Showing posts with label Sebentar nanti aku menulis. Show all posts
Showing posts with label Sebentar nanti aku menulis. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Lima)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

jeritlah sekuat gajah liar!
berlarilah sepantas cheetah
ia tetap di sisimu.

dalam pasu ada bunga
dalam tanah kau sorok sesuatu
dari kelmarin ianya diam ditanam dalam-dalam

ada seorang muslimah sedang membilang jari-jemarinya
ada kanak-kanak yang berbasikal
dalam barisan pertama dia bangun menegakkan hak
paling hadapan dia ketua

Ya Allah, sudah tibakah masaku?

Monday, 7 May 2012

Sebelum nanti aku menulis.. (Empat)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

pensel yang dikatakan untuk menulis
atau papan kekunci yang digunakan untuk menaip
kenapa sering bekerja pada wakru-waktu ini?

di mana pula suaramu?
betul, dewasa gitar tak bernafsu
tak mengghairakan semuda dahulu

kurt cobain terus mati, hidup aku masih berbaki
sepantas cahaya aku berlari, malaikat kanan dan kiri

Allah, ampuni dosa-dosa silamku.

Sunday, 6 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Tiga)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

masa yang aku cuba cipta
terlalu sedikit
dan kata hati yang aku cuba sampaikan
masih jauh
berbanding fizikal itu yang sudah terlalu dekat

ah! apa malu ini sentiasa bersama?
lalu nanti cinta ditiup angin pergi selamanya

Semoga Allah merahmatimu.

Friday, 4 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Dua)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

di mana bunga yang layu?
aku katakan carilah kerana ianya kini di merata
lalu aku tanyakan di mana pula bunga yang harum mekar?
dia katakan bunga ini milik Tuhan-Mu

kesimpulan itu aku ikat janjikan
kerana jika cinta kepada makhluk itu menunjukkan jalan Tuhan
sampai mati aku cinta makhluk itu.

Selamat sejahtera ke atas kamu cinta!

Sunday, 22 April 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Satu)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

Jika intan dan emas masih adakah insan yang menghulur besi
di khalayak modenisasi yang persen penduduknya ke barat
"Uncle, berikan aku besi tu."

Jika putih dan flying kiss masih adakah yang halal bertutup
di era pemerintahan demokrasi rakyat
"Insyaallah, aku menikah dengan yang halal bertutup."

Kalau 98.76% fikiran dikuasai oleh makhluk tuhan, pasti sukar kau bernafas.