Friday, 22 June 2012

Bercakap dengan Tuhan

Tuhan,
andai lidah ini telah letih memujimu,
gerakkanlah hatiku untuk memujimu
supaya dengan itu kita selalu dekat.

Wednesday, 9 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Lima)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

jeritlah sekuat gajah liar!
berlarilah sepantas cheetah
ia tetap di sisimu.

dalam pasu ada bunga
dalam tanah kau sorok sesuatu
dari kelmarin ianya diam ditanam dalam-dalam

ada seorang muslimah sedang membilang jari-jemarinya
ada kanak-kanak yang berbasikal
dalam barisan pertama dia bangun menegakkan hak
paling hadapan dia ketua

Ya Allah, sudah tibakah masaku?

Monday, 7 May 2012

Sebelum nanti aku menulis.. (Empat)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

pensel yang dikatakan untuk menulis
atau papan kekunci yang digunakan untuk menaip
kenapa sering bekerja pada wakru-waktu ini?

di mana pula suaramu?
betul, dewasa gitar tak bernafsu
tak mengghairakan semuda dahulu

kurt cobain terus mati, hidup aku masih berbaki
sepantas cahaya aku berlari, malaikat kanan dan kiri

Allah, ampuni dosa-dosa silamku.

Sunday, 6 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Tiga)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

masa yang aku cuba cipta
terlalu sedikit
dan kata hati yang aku cuba sampaikan
masih jauh
berbanding fizikal itu yang sudah terlalu dekat

ah! apa malu ini sentiasa bersama?
lalu nanti cinta ditiup angin pergi selamanya

Semoga Allah merahmatimu.

Friday, 4 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Dua)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

di mana bunga yang layu?
aku katakan carilah kerana ianya kini di merata
lalu aku tanyakan di mana pula bunga yang harum mekar?
dia katakan bunga ini milik Tuhan-Mu

kesimpulan itu aku ikat janjikan
kerana jika cinta kepada makhluk itu menunjukkan jalan Tuhan
sampai mati aku cinta makhluk itu.

Selamat sejahtera ke atas kamu cinta!

Sunday, 22 April 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Satu)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

Jika intan dan emas masih adakah insan yang menghulur besi
di khalayak modenisasi yang persen penduduknya ke barat
"Uncle, berikan aku besi tu."

Jika putih dan flying kiss masih adakah yang halal bertutup
di era pemerintahan demokrasi rakyat
"Insyaallah, aku menikah dengan yang halal bertutup."

Kalau 98.76% fikiran dikuasai oleh makhluk tuhan, pasti sukar kau bernafas.

Sunday, 25 March 2012

Sebelum melintas.

udara milik semua
tanah untuk semua
kerana manusia itu semua

menyusur jalan yang tak tenteram
kecuali reda bila menyalanya lampu merah
di situ juga aku bahkan semua
fobia, trauma, gelisah, rimas, panas
bila bunyi-bunyi yang memekik itu memaksa rongga nafas telinga dilitup
kalau kecil-kecil main kejar-kejar
besar-besar kereta kejar-kejar

lampu bukan milik semua
kaki lima bukan miilik semua
kerana manusia itu individualistik semua

Tuesday, 13 March 2012

Sunyi.

Page ni terlampau sunyi buat aku. Dah lama tak update. Dah lama takde idea. Dah lama tak menulis.

Mungkin baru-baru ni terlalu sibuk dengan produk2 lomo rasanya. Sibuk dengan filter, adapter, flash, filem dan macam-macam lagi kot. Masih baru dalam Lomografi. Oh ya, sila2 la jenguk ke blog ke 2 aku tu. Mungkin di situ ada jugakla keaktifannya.

Kerja pun sebenarnya membataskan lagi aktiviti2 lama aku. Kalau dulu sibuk duk cari ayat-ayat puitis, atau cari melodi-melodi bahagia, atau jamming ke, atau menulis cerita ke dan sekarang perkara yang menyibukkan aku adalah angka yang tak putus-putus masuk keluar dalam kepala aku ni. Haish! Kenapa la duk sibuk ambik akaun dulu kan.

Finally, assalamualaikum kawan. :)

(One of Bidadari mesti tiada nama kan?)

Monday, 6 February 2012

Cahaya

Kalau hari ini kita ada pelbagai jenis lampu yang menarik, kita juga mesti ingat bahawa kita ada lampu yang sebenarnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Cuba korang youtube balik kisah-kisah kelahiran Baginda S.A.W. Aku tak mampu nak menaip  panjang pasal cahaya ni. Better korang cari sendiri. 

Salam Maulidur Rasul Semua. :)


Aku bersyukur kerana salah satu namaku adalah Ahmad. 

Saturday, 4 February 2012

Peralihan

aku petik gitar
suaraku tersekat
siapa tutup suis?
aku dewasa datang dari remaja
datang dari benih orang tua
dari Tuhan

jika dulu aku merangkak
hari ini, semakin hari yang jika dihitung
turut menjadikan aku merangkak
benarlah dunia berjasadkan bumi

kecil-kecil mengimpikan kapal terbang
sudah besar buang-buang
dikutip gelandangan
benar, nikmat tak pernah hilang
cuma bertukar tangan

kalau matematik ada angka kosong
hidup manusia pun ada rasa kosong.

Mahukan jarum jam berputar ke belakang adalah tidak mustahil. Sebaliknya mahukan masa berputar ke belakang itulah mustahil.