Tuesday, 16 August 2011

Ramlee Awang Murshid (RAM)

RAM merupakan novelis yang paling aku minati sebab penulisan beliau bergenre thriller. Tapi jangan salah paham pulak. Dalam sesebuah novel yang ditulisnya tak lah dari intro sampai outro thriller. Beliau bijak memanipulasi kita dengan menyelitkan elemen saspen yang diwarnakan lagi dengan penambahan elemen cinta, kasih-sayang, kekeluargaan, fakta sains & islam dll lagi. Hmm. Kat bawah ni aku selitkan serba sedikit mengenai beliau. Tujuan aku letakkan nama RAM dalam entri kali ni sebab banyak novel beliau yang aku baca berbanding novelis-novelis lain. Aku adalah salah seorang Ramians! :p


Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21. Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Antara novel-novel beliau yang aku dah baca :

1) Tetralogi Bagaikan Puteri 


p/s : Dalam tetralogi ni novel 'Bagaikan Puteri' je yang aku tak pernah baca. Aku start baca dari 'Cinta Sang Ratu' sampailah yang paling latest, 'Sutera Bidadari'. Huhu. Sebuah epik thriller yang benar-benar mengesankan. :p

2) Trilogi Tombiruo


p/s : Dalam trilogi ni pun hanya novel 'Tombiruo Terakhir' je yang aku baca sebab novel 'Tombiruo Terakhir' & 'Cinta Sang Ratu' ni merupakan novel pertama karya RAM yang aku baca. Disebabkan 'Tombiruo Terakhir' merupakan novel yang terakhir daripada trilogi ni, so aku tak baca la novel-novel yang sebelumnya sebab aku dah paham ceritanya. Begitu juga dengan novel 'Bagaikan Puteri' yang aku tak baca sebab aku dah paham melalui novel 'Cinta Sang Ratu'. ^^


3) Ungu Karmila


4) 9 Nyawa


5) Rahsia Perindu


6) Mandatori


7) Rayyan Fantasi


Sebenarnya ada banyak lagi Novel-novel lama RAM ni yang belum aku baca seperti ADAM, Personal Justice, Hatiku di Harajuku, RanggauSatu Janji, Igauan Maut & Pei Pan. Insyaallah, kalau ada masa nanti aku beli & baca then aku review kat sini. Hehe.


-I am Ramians-

4 comments:

  1. yeap.. his novel really superb.. MO suka baca jugak.. :-)tapi masih banyak jugak xsempat nak baca.. otak dia briliant giler rasanya.. :-)

    ReplyDelete
  2. ramians jugak...hehe...rayyan fantasi & sutera bidadari dah beli, tapi still x sempat baca... first beli mandatori, masa tu form 2...hehehe

    ReplyDelete
  3. dinding kosong : haha..dh beli tu cepat2la baca..nanti merajuk plak buku2 tu..hehe ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum! :)