Sunday, 30 December 2012

Malam
















hantu telah datang
jumlahnya tak ku bilang
di mana-mana jembalang

aku berbohong pada diri sendiri!

nenek moyang yang berdendam
jauh nun di masa silam
diwarisi sampai jiwa-jiwa ini mati
dikuburkan tanpa kapan
bahkan dirasuk patuhkan larangan

mana nama Tuhan?
kau dustakan nikmat Tuhan!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar Rahmaan 55:13)


Sunday, 23 December 2012

Perempuan masa hadapan

















ciumlah kakiku sang ombak
aku sekadar menumpang kasih
cintamu pada pasir ini
bukan aku cemburukan
aku tahu ianya titah Tuhan

cumbulah kakiku sang pasir
aku sekadar menumpang rindu
cintamu pada ombak itu
sesuatu yang ku dambakan
rinduku pada perempuan pilihan

sungguh! kau garang tapi comel

Wednesday, 19 December 2012

Jahat!





















Kau perlu takut bila, 
kau sedang gembira 
kau ragu-ragu
kau leka
tentang jahatnya perbuatan
kemudian Izrail cabut nyawa!

sedarlah kawan, sedarlah aku!
tak perlu tunggu sangkakala

Waktu kita dilahirkan, orang lain semua gembira. Waktu kita dikapankan, orang lain menangis. Tapi pastikan kita adalah orang yang gembira saat kita dikuburkan.

tak perlu tunggu Disember
pandang diri, lihat sendiri
oksigen ini masih berbaki
bukankah kita tak berlari saat ini?

ikutlah dari mana kau
sebab kau akan ke sana semula.

Aku tulis untuk aku. Kau pun menulis yang sama kan?

Tuesday, 18 December 2012

A dan B

Photograph by Jules Gervais Courtellemont, National Geographic
apa maksudmu sesat?
kau bukan Tuhan
mana ada jalan senang
manusia itu sendiri berpilihan

mulakan dulu Bismillah
biar kerja mudah
habis nanti Alhamdulillah

kau resah!? usah!
sampai mati kita tak sama
hargailah baki-baki oksigenmu

Hidup ada pilhan. Bijaklah memilh kawan.

Monday, 17 December 2012

Rawak (3)


Orang akan cari kita bila ada masalah. 
Photograph by George Shiras

Friday, 14 December 2012

New Mexico

 

Cloudburst, kemana kau menghilang? Rindu zaman dulu-dulu.

Thursday, 13 December 2012

Sebuah doa untukmu




Rasulullah s.a.w. menggambarkan bagaimana doa seorang anak boleh mengubah kedudukan ibubapa mereka di akhirat nanti. 

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. Maka dia bertanya: “Bagaimana aku boleh berada di sini?” Maka dijawab: “Dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu.”
- Riwayat Ibn Majah no.3660. Sanadnya sahih sebagaimana dalam al-Zawaid

Penulis:Mohd Al-Adib Samuri
Dipetik dari Majalah Solusi

Kopi dan tampal dari laman blog seorang sahabat : http://ustaznaim.blogspot.com/2012/12/kehebatan-doa-seorang-anak.html

Wednesday, 12 December 2012

Rawak (2)


Pokok Oak dan 4 orang sahabat. Boleh jadi kau tak suka gambar ni kawan. Tapi aku suka. Sebuah memori lampau. Walaupun bukan aku, atau kau. Ianya tetap satu zaman yang bila tubuh masih berbaju kartun atau mungkin basah sebab hingus. Siapa peduli? Mainlah woi! Siapa peduli? Senyum. Gelak. Hahahaha. Menangis pun sebab jatuh, kau ejek atau mak marah dan akhir sekali ada yang pujuk. Lihatlah kawan. Zaman kita keluar bermain dan pulangnya petang. Bebelan mak kita sangat benci waktu itu (walau hakikatnya sebuah doa yang menyejukkan).

Photograph by Edwin L. Wisherd,

Tuesday, 11 December 2012

Rawak (1)

 
Mari kawan aku ajak kau keluar. Kita boleh bermain semahunya hari ini. Mungkin esok lusa tidak lagi sebab bila saja aku dan kau dewasa kita tak boleh lagi bermain seperti hari ini. Kau mungkin doktor dan aku pesakit. Atau aku mungkin polis dan kau pencuri.

