbuatan
kemudian Izrail cabut nyawa!

sedarlah kawan, sedarlah aku!
tak perlu tunggu sangkakala

Waktu kita dilahirkan, orang lain semua gembira. Waktu kita dikapankan, orang lain menangis. Tapi pastikan kita adalah orang yang gembira saat kita dikuburkan.

tak perlu tunggu Disember
pandang diri, lihat sendiri
oksigen ini masih berbaki
bukankah kita tak berlari saat ini?

ikutlah dari mana kau
sebab kau akan ke sana semula.

Aku tulis untuk aku. Kau pun menulis yang sama kan?

Tuesday 18 December 2012

A dan B

Photograph by Jules Gervais Courtellemont, National Geographic
apa maksudmu sesat?
kau bukan Tuhan
mana ada jalan senang
manusia itu sendiri berpilihan

mulakan dulu Bismillah
biar kerja mudah
habis nanti Alhamdulillah

kau resah!? usah!
sampai mati kita tak sama
hargailah baki-baki oksigenmu

Hidup ada pilhan. Bijaklah memilh kawan.

Monday 17 December 2012

Rawak (3)


Orang akan cari kita bila ada masalah. 
Photograph by George Shiras

Friday 14 December 2012

New Mexico

 

Cloudburst, kemana kau menghilang? Rindu zaman dulu-dulu.

Thursday 13 December 2012

Sebuah doa untukmu




Rasulullah s.a.w. menggambarkan bagaimana doa seorang anak boleh mengubah kedudukan ibubapa mereka di akhirat nanti. 

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. Maka dia bertanya: “Bagaimana aku boleh berada di sini?” Maka dijawab: “Dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu.”
- Riwayat Ibn Majah no.3660. Sanadnya sahih sebagaimana dalam al-Zawaid

Penulis:Mohd Al-Adib Samuri
Dipetik dari Majalah Solusi

Kopi dan tampal dari laman blog seorang sahabat : http://ustaznaim.blogspot.com/2012/12/kehebatan-doa-seorang-anak.html

Wednesday 12 December 2012

Rawak (2)


Pokok Oak dan 4 orang sahabat. Boleh jadi kau tak suka gambar ni kawan. Tapi aku suka. Sebuah memori lampau. Walaupun bukan aku, atau kau. Ianya tetap satu zaman yang bila tubuh masih berbaju kartun atau mungkin basah sebab hingus. Siapa peduli? Mainlah woi! Siapa peduli? Senyum. Gelak. Hahahaha. Menangis pun sebab jatuh, kau ejek atau mak marah dan akhir sekali ada yang pujuk. Lihatlah kawan. Zaman kita keluar bermain dan pulangnya petang. Bebelan mak kita sangat benci waktu itu (walau hakikatnya sebuah doa yang menyejukkan).

Photograph by Edwin L. Wisherd,

Tuesday 11 December 2012

Rawak (1)

 
Mari kawan aku ajak kau keluar. Kita boleh bermain semahunya hari ini. Mungkin esok lusa tidak lagi sebab bila saja aku dan kau dewasa kita tak boleh lagi bermain seperti hari ini. Kau mungkin doktor dan aku pesakit. Atau aku mungkin polis dan kau pencuri.

Photograph by Leighann Perron

Monday 10 December 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Tamat)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

tak perlu beri aku oksigen baru
kau telah diam dalam sejarah
semakin dicari, semakin merana hati
kau adalah pengalaman
tak lama kau ditakdirkan
mengimpikan berbulan-bulan
reaksi normal masih di pertengahan
lalu lelaki itu memperlahankan harapan
sampai waktu ia dipendam
terus mati tak ditanam (dimakan angan)

Ini yang terakhir
aku tamatkan episod nyata
kerna sebelumnya cuma air mata
jika kau baca tekadku
jika ku ulangi baca

Selamat sejahtera ke atas kamu, cinta!

