Thursday, 24 July 2014
Definisi raya lagi
Petang tadi tanpa dirancang masa aku menyelit dalam kelompok manusia aku berjalan di belakang 3 orang istimewa.
Istimewa sebab mata mereka Tuhan hijabkan. Seorang dari mereka memimpin kawan-kawannya yang 2 orang tu. Macam beratur sambil berjalan gayanya.
Lalu seperti biasa soalan tu datang lagi.
"Apa erti raya ya bagi mereka yang istimewa ni? Orang lain sakit mata tengok harga raya yang murah-murah. (atau kalau rasa-rasa murah tu agak kekampungan sedikit gunakanlah perkataan 'SALES'). Mereka tak kan sakit mata sebab mata mereka istimewa. Cuma macam mana mereka merayakan hari lebaran nanti? Maksud aku suasana."
(Sekadar monolog)
Sekian.
Monday, 14 July 2014
Definisi raya
Bukanlah tidak tahu. Apalagi perayaan yang hanya setahun sekali disambut oleh umat islam seantero dunia ni. Cuma aku nak tahu apakah erti hari raya bagi setiap jiwa yang sedang tekun memilih barang raya tu.
Dia orang tahu ke apa erti dan hikmah puasa kalau mereka bagi jawapan macam tu?
Friday, 11 July 2014
Kisah hairan
Kawanku telah terbakar jasadnya sewaktu melarikan diri dari maut. Maut yang menjadi mainan ruji zionis israel. Kawanku hancur terburai kepalanya saat menikmati kurma pertama pada hari puasa yang entah keberapa. Kawanku tak punya nikmat menghitung detik-detik kemenangan.
Aku masih bernafas.. Aku cuba lagi bernafas untuk menikmati hidup. Dengan izin Tuhan, takdir kawanku kusaksikan sendiri. Takdir yang membuatkan orang-orang hidup bergenang air mata.
Allahuakbar!
Aku sedih. Bahkan cukup kesal dengan orang-orang hidup yang masih menyumbang usaha meruntuhkan al-aqsa. Mereka secara tak langsung telah menjadi peluru zionis yang menembak kejam kawanku.
Walau bagaimanapun orang-orang ini adalah muslim.
Hairan
masih berselera pada Mcd
masih hangat kopi starbuck di tangan
Aku hairan. Mereka tak hairan.
Wednesday, 9 July 2014
Misteri 2
Sebenarnya kata-kata terakhir dari bibir makhluk tu yang masih terngiang-ngiang halus kat hati kecil ni.
pergilah!
bahagia ini tak lama
di sini kau tetap bayang-bayang
kau lebih sempurna tanpaku
Selamat pulang ke jasad asal!
Sunday, 6 July 2014
Misteri
Tuesday, 25 March 2014
Sejenak
Di kedai mamak
ramai jiwa singgah
ada anak beranak
ada pak tua yang setia pada kopi hitam
ada aku..
boleh saja aku bertanya meja ke meja apa yang dibualkan?
tapi ada qari yang setia entah sejak jam berapa dia mengaji
hairan berapa kuat volume speaker ni
sampai bila kita manusia ni masih islam di masjid atau di rumah? Atau di khalayak orang? Islam itu cara hidup.. Bimbang kita solat berdepan orang dan bukannya Allah, Tuhan sekalian alam. Jauh sekali dari ihsan..
Jelas macam tak ada kaitan pun tulisan aku ni dengan senario kat atas tu.
Ok, selamat menjadi muslim sebenar.
Aku beringat, kau juga. Aku berjaga, kau juga.
Lihatlah
Masih berbaki beberapa minit sebelum pukul 12.
Manusia, eloklah belajar dari alam. Lihat bunga. Lihat pokok. Lihat langit tak bertiang. Bahkan lihatlah jalan raya tempat kau setiap hari berjalan. Menaiki apa? Motor? Kereta atau sekadar berjalan kaki?
Tak cukup untuk aku tulis semuanya di sini kerana tak terbilangnya nikmat Tuhan.
Alhamdulillah...
Saturday, 22 March 2014
Seorang
tak ada lagi cerita
tak ada lagi berita
tak ada lagi bicara
sudah..
bukanlah telah seorang
tapi bersama Tuhan
yang menjadikan, kun fayakun
Sunday, 15 December 2013
Kompas
kau di selatan
aku masih di tengah
kau di utara
aku masih di tengah
kau di timur
aku masih di tengah
kau di barat
aku masih di sini
Tidur yang boleh menghapuskan rasa ini. Walau aku tahu ia tidaklah melupus kerana esok pagi andai nyawa masih dikandung rasa tu menyerang lagi. Mungkin kalau boleh aku panggil tidur tu painkiller.
aku harap jarak ini memihak pada aku. Jauh itu kita. Dekat itu hati.
Tuesday, 10 December 2013
Meninggal dunia
Aku tak pandai menulis pun. Kadang-kadang tulisan yang aku tulis tu tak layak pun digelar puisi. Mungkin ekspresi lebih tepat.
Disember, bulan yang mencurahkan air dari langit cukup banyak sekali tahun ni. Negeri-negeri pantai timur diuji Tuhan dengan banjir yang menenggelamkan harta, rezeki dan nyawa. Hikmah air ni cukup bererti buat orang yang berfikir.
Monsoon.. (Teringat puisi monsoon history waktu sekolah menengah dulu)
Kawan, sebenarnya sebelum kita meninggal dunia ada satu perkara yang kita wajib buat tiap-tiap hari yang memerlukan kita meninggal dunia.
Ye. Solat. Kita kena tinggalkan dunia sebentar untuk solat. Solat yang khusyuk benar-benar memisahkan seseorang tu dengan urusan dunia.