Neptun : Kenapa nama dia bulan?
Pluto : Aku rasa mesti dia cantik kan. Secantik Rose Kegilaan
si Jack tu.
Marikh : Taklah. Mesti dia gemuk sebab tu dia bulat.
(Semua Planet tertawa)
Zuhal : Dia minat Yuna kot. Ala yang lagunya ;
"Oh bulan..Enggan melayan diriku lagi...
Pabila... airmata membasahi pipi..
Dan lagu-lagu di radio..Seolah-olah memerli aku
Pabila...Kau bersama yang lain"
(Planets tertawa lagi)
Uranus : Entah-entah dia ni la kekasih pungguk yang menjadi
bidalan cinta melayu tu.
Zuhrah : Aku rasa dia dia ni kecik-kecik suka tengok Sailor
Moon kot.. (Planets terbahak-bahak geli hati)
Utarid : Bulan Bulat?
Musytari : Hmm..
Bumi : Marilah aku ceritakan wahai sahabatku sekalian.
Dialog di atas mungkin sedikit melucukan bila sesetengah planet tu boleh berkata-kata. Hehe. Aku saja mulakan page ni dengan dialog tu untuk memberi persoalan awal kenapa 'Cerita Tentang Bulan' yang menjadi judulnya. Apa hebat sangatkah? Bukan. Cerita tu tentang aku yang menyorok di belakang ejaan Bulan Bulat. Supaya dengan itu identiti tidaklah terlalu terdedah buat umum.
Sebab 1
Sebuah Photoku & Bulan |
Sebab 2
Cuba kalian teka apakah perkataan bulan dalam bahasa Spain?
Hmm. Bulan dalam bahasa Spain adalah 'Luna'. Pernah dengar nama La Luna? Sebenarnya La Luna merupakan sebuah band yang aku minat sejak aku jatuh cinta dengan lagu 'Selepas Kau Pergi' karya mereka. Dari situ mulalah aku mencari lagu-lagu yang lainnya. Ternyata suara vokalisnya sungguh merdu kerana lembutnya kalah kapas. Maaf macam Hiperbola pula gayanya. Hehe. Band ini datangnya dari Bandung, Indonesia. Kalian boleh google sendiri stuff mereka.
Sebab 3
Sewaktu di sekolah menengah dulu aku pernah terlibat dalam sebuah grup puisi sebagai pemain gitar. Masa tu kami ada pertandingan puisi & lagu peringkat daerah. Banyak kali jugakla kami buat performance kat sekolah sebagai training. Yang paling lucu masa kami bertanding tu aku dan seorang rakan lagi yang bermain gitar saling tak tumpah macam Kopratasa. Beret hitam kami pakai. Baju coklat lengan panjang dan besar kami pakai. Seluar slack kami pakai. Kasut semestinya yang hitam pun kami pakai. Haha. Dari situ aku mula minat seni penulisan seperti puisi. Aku cari buku Lim Swee Tin. Ternyata indahnya bahasa sastera. Kadang-kadang aku buka balik buku cerpen & antologi puisi sekolah. Masa tu baru aku sedar. Oh ye. Kenapa Bulan? Begini. Aku dan bekas grup puisi sekolah lamaku telah buat satu grup puisi yang dinamakan Intuisi. Ahlinya cuma 4 orang. 2 teruna dan 2 gadis. Bukan pasangan ye. Hehe. Teruna tu adik pada si gadis. Dalam grup ni ahlinya memakai nama alam. Kalau aku bulan maka pasti ada bintang. 2 lagi ialah angin dan air. Insyaallah grup ini tidak lama lagi akan ada hasilnya.
wahhhhhhhhhhh.... bulan, bintang, angin dan air.. :-) insyaAllah..
ReplyDeleteamin,, ^^
ReplyDeleteaha!! bulan bulat ^^ post yg comel :)
ReplyDeletesweet my fren ... :)
ReplyDeletenow i know... why bulan bulat... kekeke
ReplyDeletei like sebab 1.. bulan sgt indah bila dpandang.. :)
nice ...:') indah ciptaan ALLAH ..
ReplyDelete