Photograph by Leighann Perron

Monday, 10 December 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Tamat)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

tak perlu beri aku oksigen baru
kau telah diam dalam sejarah
semakin dicari, semakin merana hati
kau adalah pengalaman
tak lama kau ditakdirkan
mengimpikan berbulan-bulan
reaksi normal masih di pertengahan
lalu lelaki itu memperlahankan harapan
sampai waktu ia dipendam
terus mati tak ditanam (dimakan angan)

Ini yang terakhir
aku tamatkan episod nyata
kerna sebelumnya cuma air mata
jika kau baca tekadku
jika ku ulangi baca

Selamat sejahtera ke atas kamu, cinta!

Friday, 7 December 2012

Di atas sini

Kadang-kadang apa yang aku buat ni tak rugi. Sampai berat untuk aku buka dan bebaskan. Manakan tidak. Di sini ada yang sentiasa bercakap dengan aku tentang masa depan. Katanya, "kalau kau tak sure, kau solat istikharah dulu li." Now orang yang cakap kat aku ni pun dah nak berhijrah. Aku menyusul kemudian.

Kedua, saat orang membenci atau memandang rendah terhadap diri mereka, aku tercari-cari mana satu subjek pada tubuh mereka atau mungkin pada kulitnya yang perlu aku kata eeeeeee? Malah yang aku jumpa cuma sebaris ayat "Assalamualaikum! Sihat kawan? Isyak?" Jadi aku buang jauh-jauh benci. Benar, tak semua. Tapi wajarkah gara-gara satu, semua dari mereka seperti yang satu tu? Always be husnuzhon my friend. InsyaAllah.

Ketiga, dalam perjalanan ke sini, biar hujan atau waktu berseleraknya abstrak jingga matahari di barat aku gagah tempuh. Sebab bersamaku bukan lelah mahupun susah. Cuma angin yang menyapa lembut (barangkali mahu mengipas peluh siang tadi agaknya), burung-burung pipit yang terbang seiringan memaksaku senyum, bukit tua yang menyihirku mengimbas zaman kanak-kanak dan yang paling menakjubkan lukisan langit yang pelbagai genre. Lalu sambil tersenyum, aku lafaz Subhanallah.

always start with Bismillah

Wednesday, 5 December 2012

Biarlah perlahan












budak akan remaja
dewasa akan tua
aku akan tua
tua akan mati

biarlah perlahan, kawan
tak mudah untuk menang
tak mudah beri bahagia pada semua
tak mudah mencari bunga syurga

Sudah sampai masanya aku berhijrah.

Tuesday, 4 December 2012

Dari mata turun ke hati

A : Kita ada mata untuk melihat cantiknya ciptaan Allah di muka bumi. Cuba lihat laut, burung-burung yang keluar pagi balik petang. Cuba tengok langit tak bertiang yang tiada cacat cela. Dan cuba tengok pokok-pokok kaku atau yang sedang bergoyang ditiup angin tu. Atau lebih mudah tontonlah keajaiban ciptaan Allah dalam channel Nat Geo.

B : Kita sering melihat anak-anak dunia. Kita bangga dengan hirarki manusia. Yang miskin dipijak, yang kaya bongkak. Media bersepah berita-berita palsu, mahram dan bukan berpelukan dengan tiket rezeki. Kadang-kadang seperti ada pihak yang menghalalkan cara dengan alasan untuk pengajaran, teladan dll. Tak ubah seperti memberi imuniti kepada jalan-jalan api.

Maaflah, mataku mungkin diserang katarak serius dalam menilai dunia.

Monday, 3 December 2012

rejeki













Kabur tak bererti buta
dari situ aku lihat kekelabuan
baik yang ini atau itu

benar mataku tak mampu melihat syaitan
pedulikan! yang aku mahu lihat kebaikan
di sisi, hadapan, belakang, kanan, kiri

di tengah-tengah biasanya mudah
buat mereka yang bercakaran, ia!
tapi realiti di sini adalah masa depan
di tengah-tengah sumpah susah

pagi sinonimnya rezeki
malam sinonimnya mimpi
lalu aku masih berdiri menunggu datangnya lagi

Berusahalah, rezeki itu sudah ada buatmu.


