Tuesday, 26 May 2015

double standard hamba

bukannya hamba membenci tuan hamba yang kaya raya. bahkan hamba juga membenci si miskin yang bilangannya jauh melebihi harta tuan hamba yang kaya raya.

maka hamba lebih memilih untuk duduk bersama si miskin raya.

Friday, 22 May 2015

Hik2. Malu...

malulah orang melayu. apa lagi alasanmu untuk tidak solat hari ni (jumaat)?

malu juga aku. melihat orang bangla dan indon bersarong seadanya berjalan kaki pulang dari jumaat menuju ke kongsinya. sedangkan pada ketika itu aku gah dengan kapcai.

sungguhlah. terik mentari yang menjadi saksi perjalanan pergi-pulang mereka tentang lafaz syahadah tadi.

Wednesday, 20 May 2015

Hamidah

jauhnya kita dari Tuhan
entah rindu atau tidak pada Muhammad

mendengar kisah saudara baru. seorang wanita. pada mulanya kagum pada Nabi lalu beriya-iya mahu namanya ditukar kepada Muhammad. namun terpaksa akur kerana nama itu untuk lelaki. lalu namanya menjadi Hamidah.

apa yang dia rasa pada mulanya iaitu solat puasanya hanya kerana takutkan api neraka benar-benar membuatkan dirinya berubah. justeru, solat puasa dan ibadah lainnya dilakukan kerana cintanya pada Tuhan. Allah.

aku sebagai salah seorang makhluk yang memegang nama Muhammad. tidakkah aku pernah atau terlintas untuk berfikir seperti Hamidah?

Monday, 18 May 2015

lelaki bernama Edward

sebelum aku berterus terang atau mungkin lebih baik tidak perlu berterus terang.

kalau diajak bicara tentang apa sekalipun, meski terlalu sedikit yang serupa. kerana memang yang lain-lain itu adalah sebahagian besar milik diriku.

maka, tak hairanlah jujur amat asing
sebaliknya pura-pura yang mendamping

selamat datang tak diundang
selamat pulang bukankah aku dah bilang

Friday, 15 May 2015

zombie & pari-pari (3)

di suatu tengah hari yang panas. terik. waktu di mana ais menjadi laku.

zombie : apsal dengan kau ni? sakit ke?
pari2 : tak. serba salah.
zombie : erk! serba salah kat siapa?
pari2 : ....
zombie : kau ni peliklah. huh!
pari2 : aku sakit.
zombie : uih! sakit apa? aku tengok ok je. nak aku tolong apa-apa tak?
pari2 : hati aku.

pari2 amat berharap jika zombie menemukan seorang sahabat yang baik lalu mengikutnya. dan mengajak dirinya bersama.

*kawan, hati itu sakit bila sifatnya telah menentang fitrah. satu keadaan di mana bila diajak ke arah kebaikan dia akan jadi berat dan malas. jika dilakukan juga, hati meronta-ronta mahu lekas selesai. dan begitulah sebaliknya. jika diajak ke arah keburukan, dia akan rasa selesa dan berlama-lama di situ. walhal bila hati menentang fitrah, sifatnya akan menjadi serba salah. gelisah.

Monday, 11 May 2015

Situasi hidup mati

Jika diberi peluang untuk kembali ke sekolah rendah, aku akan pastikan aku bubuh 3 profession ni dalam kad laporan sulit pelajar.

Doktor, Cikgu, Pemuzik.

Doktor bermain dengan hidup mati pesakit. Cikgu mendidik budak jadi macam-macam. Pemuzik? Itu antara aku dan bunyi.

Akhir kata kawan, drama tv bersiri 'ER' dan 'House MD' memang cool.

Saturday, 9 May 2015

Muzik

Benda ni mungkin dah jadi asing dalam hidup kau kawan. Bagi aku benda ni hari ke hari membebankan. Tong hitam tu adakalanya menghantui waktu.

Kalau ditanya solusi tentang masalah ni, aku rasa cukup dengan show akustik bising yang sederhana. Plus ada la minah yg temankan aku main cello. Cun!

Pada masa tu bunyi Gaza bergema.

Friday, 8 May 2015

zombie & pari-pari (2)

Di suatu malam,

zombie : apa kau merepek ni!? gelap kot. bukak balik lampu tu!

pari-pari : gelap kan? err aku cuma tertanya-tanya. kalau kat sini bergelap pun kita dah rimas, macam mana kalau hati kita pun bergelap macam ni?

zombie dan pari-pari tidak memikirkan pun soalan tu. mereka diam-diam akur.

Wednesday, 6 May 2015

Tusuk (Untuk Sahabat Terdekat)

aku muliakan sahabatku bersila di sisi
semoga dosa itu diam
kononnya terpujuk, lalu aku rapat mendekat

aku senyum
"mengapa?", dia terpinga-pinga
aku senyum lagi
sahabatku tertanya-tanya

pada hari yang lain
dia datang bersama(nya)
bagi sahabatku, itu sebuah bangga
yang harus dijulang, biar benderang!
di barisan belakang aku kecundang  
dan selepas dia pulang iri membakar hati
dengki berapi-api
(iblis dan anak-anak tak kering gusi)

pada hari ini
dia datang tanpa(nya)
dia jadi asing, aku juga asing
kami seperti orang asing
duduk didalam bas yang sama

aku senyum
tidak berbalas
aku senyum lagi
sahabatku seperti duduk sendiri

aku muliakan sahabatku bersila di sisi
semoga dosa itu diam
kononnya terpujuk, lalu aku rapat mendekat

aku serahkan(nya) padamu sahabat
dengan tertib ampun dijunjung
silakan tusuk dari hadapan!

lampu padam
aku senyum
luka aku berdarah di belakang.


*mohon ampun sahabat-sahabat yang terasa sesama sendiri.
*dia lebih tak bererti kau kurang.