Monday, 29 August 2011
Sunday, 28 August 2011
Adam (Bahagian 5)
Pasar Seni - Kuala Lumpur
Cuaca Kuala Lumpur petang itu berangin sekali. Warna alam yang menguning ditambah hembusan angin yang malu-malu seakan memberi minum pada metropolitan yang kering. Debu. Banyak sekali orang memanfaatkan cuti minggu hari itu. Anak-anak riang berjalan bersama mak dan ayah. Pasangan kekasih hebat bercinta di jalan-jalan. Para pelancong yang tinggi kakinya juga banyak.Ada yang kelihatannya sedang gigih mengamati tempat kakinya berpijak. Tangannya memegang peta Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mereka nampak bingung di situ.
"Excuse me. Where are we now?? ahh..where is Central Market?" Tanya minah saleh berbangsa Irish.
"Oh, you're now at central market ma'am." Jawab seorang perempuan.
"Really??? Oh thank you so much dear. We're so confusing just now. You know travel is fun but need a map. And this map...ahh i don't know how to say.."
"You should ask someone to guide you ma'am." Perempuan itu kasihan melihat minah saleh yang wajahnya kemerah-merahan itu dalam kepenatan mengharungi Kuala Lumpur. Dia adalah murid pintar pada gurunya si peta kecil. Tapi dia bodoh sombong pada kami rakyat Malaysia. Satu pembohongan besar apabila 100% rakyat Malaysia buta English. Malu bertanya sesat jalan!!
"Ya, i think so. So here we are. hahahahhahaha..Anyway, thanks for helping us."
"Thank you!" Yang duanya lagi bersuara. Mereka bertiga.
"You're welcome. Have a nice day!"
Perempuan itu benar-benar pelik dengan sikap minah dan mat saleh yang dijumpainya tadi. Terlalu sombong untuk bertanya. Akhirnya kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak. Perempuan yang baru habis dari waktu kerjanya itu bekerja di sebuah kedai kek yang satu-satunya terdapat di dalam Pasar Seni itu. Dan pada waktu ini dia tidak terus pulang ke rumah. Selalunya hari minggu begini dia akan duduk di luar menenangkan fikiran sambil memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang. Dia hanya akan pulang jika jam tangannya yang bewarna merah itu digitnya 18:00.
Perempuan itu mencari satu sudut. Belum sempat punggungnya berlabuh,
"Yesterday, all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they’re here to stay.
Oh, I believe in yesterday.
Suddenly, I’m not half the man i used to be,
There’s a shadow hanging over me,Oh, yesterday came suddenly."
"La, kat sane rupanya..Hmm.." (Perempuan itu bermonolog)
Di satu sudut yang berdekatan dengan pemuzik jalanan itu dia duduk. Hari itu, tidak ramai yang melihat mereka menyanyi. Adalah dalam lima enam orang. Entah berapa hasil di dalam topi itu pun dia tidak tahu. Ramalannya adalah dalam lima ringgit paling sedikit pun. Ah, takkanlah tiada langsung!
Di hadapan pemuzik gigih itu duduk seorang ibu bersama anak kecilnya yang sedang tekun sekali mendengar lagu gubahan asal Paul McCartney itu dimainkan. Si anak kecil itu rambutnya sama hitam dengan ibunya. Tetapi, hatinya juga seperti mirip. Mereka kaku di hadapan pemuzik yang kerjanya menghibur orang ramai itu. Setelah lagu yang dimainkan selesai outro, mereka dua beranaklah di antara penonton yang bertepuk tangan. Manakala Huda dan yang lainnya sengaja kaku mendiam diri. Paling tidak pun tersenyum. Maka, mata-mata orang banyak tertumpu pada dua beranak itu.
Huda bangun lalu maju ke depan. Di dalam topi biru itu dia letakkan wang berjumlah sepuluh ringgit. Dia sedikit terkejut. " Baru satu ringgit???" Dalam hatinya dia tertanya-tanya. Sebenarnya sepuluh ringgit itu adalah di antara wang yang didapati dari majikannya sebentar tadi. Setiap kali cukup bulan dan gaji masuk, Huda pasti memberikan sepuluh ringgit kepada pemuzik jalanan itu. Huda sangat kagum akan kegigihan mereka. Lagipun merekalah penghibur hari minggu bagi Huda. Dia sudah tahu yang mereka berdua, pemuzik jalanan itu akan ke situ menyanyi setiap kali hari minggu ditandapangkahkan di kalendar. Pemain gitarnya celik dan pemain biolanya pula buta. Mereka adalah sepasang pemuzik jalanan.
'Bila bunyi bersatu, seluruh jiwa hadir mengintai lagu.'