Saturday, 1 December 2012

Jumaat ini merubah pandangan.

Aku di tengah-tengah. Di antara tingkap yang menyerap bunyi enjin dan burung pagi dari luar dan sebuah katil mudah alih di dalam ini.

Matanya yang seperti telur itu telah dicemar sesuatu yang asing. Aku tak rasa itu parasit. Namun hati yang jarang baik ini terus-terusan berkata ia. Apapun hari ini salah satu parasit itu bakal mati.

Pagi semakin tinggi. Sebab matahari telah bertenaga setelah lena. Pemilik katil mudah alih pun ada yang dah.sedar siang terbuka. Bidadari beserta picagari. Ambulan bersama siren.

Selamat melihat dengan mata baru ibu!

Friday, 23 November 2012

merah, hijau, putih & hitam


Rohnya di mana? Aku tahu jasadnya. Ya aku lihat mayatnya. Mungkin komunikasi antara aku dan dia akan menjawab semua persoalan. Soalan? Bukan. Aku bukan mahu bertanya siapa yang membunuhnya. Malah sudah jelas semua manusia yang masih bernafas kala ini tahu siapa yang memegang senjata. Aku cuma mahu tahu siapa namanya. Nama yang matinya tak sia-sia. Nama yang telah dijanji syurga oleh Tuhan.

Namanya Syahid

Utusan terakhir


Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin 
Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Salam jumaat! :)

Wednesday, 21 November 2012

Aku respek Aizat


Pejam mata, dengar, bayangkan dan terbang.

Palestin, maaf aku belum mampu menulis lagu untuk mu.

Monday, 19 November 2012

Bersih 6.0


Rukun-rukun wuduk :

1.0) Niat
2.0) Basuh muka
3.0) Basuh kedua-dua tangan sampai siku
4.0) Sapu sebahagian kepala dengan air
5.0) Basuh kedua-dua kaki sampai buku lali
6.0) Tertib

Mari sentiasa bersih! :)

Click : http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen/posts/396937277045457

Sunday, 18 November 2012

aku fan Thom Yorke


Kadang-kadang dalam otak aku dok terfikir kalau-kalau Thom masuk islam apa jadi ya? Mesti lagu no suprises ditukar jadi lagu suprise. Hehe. Aku rasa dia akan join Cat Stevens setelah islam iaitu Yusuf Islam. Yela maybe lagu-lagu yang ditulis akan berintikan ketuhanan, kenabian, keamanan dan keislaman. Erk! kuat berangan aku ni ye. (fan en Thom York)

Idea membuat lagu ketuhanan versi Radiohead agak mencabar sedikit bagi aku.


Wednesday, 14 November 2012

Satu

 

Satu
tiada dua
tiada tiga
tiada banyaknya.

I am muslim
 

Monday, 12 November 2012

November

aku tak perlu kota London
kerna Malaysia sedang di dalam Novembernya.
Fuhhhh! udara halus menghembus
dari dekat seperti anak asap
seperti darah ini digaul ketulan ais
bukan paru-paru berais
atau juga pil-pil ais
pasti mereka tahu
bahawa biskut dan kopi
adalah teman yang di cari-cari musim ini
budak tak tahu
malah sering jemu
sebab teman sepermainan sering dirindu.
November masih wujud
dari kecil sehingga dewasa
dingin hujan seperti menambahkan  lagi soalan-soalan kehilangan.

Cinta

Jujur aku katakan yang aku dah takde ilham nak tulis lagu. Yes! Dulu aku tulis lagu pun pasal cinta. Ada la satu dua yang bukan. Now teringin sangat nak tulis lagu ketuhanan. Tapi tula ilham takde. Dah try pegang gitar and cuba cipta melodi. Tapi tak dapat jugak.

Apa yang aku kesalkan kat sini ialah banyak lagu-lagu baru kat radio yang sedap-sedap. Tapi tentang cinta, putus.cinta, puja gadis dll. Kalau la lagu tu tentang ketuhanan, masyaallah besar manfaatnya tu untuk orang-orang telinga muzik macam aku ni.

