Sunday, 30 December 2012
Malam
hantu telah datang
jumlahnya tak ku bilang
di mana-mana jembalang
aku berbohong pada diri sendiri!
nenek moyang yang berdendam
jauh nun di masa silam
diwarisi sampai jiwa-jiwa ini mati
dikuburkan tanpa kapan
bahkan dirasuk patuhkan larangan
mana nama Tuhan?
kau dustakan nikmat Tuhan!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar Rahmaan 55:13)
Sunday, 23 December 2012
Perempuan masa hadapan
ciumlah kakiku sang ombak
aku sekadar menumpang kasih
cintamu pada pasir ini
bukan aku cemburukan
aku tahu ianya titah Tuhan
cumbulah kakiku sang pasir
aku sekadar menumpang rindu
cintamu pada ombak itu
sesuatu yang ku dambakan
rinduku pada perempuan pilihan
sungguh! kau garang tapi comel
aku sekadar menumpang rindu
cintamu pada ombak itu
sesuatu yang ku dambakan
rinduku pada perempuan pilihan
sungguh! kau garang tapi comel
Thursday, 20 December 2012
Wednesday, 19 December 2012
Jahat!
Kau perlu takut bila,
kau sedang gembira
kau ragu-ragu
kau leka
tentang jahatnya perbuatan
kemudian Izrail cabut nyawa!
sedarlah kawan, sedarlah aku!
tak perlu tunggu sangkakala
tak perlu tunggu sangkakala
tak perlu tunggu Disember
pandang diri, lihat sendiri
oksigen ini masih berbaki
bukankah kita tak berlari saat ini?
ikutlah dari mana kau
sebab kau akan ke sana semula.
Aku tulis untuk aku. Kau pun menulis yang sama kan?
Tuesday, 18 December 2012
A dan B
![]() |
| Photograph by Jules Gervais Courtellemont, National Geographic |
apa maksudmu sesat?
kau bukan Tuhan
mana ada jalan senang
manusia itu sendiri berpilihan
mulakan dulu Bismillah
biar kerja mudah
habis nanti Alhamdulillah
kau resah!? usah!
sampai mati kita tak sama
hargailah baki-baki oksigenmu
Hidup ada pilhan. Bijaklah memilh kawan.
Monday, 17 December 2012
Friday, 14 December 2012
New Mexico
Cloudburst, kemana kau menghilang? Rindu zaman dulu-dulu.
Thursday, 13 December 2012
Sebuah doa untukmu
Rasulullah s.a.w. menggambarkan bagaimana doa seorang anak boleh mengubah kedudukan ibubapa mereka di akhirat nanti.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. Maka dia bertanya: “Bagaimana aku boleh berada di sini?” Maka dijawab: “Dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu.”
- Riwayat Ibn Majah no.3660. Sanadnya sahih sebagaimana dalam al-Zawaid
Penulis:Mohd Al-Adib Samuri
Dipetik dari Majalah Solusi
Dipetik dari Majalah Solusi
Kopi dan tampal dari laman blog seorang sahabat : http://ustaznaim.blogspot.com/2012/12/kehebatan-doa-seorang-anak.html
Wednesday, 12 December 2012
Rawak (2)
Pokok Oak dan 4 orang sahabat. Boleh jadi kau tak suka gambar ni kawan. Tapi aku suka. Sebuah memori lampau. Walaupun bukan aku, atau kau. Ianya tetap satu zaman yang bila tubuh masih berbaju kartun atau mungkin basah sebab hingus. Siapa peduli? Mainlah woi! Siapa peduli? Senyum. Gelak. Hahahaha. Menangis pun sebab jatuh, kau ejek atau mak marah dan akhir sekali ada yang pujuk. Lihatlah kawan. Zaman kita keluar bermain dan pulangnya petang. Bebelan mak kita sangat benci waktu itu (walau hakikatnya sebuah doa yang menyejukkan).
Photograph by Edwin L. Wisherd,
Tuesday, 11 December 2012
Rawak (1)
Mari kawan aku ajak kau keluar. Kita boleh bermain semahunya hari ini. Mungkin esok lusa tidak lagi sebab bila saja aku dan kau dewasa kita tak boleh lagi bermain seperti hari ini. Kau mungkin doktor dan aku pesakit. Atau aku mungkin polis dan kau pencuri.
Photograph by Leighann Perron
Subscribe to:
Posts (Atom)