Huda kini duduk berdekatan dengan dua beranak itu. Sengaja dia duduk di situ. Matanya dipusatkan pada sebuah beg besar milik si dua beranak itu. "Mereka ni dari mana?" dia-diam Huda ingin tahu, "Macam nak balik kampung je?". Persoalannya itu cuba ditafsir sendiri dan mencari sebuah jawapan. Namun dia gagal. Kosentrasinya terganggu. Mungkin juga fizikalnya yang letih setelah seharian membuat kek itu memaksa daya fikirnya berhenti.
Si ibu yang bertepuk tangan itu tadi tiba-tiba bangun lalu mendekati mereka, pemuzik jalanan. Dia membisikkan sesuatu. Respon yang positif mereka kongsi bertiga melalui senyuman dan sedikit tawa yang pendek. Apa yang si ibu itu katakan? Berita gembirakah? Atau sebuah pujian yang menyenangkan?
Pada waktu ini, mata-mata orang sedang memandang sepasang pemuzik jalanan bersama seseorang yang turut berdiri di situ. Alat muzik yang perlu digesek supaya berbunyi itu kemudian perlahan-lahan dimainkan diikuti petikan gitar dan kenapa si ibu itu turut sama berdiri di situ? Huda jadi hairan. Juga beberapa penonton lainnya.
Sebuah lagu yang mendeskripsikan keindahan alam pantai Anyer. Komposernya rakyat Indonesia. Itulah bisikan si ibu itu tadi barangkali. Sayup-sayup suara nan merdu menerjah ke telinga-telinga nyawa yang sedari tadinya tidak mempeduli. Kini, para pejalan kaki ramainya yang berhenti. Suara si ibu pada anak kecil itulah sakti.
"Deru sang ombak bersilir ke pantai
Disambut alunan nyiur melambai
Rembulan megah di atas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua
Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insandi dalam skenarionya."
Huda terpana seketika. Baginya inilah kali pertama penghibur hari minggu itu memainkan lagu sebegitu. Dan lagu itu adalah lagu kesukaannya sejak kecil. Ibunya dahulu sewaktu dia kecil, selalu menyayikan lagu itu sehinggakan dia terikut-ikut menyanyi. Sampai sekarang pun dia masih hafal setiap baris, kata dan ayat di dalam lirik lagu yang dahulunya popular itu. Sekarang, ingatannya tiba-tiba pulang ke rumah. Dia teringat pada ibu yang pernah bersama-samanya menyanyikan lagu itu di dapur. Ketika itu, ibu sedang mereneh sup.
Imbas semula : Tahun 1997
Malam itu di bahagian dapur, lagu Dato' Sheila Majid yang popular itu sedang hangat dinyanyikan oleh si ibu dan si anaknya yang masih hingusan itu. Sesekali si ibu yang menyanyi sendiri. Kemudian anaknya pula yang menyambung. Dan setelah itu mereka sama-sama menyanyi. Sebuah lagu ciptaan Odie Agam itu mengikat talian ibu dan anak ini menjadi lebih rapat.
"Ibu ibu, ibu sedang masak apa?" Huda ingin tahu masakan apa yang dimasak ibunya sehingga berbau harum sekali.
"Sup. Huda sudah lapar ya? Sabar dulu ya nak. Sekejap lagi masaklah sup ini. Abahmu di mana?"
"Abah kat luar bu. Abah hisap rokok."
"Hmm..bilalah abahmu itu mahu berhenti." Ada sedikit kesal yang terluah pada hati si isteri itu.
Huda diam. Dia tidak tahu apa-apa yang serius mengenai merokok. Yang dia tahu cuma mancis yang abah gunakan untuk membakarnya dan asap yang keluar pada mulut abah mengeluarkan bau yang tidak enak sekali. Baunya menyempitkan lubang-lubang hidung untuk menarik oksigen-oksigen segar. Jauh bezanya dengan bau sup yang dimasak ibu. Baunya malah mewangikan oksigen-oksigen segar yang tak berperisa itu. Jika pada waktu itu Huda yang masih kecil tahu akan bahayanya merokok, sudah pasti waktu itu juga dia menasihati abahnya supaya berhenti merokok. Merokok yang menyebabkan kematian secara senyap itu wajar dibunuh. Suasana yang bisu seketika itu bersuara semula selepas si ibu itu tadi mula menyanyi lagi. Anak kecilnya juga.
"Antara Anyer dan Jakarta
Kita jatuh cinta
Antara Anyer dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam
Kan kuingat selamanya
Antara Anyer dan Jakarta"
Lamunannya terhenti..Dia sedar semula setelah kembali ke masa lalu.