Bagi aku, jom buat pahala ajak orang ingat Tuhan and kat situ la kita alternate kan lirik. Lagu senang didengar kalau melodi sedap. Kalau melodi sedap inti pasal kecantikan gadis rugi sangat bagi aku.

Gadis akan mati but Allah abadi.

Wednesday, 7 November 2012

Hilang

angin sudah bisu dengan ku
demikian terputus salam dari sana
bayang-bayang palsu juga pecah
tak lagi menarik layar dongeng
membuka cerita-cerita aku
Hilang, nama mu telah jadi sejarah.

Tuesday, 3 July 2012

Bercakap dengan Tuhan (2)

ya Allah,
aku lebih rela hilang ilmu penulisanku, muzikku, bahkan ilmu dunia sekalipun
daripada hilang ilmu yang membawa aku dekat pada-Mu.

Sunday, 1 July 2012

Kongsi (Kedua)

Batuk 

Alhamdulillah. Walaupun time menulis ni aku batuk sedikit, tapi aku sempat tulis kongsi yang kedua kalinya ni. Mudah-mudahan akan ada yang seterus-seterusnya nanti. Doakan aku. ;) Aku tak sure musim batuk ke apa. Tapi kat masjid semalam pun ada yang lagi kuat volume batuknya. Hehe. Takpe, mudah-mudahan sakit tu tanda kasih sayang Allah kepada kita. Syafakallah. 

Dan seperti biasa aku akan kongsikan apa yang aku faham je ya. Mungkin tulisan ni seperti tulisan seorang yang betul-betul jahilkan ilmu. 

1) Kita hidup di dunia ni ada antonimnya sendiri. Kalau kanan lawannya kiri. Kalau baik lawannya jahat. Kalau malaikat lawannya syaitan. Kalau pahala lawannya dosa. Dan kalau syurga lawannya neraka. Banyak lagila kalau nak di list kan pun. Korang pun tahu kan? 

Kalau dunia pulak lawannya pasti akhirat. 

So untuk antonim yang ni, special case sedikit. Kita tak boleh pilih salah satu. Tapi kena pilih kedua-dua. Tapi macam mana nak pilih dua-dua kan? Senang je. Kita ni sebagai muslim kena tahu ke mana kita nak pergi esok selepas kita mati nanti. Dan pilihannya cuma dua. Ya, antonim syurga dan neraka. Kalau untuk yang ni pasti tak kan seorang pun dari kita yang berani pilih neraka kan? Ketahuilah api neraka tu 70 kali ganda dari api yang ada di bumi ni. So mai pakat ramai-ramai pilih syurga. Caranya kita kena beratkan akhirat berbanding dunia. Dunia ni pinjaman dan perhentian. Akhirat itu sebenar-benar destinasi. :)

2) Pasti ada di antara kita yang berdoa supaya dekat dengan Allah kan? Sebenarnya selain berdoa sedemikian, kita juga perlu tahu macam mana cara nak dekat dengan Allah. Ok, yang wajib dah tertunaikah? Contohnya solat fardhu. Yang wajib ni memang dah wajib. So, tak boleh tinggal. Kan kalau buat dapat pahala, tinggal dosa. Bebeza dengan sunat. Sunat ni buat dapat pahala, tinggal tak mengapa. Sebenarnya orang yang banyak buat ibadat sunat ni dekat dengan Allah sebab dia buat ibadat yang orang lain tak nak buat. Dan secara automatiknya dia selalu berhubung dengan Allah. 

3) Perasan tak kepala kita ni adalah tempat yang mulia dari mana-mana anggota badan yang lain? Kalau ada orang nak pukul kepala kita mesti kita elak kan? Dan kalau boleh kita lagi sanggup mana-mana anggota yang lain kena pukul daripada kepala. Contoh lain orang sanggup mencari ubat-ubatan yang boleh bagi muka mereka putih dan cantik. Sebab orang akan memandang seseorang itu bahagian kepala dahulu sebelum anggota yang lain. Jadi, orang yang sujud dalam solatnya tu dia hinakan kemuliaannya kepada Penciptanya, Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta sekalian alam. :)

4) Sebagaimana kita rendahkan diri kepada manusia, begitu juga kita kena rendahkan diri kepada Allah. Kita tak boleh menghinakan diri kepada manusia tetapi kepada Allah ya. 

