Thursday, 25 August 2011

1730; 1 Juta Penonton

















Menonton drama
audio di campur-baur
sangat sedikit dari manusia sebenarnya.
kasihan telinga
mata percaya
lakonan berjaya

sekali lagi
hairan, stereotaip
drama adalah cinta, nyanyian,
tarian, lalu mati
tumbuh seorang pengganti
usai episod duka, gembira

maaf penulis skrip

Tuesday, 23 August 2011

Andrea Hirata : Sebuah inspirasi magis

Andrea Hirata. Siapa yang tak kenal beliau? Satu nama besar dalam industri penulisan Indonesia. Andrea merupakan penulis magis yang menginspirasikan aku untuk cuba menulis. Bermula dengan membaca novel hits 'Laskar Pelangi', yang memaparkan kisah anak-anak kampung Belitong yang pelbagai kerenahnya dalam mengejar ilmu telah memeningkan aku dengan bahasanya yang sosial dan sains. Dari situ aku sangat kagum akan bahasanya yang indah.  Manakan tidak dalam 'Laskar Pelangi' saja ada teori Newton, ada falsafah Einstein, ada juga nama Beatles dan Beethoven. Cuba bayangkan. Haha. 

- 'Laskar Pelangi' adalah novel pertama Tetralogi Laskar Pelangi, iaitu Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. 

- Novel 'Laskar Pelangi' telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa. 'The Rainbow Troops' merupakan edisi internasional bagi novel tersebut manakala 'The Dreamer' adalah edisi internasional bagi novel 'Sang Pemimpi'. Bagi novel 'Edensor' dan 'Maryamah Karpov', penerbitan edisi internasional akan menyusul kemudian.

- 'Laskar Pelangi' di baca anak berusia 7 tahun sampai profesor universiti berusia 70 tahun. Dinikmati penggemar sastera termasuklah orang yang tidak pernah membaca novel. Novel ini telah dijadikan tesis, mas kahwin, bacaan wajib di sekolah, dan dibaca orang di dalam bas sambil tertawa dan menangis, sendirian.

- 'Laskar Pelangi' dan 'Sang Pemimpi' telah ditayangkan dalam bentuk filem pada tahun 2008 dan 2009.

Sedikit Info mengenai Andrea :

Andrea Hirata Seman adalah si Ikal pelajar sekolah Muhammadiah yang diceritakan dalam 'Laskar Pelangi'. Beliau berpendidikan Sarjana Muda dari Universiti Indonesia dan pernah bekerja di pejabat pos Bogor. Pada tahun 2001 beliau mendapat biasiswa Sarjana untuk pengajian di Sheffeild Hallam University, Inggeris dan lulus degan predikat graduate with distinction. Beliau berkesempatan untuk melakukan penyelidikan di Universite de Paris, Sorbonne, dengan bidang kajian finance. Sekarang beliau bekerja sebagai analisis do pejabat pusat PT. Telkom Bandung. 'Laskar Pelangi' merupakan novel pertamanya.

Tetralogi Laskar Pelangi



Edisi Internasional



Sebuah lagu dari kumpulan Nidji, OST Laskar Pelangi



Sekian, ^^

"Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti."

Sunday, 21 August 2011

Teater : Pekik Sunyi
















Alkisah, 
seorang anak di Palestina, menelusuri lorong di jalur Gaza,
mengumpulkan selonsong peluru dan batu.
Ketika matahari turun, untuk memenuhi laparnya, 
ia memamah semua suara.
Kerongkongannya perih, 
tapi tak satu pun bunyi yang keluar dari pita suaranya.
Akhirnya ia tertidur di bekas ladang zaitun dan korma.

Bukan salahnya kalau ia bermimpi bertemu Yasser Arafat.
Yasser Arafat mengusap kepalanya dan bertanya: Siapa ayahmu, nak?
Tiba-tiba ia mendapatkan suaranya dan menjawab: 
Perjanjian Perdamaian!
Arafat tersenyum, mengangguk-angguk, lalu bertanya lagi: 
Siapa ibumu?
Si anak menjawab dengan tak ragu: Intifada! Intifada!
Arafat termangu, dan sejurus kemudian bertanya lagi: 
Apa cita-citamu?
Si anak juga termangu, antara bermimpi dan tidak, ia berteriak serak: Meniup terompet Israfil!

(petikan naskah PEKIK SUNYI, 1994 - 2010)


'Pekik Sunyi' merupakan nashkah karya Muhammad Ibrahim Ilyas yang ditulis pada tahun 1994. Karya ini kemudiannya telah dipentaskan dalam bentuk teater. 