Dia tersenyum sendiri membayangkan peristiwa itu. "Tapi kenapa mereka tak nyanyi dulu? Ah!.." Huda malas berfikir lagi. Dia menyaksikan persembahan luar biasa itu penuh minat. Suaranya menyanyi sama mengikut suara merdu si ibu itu. Huda memandang anak kecil yang duduk tidak jauh dari tempat duduknya. Dia beralih ke sebelah anak kecil itu. Rupa-rupanya dia silap. Hati anak kecil ini tidak sama seperti ibunya. Wajah anak kecil ini sugul dan kosong. Seperti dia ditinggalkan seseorang atau dia yang meninggalkan orang itu.
"Hai dik! Kenapa diam je ni?? Tu emak adik tengah menyanyi tu. Tak suka ke??"
"Err tak suka..eh suka suka. Err," Umi merahsiakan status dirinya,"oh ya, sekarang jam pukul berapa ya kak?"
"Pukul lima dik. Kenapa? Ada masalah eh? Kakak boleh tolong.." Huda jadi kasihan.
"Eh takdela kak.Emm..." kata-katanya ternoktah. Si kecil itu lantas bertepuk tangan dengan kuatnya sambil tersenyum.
Huda tidak sedar yang lagu kegemarannya itu telah habis dimainkan.
******
Mamat baru habis dari kerjanya. Tugasnya kini selesai sudah pada Tauke Kong. Namun, masih ada satu lagi yang belum selesai. Dia harus awal menjemput Nur Dahlia, kakaknya. Kakaknya itu tidak boleh dibiarkan sendirian tunggu lama-lama. Bimbang kalau-kalau 'perkara' yang tidak elok menimpa. 'Perkara' seperti ragut, rogol, culik dan cabul adalah antara jenayah yang sudah lali bila membaca akhbar semasa. Kalau tidak di muka depan pasti ada terselit di mana-mana ruang kecil di dalam akhbar. Disebabkan itulah kebimbangan si ibu terhadap anak keduanya ini membengkak. Mamat dipertanggugjawabkan. Namun tidaklah setiap masa Mamat menjaganya. Selalunya, pada hari minggu, hari-hari Nur Dahlia banyak dihabiskan bersama temannya, Kasim. Kasim lah yang tolong menjaganya jika di luar. Kasim adalah jiran dan teman seperjuangan. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu muzik. Muzik yang memerlukan deria dengar dan hati itu adalah aktiviti biasa mereka pada hari minggu.
Saturday, 27 August 2011
Bibirku Bersujud di Bibirmu
Wahai, pelayar malam, tiga kapal karam, masam dendam
apa lagi yang kau pendam, sebelum semuanya tenggelam?
Kita pun kehilangan ombak, pasir dan berabad rakaat,
terlelap dalam perangkap, sekejap malam yang cacat.
Tanpa sujud, bagaimana menyebut ini sebuah tahajud.
Aduhai laut yang mengenal semua kapal, kau tahukah?
Pada separuh luruh usia tubuh, ada sepertiga subuh
yang tak pernah hendak menunggu jangkarmu berlabuh.
Dan pada lipatan pantai sajadah yang tak lagi basah
Tajam musimmu makin meranjau: aku kian kemarau
Aku masih sabar menunggu, kau kirim tanda zikir-zikir,
Semakin mendekat gemetar bibir, pada persujudan pasir,
rukuk musafir, sampai mengerti isyarat ombak terakhir.
Kau bertanya: hauskah?
- Aku jawab: ya, beri aku air
Kau bertanya: haruskah?
- Aku minta: atau sebaiknya kau usir
Siapa yang menangis di dermaga? Siapa menghangatkan
laut dengan airmata? Siapa yang melambai di atas palka?
Siapa yang menghentak kaki berlari ke surut samudera?
Siapa mengarak riak jadi mahagelombang maharaksasa?
Aku semakin tak sanggup. Dengar. Dendang itu semakin sayup:
kenapa harus gelombang,
gelombang,
gelombang,
gelombang,
gelombang,
gelombang,
kenapa harus gelombang,
gelombang,
gelombang,
gelombang,
gelombang,
gelombang,
kenapa harus gelombang.
Bibirku bersujud di bibirmu, lalu kita lafazkan zikir pasir.
Bibirku bersujud di bibirmu, hampar mulut yang pesisir.
Bibirku bersujud di bibirmu, pagut sebutir pungut sebutir.
Puisi: Hasan Aspahani; Music Composition: Ananda Sukarlan; Piano: Ananda Sukarlan; Sopran: Aning Katamsi; Koreografer: Chendra Panatan
Penari: Susi Mariah; Siko Setyanto; Hillarian Ananda; Achmad Hilmi, Ayok
Minggu, 3 Januari 2010
Graha Bhakti Budaya - Taman Ismail Marzuki
Bibirku Bersujud di Bibirmu adalah musik tari yang didasari oleh puisi Hasan Aspahani. Tak seperti judulnya, puisi ini jauh dari sensual. Puisi ini berkisah tentang cinta dan kehancuran yang diilhami oleh tsunami Aceh 2004, ketika lautan yang membentuk tsunami jatuh menyentuh tanah dan akhirnya meluluhlantakkan bibir pantai utara Sumatera. Bibirku bersujud di Bibirmu ditampilkan pertama kalinya pada JAKARTA NEW YEAR'S CONCERT 2010 sebagai world premiere.