Kemuliaan dalam kehinaan. 

Orang yang menghinakan dirinya kepada Allah ialah orang yang Do apa yang Allah suruh dan Don’t apa yang Allah larang. Orang sebegini takut akan kemurkaan Allah dan redha atas segala ketentuan takdirnya sama ada baik atau buruk. 

Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya   -Surah Al-Baqarah (2:216) 

Allah s.w.t akan memerintahkan malaikat supaya mengasihi dan memuliakan orang-orang sebegini. Kesimpulannya bila kita mulia di sisi Allah, secara automatiknya kita akan dipandang mulia di sisi manusia. 

Ada satu kisah. Beliau seorang ustaz yang biasa-biasa saja. Cuma yang membezakan dia dari orang lain ialah dia tak ada mulut. Tak ada mulut? Bukan tak ada mulut. Maksudnya dia jarang bercakap. Dia akan bercakap bila perlu saja. Semasa mengajar pun bila dia selesai mengajar dia akan tanya jika ada sesiapa yang tak faham. Jika semuanya faham dia pun menghabiskan kelas dan terus pulang ke rumah. Jika bertemu seseorang dia akan senyum dan bertanya ‘khaifa haluka’ dan terus berlalu sekiranya tiada urusan. Bila ditanya kepada pelajar-pelajar dan orang yang mengenali beliau, mereka mengatakan : 

“Beliau merupakan orang yang saya hormati dan sanjungi.” 

Masyaallah. 

*Maaflah, aku tak pandai nak selitkan hadis or Verse of Quran dalam post ni. Aku just share apa yang aku faham. Macam yang Ust Don cakapla kan, so kalau ada apa-apa yang salah dalam perkongsian kali ni aku nak mintak maaf and aku nak orang-orang yang lebih alim betulkan supaya dengan itu kita semua dapat bersama-sama berlajar ilmu yang bermanfaat dunia akhirat ni. Insyaallah. 

Yg buruk dari diri aku, yg baik dari Allah S.W.T 

Kalau kecik-kecik dulu orang dok ejek aku Ali Baba, now dah besar ni aku rasa bersyukur dapat nama Ali. 

Tuesday, 26 June 2012

zombie & pari-pari

Di atas Jalan Tunku Abdul Rahman
ia berjalan tanpa kaki
oh halimunan yang tak kelihatan
satunya zombie, satunya pari-pari.
Dua-duanya sang teman.

melangkah lecah keegoan di tengah kota
manusia-manusia berpangkat
sumpah hierarkinya bertingkat-tingkat
anting-antingnya emas yang memberat
tak ada satu pun lalat!

melalui simen harapan (di kaki lima ini)
'auntie' lusuh yang sedang menikmati udaranya, teh aisnya
besi berat yang karat dipanggil kapal terbang yang berbakti, diparkir di tepi
kerana Coca-Cola dan kawan lainnya telah mati

"Sedekahkan senyummu buat aku, pari-pari."
"Aku geli, zombie!"

Sunday, 24 June 2012

Kongsi (Pertama)

I wanna be..


(2004 – Early 2012)

I wanna be Chester Bennington
I wanna be Kurt Cobain
I wanna be Noel Gallagher
I wanna be Thom York
I wanna be a rockstar

(Mid 2012 – Die Insyaallah)

I wanna be Umar Abd Aziz
I wanna be Khalid Al-Walid
I wanna be Muhammad Rasulullah
I wanna be better than yesterday
I wanna be a good muslim..

Insyaallah. :)


Oh ya. Kali ni aku nak kongsikan sedikit ilmu. Daripada Ustaz Hidayatullah. Orangnya dari Indonesia. Tapi masyaallah, aku suka gaya beliau menyampaikan tazkirah. Disebabkan percakapan beliau yang masih ada slang Indonesia, so aku expect tak ramai yang faham. Tapi aku faham. Kadang-kadang tu aku tersenyum sorang-sorang, hehe. :D 

Ok, ada 4 golongan yang akan masuk syurga tanpa dihisab. Mereka ni tak akan melalui timbangan Mizan. 

