Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.
Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!
Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!
p/s : Bagi aku ni novel ketuhanan yang menginsafkan pembacanya. Mengenai kisah Ghulam yang berdepan 2 pilihan di antara kebaikan & kebatilan. Kalian tahu apa makna 'Be eshme elohim'? Tahu apa itu basar dan basirah? Hmm. Silalah baca buku yang baik untuk jiwa ini. :p
ali dah baca ke novel ni??
ReplyDeletemenarik atau biasa2??
dah ler ct.. :)
ReplyDeletebukan setakat menarik je, tp tertarik-tarik sekali..hehe..buku ni bagusla ct..tp xla segenre dgn RAM..ni mmg ketuhanan yg menyenangkan.. ^^
ok2.. klu macam tu.. nanti siti nak cari juga la..
ReplyDelete