Friday, 26 August 2011
Adam (Bahagian 4)
Pagi-pagi lagi sudah bising. Kedengaran satu bunyi yang kuat dipukul-pukul dari luar. Berulang-ulang kali. Pintu rumah bergegar kuat seperti mahu tumbang. Engsel-engselnya seolah-olah tertanggal dan tak mahu lagi bersatu. Skru-skru yang membenam rapat juga terkejut dan macam tersembul keluar. Pintu itu dijadikan mangsa tuannya sendiri. Mak Jah sekali-kalipun tidak mengalah dalam usahanya menghalau penyewa rumah yang ingkar.Diketuk-ketuknya pintu rumah itu. Dia seperti buruh kontrak yang melakukan kerja keras. Berpeluh-peluh. Apabila pintu dikuak dari dalam dia pun berhenti.
"Ha,baru nak bangun! Tunggu apa lagi!" Sindir Mak Jah.
Adam yang masih mamai lambat-lambat memahami leteran orang tua itu. Dia lupa sejenak tentang siapa orang tua berwajah bulat yang berdiri di hadapannya. Akhirnya dia malu sendiri. Orang itu adalah tuan rumah tempat dia menyewa dan kedatangannya pagi-pagi pasti sesuatu yang penting. Adam tersenyum sebaik sahaja teringat akan perangai orang tua itu bila marah. Hipotesisnya mudah: Apabila Mak Jah Marah, maka duitnya ada yang kurang.
"Owh, sekejap ya Mak Jah. Saya nak mandi dulu. Lepas tu saya pergi." Adam memohon dibersihkan dirinya dahulu sebelum bertolak. Walaupun Mak Jah membebel panjang, di akhir bebelannya itu dia mengizinkan.
Kerusi Kosong
Bas Rapid KL (Taman Melati - Jalan Tunku Abdul Rahman)
Si ibu dan si anak itu sedang berdiri memandang ke luar menerusi cermin yang diletakkan melintang. Seluruh tempat duduk telahpun penuh dengan orang-orang. Sarah dan Umi berdiri berdekatan pintu belakang. Sengaja Sarah berdiri di disitu supaya senang mereka turun sesudah sampai ke destinasi. Beg berat diletakkan di bawah. Kasihan Umi. Tangannya memegang kuat tangan Sarah. Persis anak kecil yang sedang belajar berjalan dan akan jatuh jika melepaskan tangan ibu. Wajahnya tak ceria tapi biasa-biasa saja. Ada satu perasaan aneh yang menganggu anak kecil ini. Lebih banyak mendiam. Muram. Macam orang ditinggalkan cinta pula.
Cermin kecemasan
38 duduk 28 berdiri
Sarah merenung lama tulisan yang ditampal lekat pada cermin. Menduga-duga kebenaran ayat yang nombor dua itu. Matanya meliar ke sana sini. Melihat sekeliling dan memerhatikan satu-satu kerusi yang ada di situ. Kelihatannya semua sudah penuh diisi dengan punggung-punggung orang. Hanya satu saja kerusi yang masih kosong iaitu di bahagian belakang. Sarah nekad untuk terus saja berdiam di situ bersama anak kecilnya sehingga ada dua kerusi kosong yang benar-benar layak untuk mereka berdua.
Bas itu behenti di perhentian berikutnya. Muatan bertambah lagi kerana tiada seorang pun penumpang yang turun. Bakal-bakal penumpang yang beransur-ansur naik sedang berebut-rebut mendapatkan tiket. "Masuk dalam lagi! Belakang tu kosong lagi tu!" Pemandu berkumis tebal itu bersuara sambil melihat cermin yang memantulkan manusia-manusia di belakang. Di celah-celah mereka yang baru naik itu terhimpit seseorang yang istimewa. Dia sedang mencari jalan masuk di laluan yang sesak. Banyak kali dia meminta maaf. Entah kepada siapa maaf itu ditujukan pun dia tidak tahu. Dia tidak tahu siapa orang-orang di sekelilingnya. Justeru dia selalu membahasakan mereka-mereka itu sebagai Encik. Bersama tongkatnya dia berjalan berhati-hati. Bagi kehidupan orang-orang buta sepertinya tongkat adalah mata. Tahukah kita bahawa sekiranya memimpin mereka-mereka ini janganlah dipegangkan tongkatnya?