1) Mati Syahid 

- Mati syahid tak semestinya mati di medan perang. Kita ambik contoh yang senang ya. Erm contohnya kita niat nak pergi majlis ilmu. So dari mula perjalanan kita pergi tu sampailah habis majlis ilmu tu dan sampai perjalalan kita pulang ke rumah, sekiranya ditakdirkan berlaku kemalangan dalam tempoh tersebut dan kita meninggal dunia, itu juga adalah mati syahid. Masyallah. :)

2) Haji yang mabrur 

- Macam yang ustaz tu cakapla. Kita ambik contoh yang senang-senang je. Ok, katakanlah sebelum berangkat haji tu, Pak Din (Bukan nama sebenar) seorang yang selalu melengah-lengahkan solatnya. Contohnya, masuk je waktu solat Zuhur, dia rileks je. Then lepas tu dia solat pulak solat Zuhur tu dah nak dekat masuk waktu Asar. Hmm. So andai katalah dia berangkat haji lillahi ta’ala then balik je dari haji dia dah berubah. Contohnya, ok bila masuk je waktu Zuhur, dia dah gelabah dah. Dia cepat-cepat ready untuk solat Zuhur berjemaah di surau. Kan? Kesan haji yang Mabrur di sisi Allah S.W.T. :)

3) Ahli sedekah / derma 

4) Ulama 



Kesimpulannya, apa pun amal kebaikan kita haruslah di niatkan kerana Allah ta’ala. (lillahi ta’ala) 

*Maaflah, aku tak pandai nak selitkan hadis or Verse of Quran dalam post ni. Aku just share apa yang aku faham. Macam yang Ustz Don cakapla kan, so kalau ada apa-apa yang salah dalam perkongsian kali ni aku nak mintak maaf and aku nak orang-orang yang lebih alim betulkan supaya dengan itu kita semua dapat bersama-sama belajar ilmu yang bermanfaat dunia akhirat ni. Insyaallah. 


Yg buruk dari diri aku, yg baik dari Allah S.W.T 



Seorang perempuan hamil yang meninggal dunia kerana melahirkan anak bukan jadi Pontianak, tetapi mati syahid. 


Friday, 22 June 2012

Bercakap dengan Tuhan

Tuhan,
andai lidah ini telah letih memujimu,
gerakkanlah hatiku untuk memujimu
supaya dengan itu kita selalu dekat.

Wednesday, 9 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Lima)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

jeritlah sekuat gajah liar!
berlarilah sepantas cheetah
ia tetap di sisimu.

dalam pasu ada bunga
dalam tanah kau sorok sesuatu
dari kelmarin ianya diam ditanam dalam-dalam

ada seorang muslimah sedang membilang jari-jemarinya
ada kanak-kanak yang berbasikal
dalam barisan pertama dia bangun menegakkan hak
paling hadapan dia ketua

Ya Allah, sudah tibakah masaku?

Monday, 7 May 2012

Sebelum nanti aku menulis.. (Empat)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

pensel yang dikatakan untuk menulis
atau papan kekunci yang digunakan untuk menaip
kenapa sering bekerja pada wakru-waktu ini?

di mana pula suaramu?
betul, dewasa gitar tak bernafsu
tak mengghairakan semuda dahulu

kurt cobain terus mati, hidup aku masih berbaki
sepantas cahaya aku berlari, malaikat kanan dan kiri

Allah, ampuni dosa-dosa silamku.

Sunday, 6 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Tiga)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

masa yang aku cuba cipta
terlalu sedikit
dan kata hati yang aku cuba sampaikan
masih jauh
berbanding fizikal itu yang sudah terlalu dekat

ah! apa malu ini sentiasa bersama?
lalu nanti cinta ditiup angin pergi selamanya

Semoga Allah merahmatimu.