Saturday, 20 August 2011

Kawan, Somalia dan Malaysia jauh berbeza

Kawan,
kasihankan kami yang derita
kamu di sana mewahnya segala
di saat lebihan nasi yang tersisa kamu buang,
di sini kami menadah tangan,
merayu kepada langit mohon sebutir nasi
mohon simpati sampai mati.


kecilnya tangan kami
tulang-belulang memberontak keluar melihat bumi
membuang isi, jiwa, kerna mati
lalu kami adalah mayat yang difotokan
buat seluruh dunia yang banyak warga
Tajuknya yang sensasi ramai yang beli
benar, kami telah mewakilkan foto itu
sebenarnya kami benci

kawan, apakah kami orang asing?
rumah kami tak berdinding
bila hujan turun kami mengerekot
sakit perut kami tutup mulut
kawan, kenapa tanganmu disorok dalam baju?

Kawan,
Somalia dan Malaysia jauh berbeza.


  



Thursday, 18 August 2011

'Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka” (Hukama)

Hujan

Menjadi dewasa
pertama kali berdiri
semua yang datang dan pergi akan kau lihat sendiri

Kau ikutkan rasa hati
membawa diri dan pergi
jauh dari yang disayangi
kau masih terus mencari
berlari

Terjatuh malu berdarah luka
ratumu hilang tanpa kesan
kebanggaanmu lesap dibawa lari
merbahaya api tak dikenali
kawan barangkali lawan
dan semua ini adalah balasanmu

Hidup kau berubah megah
kau asyik dengan wanita
kau takutkan kehilangan
hilang harta hilang nyawa

Hujan petang turun menyejukkan
ibumu sendirian
rumah sepi ditinggalkan
ibumu di jalanan
mencarimu, menunggumu


Tolong sayangi ibu kamu selayaknya!















Hikmah Hati

Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi. 


Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!



Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!



p/s : Bagi aku ni novel ketuhanan yang menginsafkan pembacanya. Mengenai kisah Ghulam yang berdepan 2 pilihan di antara kebaikan & kebatilan. Kalian tahu apa makna 'Be eshme elohim'? Tahu apa itu basar dan basirah? Hmm. Silalah baca buku yang baik untuk jiwa ini. :p

Tuesday, 16 August 2011


"Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga."

Ramlee Awang Murshid (RAM)

RAM merupakan novelis yang paling aku minati sebab penulisan beliau bergenre thriller. Tapi jangan salah paham pulak. Dalam sesebuah novel yang ditulisnya tak lah dari intro sampai outro thriller. Beliau bijak memanipulasi kita dengan menyelitkan elemen saspen yang diwarnakan lagi dengan penambahan elemen cinta, kasih-sayang, kekeluargaan, fakta sains & islam dll lagi. Hmm. Kat bawah ni aku selitkan serba sedikit mengenai beliau. Tujuan aku letakkan nama RAM dalam entri kali ni sebab banyak novel beliau yang aku baca berbanding novelis-novelis lain. Aku adalah salah seorang Ramians! :p


Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21. Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Antara novel-novel beliau yang aku dah baca :

1) Tetralogi Bagaikan Puteri 


p/s : Dalam tetralogi ni novel 'Bagaikan Puteri' je yang aku tak pernah baca. Aku start baca dari 'Cinta Sang Ratu' sampailah yang paling latest, 'Sutera Bidadari'. Huhu. Sebuah epik thriller yang benar-benar mengesankan. :p

2) Trilogi Tombiruo


p/s : Dalam trilogi ni pun hanya novel 'Tombiruo Terakhir' je yang aku baca sebab novel 'Tombiruo Terakhir' & 'Cinta Sang Ratu' ni merupakan novel pertama karya RAM yang aku baca. Disebabkan 'Tombiruo Terakhir' merupakan novel yang terakhir daripada trilogi ni, so aku tak baca la novel-novel yang sebelumnya sebab aku dah paham ceritanya. Begitu juga dengan novel 'Bagaikan Puteri' yang aku tak baca sebab aku dah paham melalui novel 'Cinta Sang Ratu'. ^^


3) Ungu Karmila


4) 9 Nyawa


5) Rahsia Perindu


6) Mandatori


7) Rayyan Fantasi


Sebenarnya ada banyak lagi Novel-novel lama RAM ni yang belum aku baca seperti ADAM, Personal Justice, Hatiku di Harajuku, RanggauSatu Janji, Igauan Maut & Pei Pan. Insyaallah, kalau ada masa nanti aku beli & baca then aku review kat sini. Hehe.


-I am Ramians-