Ketika berjalan, tangan orang buta mesti berpegang pada bahagian siku orang yang membawanya. Ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan orang yang dipimpinnya dan orang yang memimpinnya. Apabila berada di sesuatu tempat yang sempit, orang yang dipimpin mesti berada di belakang orang yang memimpin. Ini bertujuan supaya si buta itu tidak melanggar objek dan memudahkan si buta itu berjalan. Dan, ia seterusnya memudahkan pergerakan orang yang memimpin. Satu lagi, apabila si buta itu memegang siku anda, pergerakan anda termasuk naik atau turun tangga dapat dirasakannya dengan mudah dan berkesan. Pernah berlaku satu kes di mana seorang buta telah terjatuh ke dalam longkang akibat tongkatnya telah dipegang oleh orang yang membawanya. .
"Kasihan dia." Monolog Sarah sendirian. Sarah memerhatikannya. Dari hatinya dia simpati. Orang itu semakin ke belakang menghampirinya dengan tongkat yang diarahkan entah ke mana-mana. Namun tiba-tiba pula langkahnya terhenti. Lengannya yang putih halus itu dipegang satu tangan yang agak berisi berwarna gelap sedikit dari belakang. Seorang "auntie' berdarah India bangkit dari duduknya.
Sarah sakit hati pada orang-orang hari itu. Sudahlah dia dan anaknya yang diberati beg baju tak dikasihankan. Kini seorang buta yang layak diberikan kerusi dipelawa pula oleh seorang 'auntie' yang ditangannya penuh beg-beg plastik berbau ikan pasar. Siapakah mereka-mereka yang sedang duduk di kerusi ketika ini? Mengapa mereka berdiam diri? Perlukah ditanya dan dipinta dahulu baru diberi? Barangkali ikan yang dibeli 'auntie' itu lebih mengerti.
******
Adam tergopoh-gopoh keluar dari rumah. Dia berlari selekas yang mungkin ke tempat motornya diparkir. Beg hitam yang sederhana besarnya digalas dan gitar tongnya disandang. Apabila semakin mendekat dengan pintu lif, kelihatan seolah-olah ada papan tanda besar bersimbolkan tanda amaran yang dipaku di atasnya. Tiada pula kata-kata yang menunjukkan apa-apa larangan di situ. Kecuali tanda dua anak panah. satunya di sebelah kanan dan satunya lagi di sebelah kiri. Di sebelah kanannya mengarah ke lif dan kirinya pula mengarahkan ke tangga kecemasan. Dalam realitinya Adam berada di hadapan dua pilihan ketika ini. Jika satunya diambil maka yang satunya lagi akan ditinggalkan. Memilih lif bererti dia membazirkan beberapa minit untuk turun ke bawah. Lif di flat itu sebuah sahaja. Tingkatnya pula berbelas-belas. Nombor merah yang tertera di atas lif itu kini pula adalah sebelas. Maka alternatifnya adalah lebih cepat; menuruni tangga dari tingkat dua hingga ke tingkat paling bawah, P (Parking).
Adam berlari lagi. Dia bergegas mendapatkannya motornya yang diparkir di sudut hujung sekali. Sehelai kertas dalam pegangan tangannya telah sedikit basah menyerap peluh.
Pasar Seni. Mama nak balik kampung tengah hari nanti.
Tulisan Umi itu diingat-ingatkannya kembali dalam fikiran. Mujurlah Mak Jah menemukannya pagi tadi dan tidak membuangnya. Dia sendiri pun tidak sedar akan sehelai kertas kecil yang disisipkan di bawah pintu rumahnya sewaktu melangkah keluar tadi. Dan disebabkan sehelai kertas kecil yang ditulis oleh orang kecil itulah dia seperti orang gila menunggang pecut motornya ketika ini.
Sebelumnya...
"Umi,dah siap sayang? Jom! Sudahla, jangan menangis lagi emm?" Pujuk Sarah. Dia tahu Umi sangat sedih sekarang. Di rumah itu ada kenangannya bersama ayah tercinta. Di rumah itulah Umi dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan ayah.
"Tapi mama, Umi suka tinggal kat sini. Kat sini ada kawan-kawan Umi. Nanti pasti mereka cari Umi." Umi merayu supaya mamanya tidak jadi berpindah.
"Umi sayang, mama tak cukup duit nak bayar duit sewa. Mana boleh tinggal kat sini kalau tak bayar. Jom sayang! Nanti Mak Jah datang mesti dia marah kita lagi. Umi nak Mak Jah marah kita lagi?" Tanya Sarah.
Umi menggeleng cepat-cepat. Sedangkan orang dewasa pun takut dengan orang tua itu. Inikan pula Umi si kecil yang boleh saja digoreng jadi lauk oleh Mak Jah yang entah mana perasaan manusianya.