Friday, 4 May 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Dua)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

di mana bunga yang layu?
aku katakan carilah kerana ianya kini di merata
lalu aku tanyakan di mana pula bunga yang harum mekar?
dia katakan bunga ini milik Tuhan-Mu

kesimpulan itu aku ikat janjikan
kerana jika cinta kepada makhluk itu menunjukkan jalan Tuhan
sampai mati aku cinta makhluk itu.

Selamat sejahtera ke atas kamu cinta!

Sunday, 22 April 2012

Sebentar nanti aku menulis.. (Satu)

sebelum aku menulis
sebelum aku mengatakan sejujurnya

Jika intan dan emas masih adakah insan yang menghulur besi
di khalayak modenisasi yang persen penduduknya ke barat
"Uncle, berikan aku besi tu."

Jika putih dan flying kiss masih adakah yang halal bertutup
di era pemerintahan demokrasi rakyat
"Insyaallah, aku menikah dengan yang halal bertutup."

Kalau 98.76% fikiran dikuasai oleh makhluk tuhan, pasti sukar kau bernafas.

Sunday, 25 March 2012

Sebelum melintas.

udara milik semua
tanah untuk semua
kerana manusia itu semua

menyusur jalan yang tak tenteram
kecuali reda bila menyalanya lampu merah
di situ juga aku bahkan semua
fobia, trauma, gelisah, rimas, panas
bila bunyi-bunyi yang memekik itu memaksa rongga nafas telinga dilitup
kalau kecil-kecil main kejar-kejar
besar-besar kereta kejar-kejar

lampu bukan milik semua
kaki lima bukan miilik semua
kerana manusia itu individualistik semua

Tuesday, 13 March 2012

Sunyi.

Page ni terlampau sunyi buat aku. Dah lama tak update. Dah lama takde idea. Dah lama tak menulis.

Mungkin baru-baru ni terlalu sibuk dengan produk2 lomo rasanya. Sibuk dengan filter, adapter, flash, filem dan macam-macam lagi kot. Masih baru dalam Lomografi. Oh ya, sila2 la jenguk ke blog ke 2 aku tu. Mungkin di situ ada jugakla keaktifannya.

Kerja pun sebenarnya membataskan lagi aktiviti2 lama aku. Kalau dulu sibuk duk cari ayat-ayat puitis, atau cari melodi-melodi bahagia, atau jamming ke, atau menulis cerita ke dan sekarang perkara yang menyibukkan aku adalah angka yang tak putus-putus masuk keluar dalam kepala aku ni. Haish! Kenapa la duk sibuk ambik akaun dulu kan.

Finally, assalamualaikum kawan. :)

(One of Bidadari mesti tiada nama kan?)

Monday, 6 February 2012

Cahaya

Kalau hari ini kita ada pelbagai jenis lampu yang menarik, kita juga mesti ingat bahawa kita ada lampu yang sebenarnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Cuba korang youtube balik kisah-kisah kelahiran Baginda S.A.W. Aku tak mampu nak menaip  panjang pasal cahaya ni. Better korang cari sendiri. 

Salam Maulidur Rasul Semua. :)


Aku bersyukur kerana salah satu namaku adalah Ahmad. 

Saturday, 4 February 2012

Peralihan

aku petik gitar
suaraku tersekat
siapa tutup suis?
aku dewasa datang dari remaja
datang dari benih orang tua
dari Tuhan

jika dulu aku merangkak
hari ini, semakin hari yang jika dihitung
turut menjadikan aku merangkak
benarlah dunia berjasadkan bumi

kecil-kecil mengimpikan kapal terbang
sudah besar buang-buang
dikutip gelandangan
benar, nikmat tak pernah hilang
cuma bertukar tangan

kalau matematik ada angka kosong
hidup manusia pun ada rasa kosong.

Mahukan jarum jam berputar ke belakang adalah tidak mustahil. Sebaliknya mahukan masa berputar ke belakang itulah mustahil.

Monday, 23 January 2012

Yang Berhormat!

Kanda, dinda
Papa, mama
Bangsa, agama, negara
kadang-kadang saling menuding jari

Memang!
sukar yang bersalah angkat tangan
ada orang belakang yang menolak ke depan
justeru yang benar tersungkur tak berbenteng

ada orang bertanya
siapa punya salah?
A buat pengumuman media
B cari lawyer
tak mengaku! (Siapa punya salah?)