Friday 7 December 2012

Di atas sini

Kadang-kadang apa yang aku buat ni tak rugi. Sampai berat untuk aku buka dan bebaskan. Manakan tidak. Di sini ada yang sentiasa bercakap dengan aku tentang masa depan. Katanya, "kalau kau tak sure, kau solat istikharah dulu li." Now orang yang cakap kat aku ni pun dah nak berhijrah. Aku menyusul kemudian.

Kedua, saat orang membenci atau memandang rendah terhadap diri mereka, aku tercari-cari mana satu subjek pada tubuh mereka atau mungkin pada kulitnya yang perlu aku kata eeeeeee? Malah yang aku jumpa cuma sebaris ayat "Assalamualaikum! Sihat kawan? Isyak?" Jadi aku buang jauh-jauh benci. Benar, tak semua. Tapi wajarkah gara-gara satu, semua dari mereka seperti yang satu tu? Always be husnuzhon my friend. InsyaAllah.

Ketiga, dalam perjalanan ke sini, biar hujan atau waktu berseleraknya abstrak jingga matahari di barat aku gagah tempuh. Sebab bersamaku bukan lelah mahupun susah. Cuma angin yang menyapa lembut (barangkali mahu mengipas peluh siang tadi agaknya), burung-burung pipit yang terbang seiringan memaksaku senyum, bukit tua yang menyihirku mengimbas zaman kanak-kanak dan yang paling menakjubkan lukisan langit yang pelbagai genre. Lalu sambil tersenyum, aku lafaz Subhanallah.

always start with Bismillah

Wednesday 5 December 2012

Biarlah perlahan












budak akan remaja
dewasa akan tua
aku akan tua
tua akan mati

biarlah perlahan, kawan
tak mudah untuk menang
tak mudah beri bahagia pada semua
tak mudah mencari bunga syurga

Sudah sampai masanya aku berhijrah.

Tuesday 4 December 2012

Dari mata turun ke hati

A : Kita ada mata untuk melihat cantiknya ciptaan Allah di muka bumi. Cuba lihat laut, burung-burung yang keluar pagi balik petang. Cuba tengok langit tak bertiang yang tiada cacat cela. Dan cuba tengok pokok-pokok kaku atau yang sedang bergoyang ditiup angin tu. Atau lebih mudah tontonlah keajaiban ciptaan Allah dalam channel Nat Geo.

B : Kita sering melihat anak-anak dunia. Kita bangga dengan hirarki manusia. Yang miskin dipijak, yang kaya bongkak. Media bersepah berita-berita palsu, mahram dan bukan berpelukan dengan tiket rezeki. Kadang-kadang seperti ada pihak yang menghalalkan cara dengan alasan untuk pengajaran, teladan dll. Tak ubah seperti memberi imuniti kepada jalan-jalan api.

Maaflah, mataku mungkin diserang katarak serius dalam menilai dunia.

Monday 3 December 2012

rejeki













Kabur tak bererti buta
dari situ aku lihat kekelabuan
baik yang ini atau itu

benar mataku tak mampu melihat syaitan
pedulikan! yang aku mahu lihat kebaikan
di sisi, hadapan, belakang, kanan, kiri

di tengah-tengah biasanya mudah
buat mereka yang bercakaran, ia!
tapi realiti di sini adalah masa depan
di tengah-tengah sumpah susah

pagi sinonimnya rezeki
malam sinonimnya mimpi
lalu aku masih berdiri menunggu datangnya lagi

Berusahalah, rezeki itu sudah ada buatmu.


Saturday 1 December 2012

Jumaat ini merubah pandangan.

Aku di tengah-tengah. Di antara tingkap yang menyerap bunyi enjin dan burung pagi dari luar dan sebuah katil mudah alih di dalam ini.

Matanya yang seperti telur itu telah dicemar sesuatu yang asing. Aku tak rasa itu parasit. Namun hati yang jarang baik ini terus-terusan berkata ia. Apapun hari ini salah satu parasit itu bakal mati.

Pagi semakin tinggi. Sebab matahari telah bertenaga setelah lena. Pemilik katil mudah alih pun ada yang dah.sedar siang terbuka. Bidadari beserta picagari. Ambulan bersama siren.

Selamat melihat dengan mata baru ibu!