Dua beranak itu melangkah keluar. Beg pakaian mereka jelas sekali nampak lusuh. Beg yang sudah lama diam di dalam almari Umi itulah satu-satunya beg yang boleh memuatkan pakaian. Dan kerana lama sudah tidak dipakai, warna kehitamannya sedikit menukar ke kelabu asap. Kali terakhir beg itu digunakan pun sewaktu arwah Zaidi pergi ke Kelantan atas urusan kerja. Beg itu jugalah satu-satunya teman dan saksi utama kematian arwah di Jalan Kota Bharu-Gua Musang Disember lepas.
"Dia ditinggalkan sendirian di jalanan. Jalan itu basah dengan darah yang dicampur air hujan yang sudah lama meresap. Kereta tidak banyak yang lalu malam itu. Yang ada cuma bayu malam yang menghisap peluh, Selembar jalan tempat arwah lena, kumpulan tumbuhan hijau yang banyak tinggal menetap di tepi jalan situ dan saya sendiri sebuah beg yang memerhatikan pemilik kenderaan itu berlalu pecut meninggalkan tuan saya (arwah Zaidi dilanggar lari)."
Jika beg boleh berkata-kata, itulah keterangan yang akan diberikan.
Sampai sekarang pihak polis masih belum menemukan apa-apa klu yang menjurus kepada suspek utama. Orang jahat itu seperti boleh hilang apabila dicari. Malah menyerupai orang lain pula apabila ditemui. Jadi semuanya kabur. Tiada bukti. Tiada saksi. Hari itu sewaktu arwah terbujur kaku di katil wad, Doktor George Paul memanggil Sarah ke biliknya. Doktor itu menjelaskan keadaan tenat arwah dan katanya sekiranya arwah cepat diselamatkan dan dibawa ke hospital lebih awal peratusan untuk arwah hidup adalah tinggi.
Mereka berjalan lambat-lambat. Seperti ada gam kuat pada kasut yang melekat erat pada lantai simen. Meninggalkan rumah itu terasa berat. Sebaik sahaja mereka menghampiri pintu lif untuk turun, Umi berhenti dan berpaling ke belakang seraya menunjukkan sesuatu. Jari telunjuk tangannya yang kecil itu memimpin mata mamanya ke suatu sudut. Nun jauh di sana kelihatan satu pintu rumah yang tertutup rapat lagi sepi. Orang di dalamnya sedang tidur untuk didatangi pagi-pagi ini.
"Tunggu kejap ya mama. Umi nak pergi jumpa pak cik. Nak salam tangan dia sebelum pergi. Bolehkan mama?" Umi meminta izin untuk keinginannya.
"Oh, rindukan pak cik ya. Emm, pergilah cepat. Mama tunggu di sini saja. Jangan lama-lama tau!" Kata-kata ibu tunggal ini menggembirakan sedikit hati anak kecilnya.
Umi maju ke pintu rumah pak cik kesayangannya. Diketuk-ketuk pintu itu berulang kali. Namun tidak juga dibuka. Umi sedih. Diketuk-ketuknya lagi. Masih sama.
"Umi, cepat!" Mamanya sudah memanggil.
Umi lantas mengeluarkan buku nota kecil dari beg sekolahnya dan menulis sesuatu.
"Ya,sekejap mama. Umi datang ni." Berlari Umi mendapatkan mamanya yang sudah menunggu.
"ISLAM" is a 'School'
"WORLD" is a 'Class'
"WE" are 'Student'
"QURAN" is 'Syllabus'
"SOLAT" is 'Practical'
"MOHAMMAD (S.A.W)" is 'Teacher'
"ALLAH" is 'Examiner' &
"QAYAMAT" is date of 'Result'
"JANNAH" is the best 'Reward'.
Thursday, 25 August 2011
1730; 1 Juta Penonton
Menonton drama
audio di campur-baur
sangat sedikit dari manusia sebenarnya.
kasihan telinga
mata percaya
lakonan berjaya
sekali lagi
hairan, stereotaip
drama adalah cinta, nyanyian,
tarian, lalu mati
tumbuh seorang pengganti
usai episod duka, gembira
maaf penulis skrip
Tuesday, 23 August 2011
Andrea Hirata : Sebuah inspirasi magis
Andrea Hirata. Siapa yang tak kenal beliau? Satu nama besar dalam industri penulisan Indonesia. Andrea merupakan penulis magis yang menginspirasikan aku untuk cuba menulis. Bermula dengan membaca novel hits 'Laskar Pelangi', yang memaparkan kisah anak-anak kampung Belitong yang pelbagai kerenahnya dalam mengejar ilmu telah memeningkan aku dengan bahasanya yang sosial dan sains. Dari situ aku sangat kagum akan bahasanya yang indah. Manakan tidak dalam 'Laskar Pelangi' saja ada teori Newton, ada falsafah Einstein, ada juga nama Beatles dan Beethoven. Cuba bayangkan. Haha.
