Sunday, 14 August 2011

Apa yang paling kuat?

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin."

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,

"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah dan beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.

Ayuh, periksa hati yang menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan.




Adam (Bahagian 1)















Cuba kau tidur
cuba kau pejamkan matamu
agar aku bisa bernafas tenang kembali.

Jika kau sedar, aku
terlalu sejuk untuk menerima semua udara ini
bahkan aku akan mati kempunan.

Seharusnya peristiwa itu tak pernah ada
tapi aku juga akan sakit, lesu, rindu
andai sejarah itu tiada.

Kau masih seperti dulu
masih dalam baju yang serupa (warna biru laut)
pernah ada dalam hati untuk menenangkan
umpama bius doktor jiwa
pernah juga menari indah menghibur masa.

Kosong itu benar-benar menyepikan
tetapi ribut pula sering menggusar jiwa.



Selesai pada : Friday, June 11, 2010 at 8:21am

Emosi Si Dahlia
















Dia bukan begitu,
tatkala aku membelai-belai rambutnya,
Dia juga bukan begitu,
tiap kali aku melakar senyum manisnya,
Dia memang tidak begitu,
kerana aku yang sentiasa melihat jatuh dan bangunnya,
Dia tidak diminta begitu,
diselubungi mimpi silam, dendam dan janji yang tak pernah dihargai,
Dia takut dia jadi sebegitu,
Dia dipukul dengan sejarah lama yang terus-menerus mempersoalkan hak,
Kononnya keadilan,
Dia terlalu berharap dapat melihat rupa masa depan,
Dia tidak suka begitu,
kerna impiannya juga seperti kita,
Dia jarang begitu,
hari-hari biasanya indah diwarnai pelangi yang berbagai-bagai karakter warnanya,
Dia mungkin begitu,
Apabila guris tercoret di hati,
Dia tidak begitu,
Seperti selalunya..

Khusus buat Si Dahlia:
Mereka yang kadang-kadang dibuai masa silam yang sungguh menyeksakan,
Mereka yang sedang bertarung mengawal emosi gila,
Mereka yang dibebani tanggungjawab supernormal,
Mereka yang diboikot kasih sayang kelmarin,
Mereka yang khuatir melakar masa depan,
Mereka yang migrain di sekeliling punca,
Mereka yang rebah dibiarkan sendirian,
Mereka yang letih berperasaan,
Selagi Mereka memiliki kewarasan akal..

Siapa yang ikut baca Al-Quran?


Ini cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya. Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama. Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya. Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.


Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid. Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya. Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan. Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya. Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan. Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya. Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida. Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur. Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas. Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu. Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi. Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu. Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu. 

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran. Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud. Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi. Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida. Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh. Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu. Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu. Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

Tulisan : Shanika Abdullatib

Penghuni terhormat kaki lima




















Izinkan aku berada di sini
berbumbungkan langit
berselimutkan dingin sembilu
beralaskan hamparan kotak-kotak

Aku masih mampu terlena
lebih lena dari tidurmu
bertemankan mimpi indah
yang pernah aku alami dulu

Aku juga insan sepertimu
ingin rasa bahagia
sedangkan ku pilih untuk berlari
jauh dari kehidupan realiti
hingga aku terdampar di sini

Dikau yang bergelar insan
lemparkan sedikit simpati
agar perutku terisi
walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu

Aku juga punya hati sepertimu
tetapi disinilah hatiku
yang ku bawa lari itu
hati yang telah lama mati

Dikau yang bergelar insan
hulurkan secubit kasih
agar aku rasa dihormati
sebagai penghuni terhormat
di kaki lima ini..


Tulisan : Ayu Mardiana

Saturday, 13 August 2011

There is no turn Back!


Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?


Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."
Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?
Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astagfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

Wednesday, 3 August 2011

Gadis, pulanglah ke pangkuan ibu.

Malam ini bukannya sukar
untuk mencari pergerakan umat manusia
realiti zaman hari ini
oh berjutaan misteri yang menjadi-jadi

Lampuan neon menyaksikan sendiri
gadis-gadis muda tidak bertali

Malam siang berterbalik
bangga maruah dijualbeli
mana letaknya harga diri

Pulanglah ke pangkuan ibu
pulanglah ke pangkuan ibu
dan jadilah gadis yang disayangi


Satu dua tiga!

Aku, Engkau, Kita, Semua..

Wajar bersatu di bumi yang palsu
mereka bermata satu
ayuh berlari tinggalkan matahari
menuju realiti

Kita perancang masa hadapan
Tuhan menentukan

Andai kita leka dan tak langsung sedar
terus bermimpi
bangkit nanti dunia sudah mati

Jangan mudah percaya
pada semua media
mungkin propaganda

berita dunia di tv
tak semua terbukti
jangan menuding jari
pada mereka yang digari

keadilan di mana!?



Media = Lies?
















Mari pulang sahabatku


Mari menyuluh langit,
apa yang kau lihat sahabatku,
mengapa engkau terdiam buntu,
bukankah itu waktu


Maaf sahabatku,
mataku tua sudah menipu dirimu, 
kau masih teguh dengan masa lalu,
dengarlah sini aku beritahu,
kematian sudah berlegar-legar di depanku. 
Noktah..

Jam

Jam
tolong putarkan jarummu kebelakang
biar pusing berlawanan
boleh bukan?
biarlah mereka mencemburui
tentang aku yang tiada saksi   
sakit-sakit yang tak pernah berhenti 
seperti mati saat ini


Jam
temankan aku nanti di jalanan
hari ini tak cerah
bertengkarnya kilat dan guruh
menghasilkan hujan yang serba salah  
dan wujudnya manusia amarah


Jam
minit-minit semalam sudah tiadakah?
atau mungkin boleh diulangkan semula
sampai bila-bila 
kerna sesungguhnya hari ini 
telah wujud jurang antara kami


aku, dia dan kau..

Sahabat itu jangan dipersiakan