Friday, 23 November 2012

merah, hijau, putih & hitam


Rohnya di mana? Aku tahu jasadnya. Ya aku lihat mayatnya. Mungkin komunikasi antara aku dan dia akan menjawab semua persoalan. Soalan? Bukan. Aku bukan mahu bertanya siapa yang membunuhnya. Malah sudah jelas semua manusia yang masih bernafas kala ini tahu siapa yang memegang senjata. Aku cuma mahu tahu siapa namanya. Nama yang matinya tak sia-sia. Nama yang telah dijanji syurga oleh Tuhan.

Namanya Syahid

Utusan terakhir


Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin 
Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Salam jumaat! :)

Wednesday, 21 November 2012

Aku respek Aizat


Pejam mata, dengar, bayangkan dan terbang.

Palestin, maaf aku belum mampu menulis lagu untuk mu.

Monday, 19 November 2012

Bersih 6.0


Rukun-rukun wuduk :

1.0) Niat
2.0) Basuh muka
3.0) Basuh kedua-dua tangan sampai siku
4.0) Sapu sebahagian kepala dengan air
5.0) Basuh kedua-dua kaki sampai buku lali
6.0) Tertib

Mari sentiasa bersih! :)

Click : http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen/posts/396937277045457

Sunday, 18 November 2012

aku fan Thom Yorke


Kadang-kadang dalam otak aku dok terfikir kalau-kalau Thom masuk islam apa jadi ya? Mesti lagu no suprises ditukar jadi lagu suprise. Hehe. Aku rasa dia akan join Cat Stevens setelah islam iaitu Yusuf Islam. Yela maybe lagu-lagu yang ditulis akan berintikan ketuhanan, kenabian, keamanan dan keislaman. Erk! kuat berangan aku ni ye. (fan en Thom York)

Idea membuat lagu ketuhanan versi Radiohead agak mencabar sedikit bagi aku.


Wednesday, 14 November 2012

Monday, 12 November 2012

November

aku tak perlu kota London
kerna Malaysia sedang di dalam Novembernya.
Fuhhhh! udara halus menghembus
dari dekat seperti anak asap
seperti darah ini digaul ketulan ais
bukan paru-paru berais
atau juga pil-pil ais
pasti mereka tahu
bahawa biskut dan kopi
adalah teman yang di cari-cari musim ini
budak tak tahu
malah sering jemu
sebab teman sepermainan sering dirindu.
November masih wujud
dari kecil sehingga dewasa
dingin hujan seperti menambahkan  lagi soalan-soalan kehilangan.

Cinta

Jujur aku katakan yang aku dah takde ilham nak tulis lagu. Yes! Dulu aku tulis lagu pun pasal cinta. Ada la satu dua yang bukan. Now teringin sangat nak tulis lagu ketuhanan. Tapi tula ilham takde. Dah try pegang gitar and cuba cipta melodi. Tapi tak dapat jugak.

Apa yang aku kesalkan kat sini ialah banyak lagu-lagu baru kat radio yang sedap-sedap. Tapi tentang cinta, putus.cinta, puja gadis dll. Kalau la lagu tu tentang ketuhanan, masyaallah besar manfaatnya tu untuk orang-orang telinga muzik macam aku ni.

Bagi aku, jom buat pahala ajak orang ingat Tuhan and kat situ la kita alternate kan lirik. Lagu senang didengar kalau melodi sedap. Kalau melodi sedap inti pasal kecantikan gadis rugi sangat bagi aku.

Gadis akan mati but Allah abadi.

Wednesday, 7 November 2012

Hilang

angin sudah bisu dengan ku
demikian terputus salam dari sana
bayang-bayang palsu juga pecah
tak lagi menarik layar dongeng
membuka cerita-cerita aku
Hilang, nama mu telah jadi sejarah.