- 'Laskar Pelangi' adalah novel pertama Tetralogi Laskar Pelangi, iaitu Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.
- Novel 'Laskar Pelangi' telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa. 'The Rainbow Troops' merupakan edisi internasional bagi novel tersebut manakala 'The Dreamer' adalah edisi internasional bagi novel 'Sang Pemimpi'. Bagi novel 'Edensor' dan 'Maryamah Karpov', penerbitan edisi internasional akan menyusul kemudian.
- 'Laskar Pelangi' di baca anak berusia 7 tahun sampai profesor universiti berusia 70 tahun. Dinikmati penggemar sastera termasuklah orang yang tidak pernah membaca novel. Novel ini telah dijadikan tesis, mas kahwin, bacaan wajib di sekolah, dan dibaca orang di dalam bas sambil tertawa dan menangis, sendirian.
- 'Laskar Pelangi' dan 'Sang Pemimpi' telah ditayangkan dalam bentuk filem pada tahun 2008 dan 2009.
Sedikit Info mengenai Andrea :
Andrea Hirata Seman adalah si Ikal pelajar sekolah Muhammadiah yang diceritakan dalam 'Laskar Pelangi'. Beliau berpendidikan Sarjana Muda dari Universiti Indonesia dan pernah bekerja di pejabat pos Bogor. Pada tahun 2001 beliau mendapat biasiswa Sarjana untuk pengajian di Sheffeild Hallam University, Inggeris dan lulus degan predikat graduate with distinction. Beliau berkesempatan untuk melakukan penyelidikan di Universite de Paris, Sorbonne, dengan bidang kajian finance. Sekarang beliau bekerja sebagai analisis do pejabat pusat PT. Telkom Bandung. 'Laskar Pelangi' merupakan novel pertamanya.
Tetralogi Laskar Pelangi
Edisi Internasional
Sebuah lagu dari kumpulan Nidji, OST Laskar Pelangi
Sekian, ^^
"Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti."
Sunday, 21 August 2011
Teater : Pekik Sunyi
Alkisah,
seorang anak di Palestina, menelusuri lorong di jalur Gaza,
mengumpulkan selonsong peluru dan batu.
Ketika matahari turun, untuk memenuhi laparnya,
Ketika matahari turun, untuk memenuhi laparnya,
ia memamah semua suara.
Kerongkongannya perih,
Kerongkongannya perih,
tapi tak satu pun bunyi yang keluar dari pita suaranya.
Akhirnya ia tertidur di bekas ladang zaitun dan korma.
Bukan salahnya kalau ia bermimpi bertemu Yasser Arafat.
Yasser Arafat mengusap kepalanya dan bertanya: Siapa ayahmu, nak?
Tiba-tiba ia mendapatkan suaranya dan menjawab:
Akhirnya ia tertidur di bekas ladang zaitun dan korma.
Bukan salahnya kalau ia bermimpi bertemu Yasser Arafat.
Yasser Arafat mengusap kepalanya dan bertanya: Siapa ayahmu, nak?
Tiba-tiba ia mendapatkan suaranya dan menjawab:
Perjanjian Perdamaian!
Arafat tersenyum, mengangguk-angguk, lalu bertanya lagi:
Arafat tersenyum, mengangguk-angguk, lalu bertanya lagi:
Siapa ibumu?
Si anak menjawab dengan tak ragu: Intifada! Intifada!
Arafat termangu, dan sejurus kemudian bertanya lagi:
Si anak menjawab dengan tak ragu: Intifada! Intifada!
Arafat termangu, dan sejurus kemudian bertanya lagi:
Apa cita-citamu?
(petikan naskah PEKIK SUNYI, 1994 - 2010)
Si anak juga termangu, antara bermimpi dan tidak, ia berteriak serak: Meniup terompet Israfil!
(petikan naskah PEKIK SUNYI, 1994 - 2010)
'Pekik Sunyi' merupakan nashkah karya Muhammad Ibrahim Ilyas yang ditulis pada tahun 1994. Karya ini kemudiannya telah dipentaskan dalam bentuk teater.
Saturday, 20 August 2011
Kawan, Somalia dan Malaysia jauh berbeza
Kawan,
kasihankan kami yang derita
kamu di sana mewahnya segala
di saat lebihan nasi yang tersisa kamu buang,
di sini kami menadah tangan,
merayu kepada langit mohon sebutir nasi
merayu kepada langit mohon sebutir nasi
mohon simpati sampai mati.
kecilnya tangan kami
tulang-belulang memberontak keluar melihat bumi
membuang isi, jiwa, kerna mati
lalu kami adalah mayat yang difotokan
buat seluruh dunia yang banyak warga
Tajuknya yang sensasi ramai yang beli
benar, kami telah mewakilkan foto itu
sebenarnya kami benci
kawan, apakah kami orang asing?
rumah kami tak berdinding
bila hujan turun kami mengerekot
sakit perut kami tutup mulut
kawan, kenapa tanganmu disorok dalam baju?
