Wednesday, 6 May 2015

Tusuk (Untuk Sahabat Terdekat)

aku muliakan sahabatku bersila di sisi
semoga dosa itu diam
kononnya terpujuk, lalu aku rapat mendekat

aku senyum
"mengapa?", dia terpinga-pinga
aku senyum lagi
sahabatku tertanya-tanya

pada hari yang lain
dia datang bersama(nya)
bagi sahabatku, itu sebuah bangga
yang harus dijulang, biar benderang!
di barisan belakang aku kecundang  
dan selepas dia pulang iri membakar hati
dengki berapi-api
(iblis dan anak-anak tak kering gusi)

pada hari ini
dia datang tanpa(nya)
dia jadi asing, aku juga asing
kami seperti orang asing
duduk didalam bas yang sama

aku senyum
tidak berbalas
aku senyum lagi
sahabatku seperti duduk sendiri

aku muliakan sahabatku bersila di sisi
semoga dosa itu diam
kononnya terpujuk, lalu aku rapat mendekat

aku serahkan(nya) padamu sahabat
dengan tertib ampun dijunjung
silakan tusuk dari hadapan!

lampu padam
aku senyum
luka aku berdarah di belakang.


*mohon ampun sahabat-sahabat yang terasa sesama sendiri.
*dia lebih tak bererti kau kurang.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! :)