Showing posts with label Booku. Show all posts
Showing posts with label Booku. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

Andrea Hirata : Sebuah inspirasi magis

Andrea Hirata. Siapa yang tak kenal beliau? Satu nama besar dalam industri penulisan Indonesia. Andrea merupakan penulis magis yang menginspirasikan aku untuk cuba menulis. Bermula dengan membaca novel hits 'Laskar Pelangi', yang memaparkan kisah anak-anak kampung Belitong yang pelbagai kerenahnya dalam mengejar ilmu telah memeningkan aku dengan bahasanya yang sosial dan sains. Dari situ aku sangat kagum akan bahasanya yang indah.  Manakan tidak dalam 'Laskar Pelangi' saja ada teori Newton, ada falsafah Einstein, ada juga nama Beatles dan Beethoven. Cuba bayangkan. Haha. 

- 'Laskar Pelangi' adalah novel pertama Tetralogi Laskar Pelangi, iaitu Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. 

- Novel 'Laskar Pelangi' telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa. 'The Rainbow Troops' merupakan edisi internasional bagi novel tersebut manakala 'The Dreamer' adalah edisi internasional bagi novel 'Sang Pemimpi'. Bagi novel 'Edensor' dan 'Maryamah Karpov', penerbitan edisi internasional akan menyusul kemudian.

- 'Laskar Pelangi' di baca anak berusia 7 tahun sampai profesor universiti berusia 70 tahun. Dinikmati penggemar sastera termasuklah orang yang tidak pernah membaca novel. Novel ini telah dijadikan tesis, mas kahwin, bacaan wajib di sekolah, dan dibaca orang di dalam bas sambil tertawa dan menangis, sendirian.

- 'Laskar Pelangi' dan 'Sang Pemimpi' telah ditayangkan dalam bentuk filem pada tahun 2008 dan 2009.

Sedikit Info mengenai Andrea :

Andrea Hirata Seman adalah si Ikal pelajar sekolah Muhammadiah yang diceritakan dalam 'Laskar Pelangi'. Beliau berpendidikan Sarjana Muda dari Universiti Indonesia dan pernah bekerja di pejabat pos Bogor. Pada tahun 2001 beliau mendapat biasiswa Sarjana untuk pengajian di Sheffeild Hallam University, Inggeris dan lulus degan predikat graduate with distinction. Beliau berkesempatan untuk melakukan penyelidikan di Universite de Paris, Sorbonne, dengan bidang kajian finance. Sekarang beliau bekerja sebagai analisis do pejabat pusat PT. Telkom Bandung. 'Laskar Pelangi' merupakan novel pertamanya.

Tetralogi Laskar Pelangi



Edisi Internasional



Sebuah lagu dari kumpulan Nidji, OST Laskar Pelangi



Sekian, ^^

Thursday, 18 August 2011

Hikmah Hati

Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi. 


Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!



Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!



p/s : Bagi aku ni novel ketuhanan yang menginsafkan pembacanya. Mengenai kisah Ghulam yang berdepan 2 pilihan di antara kebaikan & kebatilan. Kalian tahu apa makna 'Be eshme elohim'? Tahu apa itu basar dan basirah? Hmm. Silalah baca buku yang baik untuk jiwa ini. :p

Tuesday, 16 August 2011

Ramlee Awang Murshid (RAM)

RAM merupakan novelis yang paling aku minati sebab penulisan beliau bergenre thriller. Tapi jangan salah paham pulak. Dalam sesebuah novel yang ditulisnya tak lah dari intro sampai outro thriller. Beliau bijak memanipulasi kita dengan menyelitkan elemen saspen yang diwarnakan lagi dengan penambahan elemen cinta, kasih-sayang, kekeluargaan, fakta sains & islam dll lagi. Hmm. Kat bawah ni aku selitkan serba sedikit mengenai beliau. Tujuan aku letakkan nama RAM dalam entri kali ni sebab banyak novel beliau yang aku baca berbanding novelis-novelis lain. Aku adalah salah seorang Ramians! :p


Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21. Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Antara novel-novel beliau yang aku dah baca :

1) Tetralogi Bagaikan Puteri 


p/s : Dalam tetralogi ni novel 'Bagaikan Puteri' je yang aku tak pernah baca. Aku start baca dari 'Cinta Sang Ratu' sampailah yang paling latest, 'Sutera Bidadari'. Huhu. Sebuah epik thriller yang benar-benar mengesankan. :p

2) Trilogi Tombiruo


p/s : Dalam trilogi ni pun hanya novel 'Tombiruo Terakhir' je yang aku baca sebab novel 'Tombiruo Terakhir' & 'Cinta Sang Ratu' ni merupakan novel pertama karya RAM yang aku baca. Disebabkan 'Tombiruo Terakhir' merupakan novel yang terakhir daripada trilogi ni, so aku tak baca la novel-novel yang sebelumnya sebab aku dah paham ceritanya. Begitu juga dengan novel 'Bagaikan Puteri' yang aku tak baca sebab aku dah paham melalui novel 'Cinta Sang Ratu'. ^^


3) Ungu Karmila


4) 9 Nyawa


5) Rahsia Perindu


6) Mandatori


7) Rayyan Fantasi


Sebenarnya ada banyak lagi Novel-novel lama RAM ni yang belum aku baca seperti ADAM, Personal Justice, Hatiku di Harajuku, RanggauSatu Janji, Igauan Maut & Pei Pan. Insyaallah, kalau ada masa nanti aku beli & baca then aku review kat sini. Hehe.


-I am Ramians-

Sunday, 14 August 2011

Wo Ai Ni Allah

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi. Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan. Wo Ai Ni, Allah... aku cinta Allah... tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.