TickeToNeverland

Rasa-rasanya apa yang ada dalam fikiran kalian tentang 'TickeToNeverland' ni ye?

Huhu..Neverland adalah sebuah tempat di mana tinggalnya seorang kanak-kanak yang tidak akan membesar menjadi dewasa. Pernah dengar kan cerita ni? Tempat tinggal Peter Pan dan kawan-kawannya. Kartun favourite aku ni. Haha. Masa kecik selalu pasang tape cerita ni.

Simboliknya begini. Aku sangat kagum akan adanya tempat sebegitu meskipun ianya dongengan belaka. Aku selalu memikirkan alangkah indahnya menjadi kecil dan tidak akan dewasa sampai bila-bila. Kerana apa? Tidakkah kalian terfikir tentang rosaknya muka bumi adalah daripada tangan-tangan yang dewasa ini. Bukan saja bumi mangsanya. Cuba lihat cinta yang tiada lagi sejatinya, kanak-kanak yang dipijak hidup-hidup, bayi yang mati dengan hina, politik yang kelam-kabut, masalah yang buntu solusi, gadis yang bukan semalu dan lain-lain lagi krisis.

Namun sebagai hamba Sang Pencipta, kita tidak boleh lari dari semua itu. Kalau kita berlari segagah harimau sekalipun pasti ia akan berdiri teguh di seberang jalan. Kalau kita tidur kerana tidak mahu ambil peduli sekalipun pasti ia akan mengejutkan kita secara sabar. Jadi sampai bila kita mahu menutup mata untuk semua yang telah ditakdirkan ini? Maka kembali kepada jalan-Nya adalah sebaik-baik jalan.

Kesimpulannya 'TickeToNeverland' adalah simbolik buat diriku yang ingin ke tanah musuh ketat si Kapten Hook tu.  Dalam bahasa melayunya, bolehlah dikatakan Tiket Ke Neverland. Hehe. Kalau kalian nak tahu, nama tersebut telah dipilih sebagai nama kugiran muzik kami. Hmm. Maklumat lanjut ada di bawah. 


TickeToNeverland
ditubuhkan pada penghujung tahun 2006 di mana pada masa itu ialah hari-hari terakhir kami di tingkatan 4. Seingat aku bulan November kot. Haha. Mad pada mulanya bermain gitar tetapi akhirnya terpaksa menukar posisi akibat kesukaran mencari drummer. Mael sememangya teguh di posisi bass dan kekal sampai bila-bila. Impian untuk mencari pemain gitar dan vokal harmoni 
perempuan yang pada mulanya agak sukar sehinggakan terpaksa buletin kat Myspace walaupun takde respon akhirnya tercapai apabila Alia yang menggemari muzik rock melayu (Rock Kapak) berminat untuk menyertai kami (itupun sebab aku dan mad join budak puisi). Namun pada masa demo pertama dirakam Alia tidak turut serta akibat kesibukan pelajarannya (STPM). Kebanyakan lagu banyak ditukar susunannya kerana ketiadaan Alia di posisi gitar rhytm. Insyaallah the next EP akan kami hasilkan yang lebih baik dengan susunan asal. Buat pengetahuan semua, Alia telah meninggalkan kugiran ini dengan rasminya pada tahun 2009. Line up silih berganti hari demi hari.(waaaaaaaa,we miss u Alia!) :( Pemegang Mic utama kini di ambil alih oleh Madi dan bukan lagi Ali seperti yang anda sekalian dengar pada demo pertama ini. TickeToNerland kini masih dalam perancangan untuk merekod semula lagu dari demo pertama berserta 2 buah lagu baru iaitu Sayonara Girl dan Masa.










                    http://www.reverbnation.com/ticketoneverland



Photo2 TickeToNeverland














*maaf, aku tak nak letak gambar Alia. sebab sekarang dia dah berhijab. :)

Sekian. 

1 comment:

  1. ahhh... sweet old time... sila kembali menulis please tuan tanah!

    ReplyDelete

Assalamualaikum! :)