Tuesday 23 August 2011

Andrea Hirata : Sebuah inspirasi magis

Andrea Hirata. Siapa yang tak kenal beliau? Satu nama besar dalam industri penulisan Indonesia. Andrea merupakan penulis magis yang menginspirasikan aku untuk cuba menulis. Bermula dengan membaca novel hits 'Laskar Pelangi', yang memaparkan kisah anak-anak kampung Belitong yang pelbagai kerenahnya dalam mengejar ilmu telah memeningkan aku dengan bahasanya yang sosial dan sains. Dari situ aku sangat kagum akan bahasanya yang indah.  Manakan tidak dalam 'Laskar Pelangi' saja ada teori Newton, ada falsafah Einstein, ada juga nama Beatles dan Beethoven. Cuba bayangkan. Haha. 

- 'Laskar Pelangi' adalah novel pertama Tetralogi Laskar Pelangi, iaitu Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. 

- Novel 'Laskar Pelangi' telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa. 'The Rainbow Troops' merupakan edisi internasional bagi novel tersebut manakala 'The Dreamer' adalah edisi internasional bagi novel 'Sang Pemimpi'. Bagi novel 'Edensor' dan 'Maryamah Karpov', penerbitan edisi internasional akan menyusul kemudian.

- 'Laskar Pelangi' di baca anak berusia 7 tahun sampai profesor universiti berusia 70 tahun. Dinikmati penggemar sastera termasuklah orang yang tidak pernah membaca novel. Novel ini telah dijadikan tesis, mas kahwin, bacaan wajib di sekolah, dan dibaca orang di dalam bas sambil tertawa dan menangis, sendirian.

- 'Laskar Pelangi' dan 'Sang Pemimpi' telah ditayangkan dalam bentuk filem pada tahun 2008 dan 2009.

Sedikit Info mengenai Andrea :

Andrea Hirata Seman adalah si Ikal pelajar sekolah Muhammadiah yang diceritakan dalam 'Laskar Pelangi'. Beliau berpendidikan Sarjana Muda dari Universiti Indonesia dan pernah bekerja di pejabat pos Bogor. Pada tahun 2001 beliau mendapat biasiswa Sarjana untuk pengajian di Sheffeild Hallam University, Inggeris dan lulus degan predikat graduate with distinction. Beliau berkesempatan untuk melakukan penyelidikan di Universite de Paris, Sorbonne, dengan bidang kajian finance. Sekarang beliau bekerja sebagai analisis do pejabat pusat PT. Telkom Bandung. 'Laskar Pelangi' merupakan novel pertamanya.

Tetralogi Laskar Pelangi



Edisi Internasional



Sebuah lagu dari kumpulan Nidji, OST Laskar Pelangi



Sekian, ^^

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! :)