jangan picit!
jangan sentuh!
jangan usik!
padam
tentang tadi malap
tiada maaf
siapa suruh?
suruh mereka mengerti
sensitifnya hamba Tuhan itu.
jangan picit!
jangan sentuh!
jangan usik!
padam
tentang tadi malap
tiada maaf
siapa suruh?
suruh mereka mengerti
sensitifnya hamba Tuhan itu.
dulu
gitar itulah aku
kau yang memetik
melodi berdua menyimpul rasa
adakala
gitar itulah kau
aku yang memetik
lagu tiada kata
hanya dari jiwa
dulu itu aku
kelmarin dan semalam itu aku
hari ini juga aku
yang berdiri dari jauh
dan kau kian menjauh
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kerana Dia aku masih lagi mampu berdiri, duduk dan baring.
Sedikit matematik yang mudah.
kau adalah manusia
tak nampak syaitan
apalagi Tuhan
si syaitan
nampak jelas si manusia
tapi bukan Tuhan
Konklusinya, syaitan amat mudah mengalahkan manusia. Manusia amat sukar mengalahkan syaitan.
Tapi manusia lupa kenapa dia dicipta. manusia ada Tuhan yang sentiasa dekat dengannya. Pinta apa saja pasti dikabulkan.
Tuhan nampak manusia
Tuhan nampak syaitan
Justeru, kenapa tidak berlindung di bawah rahmat dan kasih sayang Tuhan? Masih menawar beli maksiat jajaan syaitan?
*Apa yang ditulis hanyalah secebis ilmu yang aku dengar dari Dr Zulkifli.
*Muzik latar ketika menulis, EITS - Six days at the bottom of ocean
PM perlu berguru dengan Mamak untuk menyatupadukan 3 kaum terbesar di negara ni.
Melayu. Cina. India.
Semua makan di sini. Kubu ego perkauman nampak runtuh sama sekali. Tapi janganlah orang-orang politik menjaja nama parti di sini.
Sekadar memerhati.
orang lain menguap
kau berak, kencing
orang lain makan
kau tidur berdengkur
Itulah normal
orang lain membunuh
kau yang pegang pisau
orang lain buat seks
kau buang anak
Itu tak normal.
Segala pujian bagi Allah. Tuhan sekalian alam.
Perjalanan KL-Bali-KL dah lepas. Alhamdulillah semuanya selamat. Nyawa selamat. Barang selamat. Duit jelah yang aku ucap selamat tinggal. Dah jadi milik orang bali.
Backpacking seorang dua lagi best sebenarnya kalau berjalan di tempat orang ni. Kat situ bagi aku kita lebih normal dan banyak masa untuk memandang alam, budaya dan kehidupan. Macam kawan aku cakap, "Aku tak tahu macam mana level tawakal si Zahariz tu kat tempat orang. Berseorangan pulak tu."
Tawakal itu perlu bila dalam situasi macam ni. Kita betul-betul selalu ingat Tuhan dalam melakukan apa jenis tindakan sekalipun.
Tiada daya kekuatan kita melainkan dengan izin Allah.
Biadap adalah bila mana si kaya membaling duit besarnya kepada penjual mahupun peniaga semasa membeli.
Paling biadap pula adalah ketika si kaya membaling duit kecilnya kepada peminta semasa memberi.
Perjalanan hari ini memang dark. Suram. Macam karya Emily Dickinson.
Langit yang sembap serta hujan yang gerimis membuai segar. Mungkin kerana setiap titis hujan yang turun itu mencuci daki-daki udara yang tak bermaya.
Hujanlah. Biar hujan. Biar semua makhluk yang melata di bumi ini merasai pemberian Tuhan sekalian alam.