Kawan,
Somalia dan Malaysia jauh berbeza.
Thursday, 18 August 2011
'Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka” (Hukama)
Hujan
Menjadi dewasa
pertama kali berdiri
semua yang datang dan pergi akan kau lihat sendiri
Kau ikutkan rasa hati
membawa diri dan pergi
jauh dari yang disayangi
kau masih terus mencari
berlari
Terjatuh malu berdarah luka
ratumu hilang tanpa kesan
kebanggaanmu lesap dibawa lari
merbahaya api tak dikenali
kawan barangkali lawan
dan semua ini adalah balasanmu
Hidup kau berubah megah
kau asyik dengan wanita
kau takutkan kehilangan
hilang harta hilang nyawa
Hujan petang turun menyejukkan
ibumu sendirian
rumah sepi ditinggalkan
ibumu di jalanan
mencarimu, menunggumu
pertama kali berdiri
semua yang datang dan pergi akan kau lihat sendiri
Kau ikutkan rasa hati
membawa diri dan pergi
jauh dari yang disayangi
kau masih terus mencari
berlari
Terjatuh malu berdarah luka
ratumu hilang tanpa kesan
kebanggaanmu lesap dibawa lari
merbahaya api tak dikenali
kawan barangkali lawan
dan semua ini adalah balasanmu
Hidup kau berubah megah
kau asyik dengan wanita
kau takutkan kehilangan
hilang harta hilang nyawa
Hujan petang turun menyejukkan
ibumu sendirian
rumah sepi ditinggalkan
ibumu di jalanan
mencarimu, menunggumu
Tolong sayangi ibu kamu selayaknya! |
Hikmah Hati
Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.
Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!
Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!
p/s : Bagi aku ni novel ketuhanan yang menginsafkan pembacanya. Mengenai kisah Ghulam yang berdepan 2 pilihan di antara kebaikan & kebatilan. Kalian tahu apa makna 'Be eshme elohim'? Tahu apa itu basar dan basirah? Hmm. Silalah baca buku yang baik untuk jiwa ini. :p
Tuesday, 16 August 2011
"Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga."
Ramlee Awang Murshid (RAM)
RAM merupakan novelis yang paling aku minati sebab penulisan beliau bergenre thriller. Tapi jangan salah paham pulak. Dalam sesebuah novel yang ditulisnya tak lah dari intro sampai outro thriller. Beliau bijak memanipulasi kita dengan menyelitkan elemen saspen yang diwarnakan lagi dengan penambahan elemen cinta, kasih-sayang, kekeluargaan, fakta sains & islam dll lagi. Hmm. Kat bawah ni aku selitkan serba sedikit mengenai beliau. Tujuan aku letakkan nama RAM dalam entri kali ni sebab banyak novel beliau yang aku baca berbanding novelis-novelis lain. Aku adalah salah seorang Ramians! :p
Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21. Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).
Antara novel-novel beliau yang aku dah baca :
p/s : Dalam tetralogi ni novel 'Bagaikan Puteri' je yang aku tak pernah baca. Aku start baca dari 'Cinta Sang Ratu' sampailah yang paling latest, 'Sutera Bidadari'. Huhu. Sebuah epik thriller yang benar-benar mengesankan. :p
2) Trilogi Tombiruo
p/s : Dalam trilogi ni pun hanya novel 'Tombiruo Terakhir' je yang aku baca sebab novel 'Tombiruo Terakhir' & 'Cinta Sang Ratu' ni merupakan novel pertama karya RAM yang aku baca. Disebabkan 'Tombiruo Terakhir' merupakan novel yang terakhir daripada trilogi ni, so aku tak baca la novel-novel yang sebelumnya sebab aku dah paham ceritanya. Begitu juga dengan novel 'Bagaikan Puteri' yang aku tak baca sebab aku dah paham melalui novel 'Cinta Sang Ratu'. ^^
3) Ungu Karmila
4) 9 Nyawa
5) Rahsia Perindu
6) Mandatori
7) Rayyan Fantasi
Sebenarnya ada banyak lagi Novel-novel lama RAM ni yang belum aku baca seperti ADAM, Personal Justice, Hatiku di Harajuku, Ranggau, Satu Janji, Igauan Maut & Pei Pan. Insyaallah, kalau ada masa nanti aku beli & baca then aku review kat sini. Hehe.
-I am Ramians-
Subscribe to:
Posts (Atom)