Kesudahannya - episod akan terhenti kiamat kelak.

Politik. Ubahlah taktik meraih undi anda. Buang fitnah. 

Saturday, 21 January 2012

Pencuci muka mereka berkesan!

Erk apa hal plak nak cerita bab-bab kecantikan perempuan ni. Woi takde masa la aku nak bincang benda-benda remeh ni.

Maksud aku simple je. Kau pernah kan tengok seseorang tu cantik mukanya? Berseri-seri. Tak berminyak. Takde jerawat. Hmm. Kadang-kadang orang yang tengok tu pun rasa hairan dan rasa cemburu dengan kecantikan tu. So antara persoalan yang timbul ialah pencuci apa yang mereka pakai ye? 

Even aku yang tengok sendiri pun rasa macam......................Tak terkata aku dibuatnya. Bukan apa. Sejuk mata memandang. Senang hati memandang. Tapi takdela dalam kepala aku ni persoalan pencuci muka. Hehe. Cuma yang aku dapat teka dari pandangan pertama adalah mereka ni kelompok yang berpegang kuat pada pendiriannya. Agamanya. 

Bagi aku macam ada malaikat yang menjaga dari setiap sisi. Susah nak datang dekat. Jujur aku cakap mereka ni semua cantik. Tapi mungkin aku tahu jawapannya. Jawapan kepada pencuci muka tadi la. Erk takde la aku tanya direct tuan punya badan tu. Tapi aku tanya buku, hati dan kesimpulan-kesimpulan hidup aku sebagai muslim. 

Maybe air wuduk yang membasahkan anggota wuduk telah menyebabkan anggota wuduk tersebut tawaduk. Patuh pada tuhan yang memerintahkan wuduk. Subhanallah.

Post sebegini mungkin akan ada sambungannya lagi. Tetapi dengan tajuk yang berlainan la. Bergantung kepada pengalaman aku merasai moment-moment penting sebegini. Tak begitu selamat sejahtera ke atas kamu?


Sungguhla. Kalau kau dapat lihat wajah-wajah bidadari ni pasti kau disumpah malu untuk melihat buat kali kedua.

Friday, 20 January 2012

Abnormal

Perkataan ni sering buat aku runsing. Macam penyakit pun ada. Ada waktu-waktu tertentu dia akan singgah kat kepala. Dalam kepala tu pulak dia akan proses maklumat-maklumat yang entah dari mana datangnya sehinggalah tanda soal keluar. Bertanya.

"Di saat orang lain sibuk membeli emas aku duduk diam. Dengan hanya memerhati aku rasa macam lebih selamat. Aku tak berminat untuk berebut mendapatkan emas tu kalau diberikan free sekalipun. Sebaliknya kalau ada apek yang jual besi kat kaki lima tu aku lebih berminat untuk ambik tahu. Even dia tak panggil aku sekalipun. Takde lah aku tergopoh-gapah untuk tengok besi tu. Aku masih berjalan perlahan. Cuma tula aku senang sekali untuk senyum pada besi-besi apek tu walaupun banyak yang dah karat berbanding emas yang elok tadi."

Aku malas nak tulis panjang-panjang tentang post ni. Kalau aku berterus-terang bererti aku menceritakan hal personal aku. So aku buatkan kiasan. Err mungkin kau pening kan? Satu kisah yang weirdo. It's ok.


Baca sambil dengar lagu Radiohead-Creep. Mungkin kau mengerti maksud aku.

Thursday, 19 January 2012

Rohyangbercakapdengankau!

Sekali-sekala biarlah jasad kau tu bercakap dengan roh dia. Kenapa? Entahla. Dia macam kau tanya diri sendiri la. Tapi bukan macam tu maksud aku.

Kau rasa kau faham maksud aku?

Cuba kau tanya diri sendiri mengenai roh kau. Roh kau tu nanti bila kau dah mati still ada kan? Sedangkan jasad dah hancur ditelan tanah. So apa akan terjadi pada roh kau dalam tanah tu? Diseksa? Atau kau tenang kat dalam tu?

Kesimpulannya mudah bukan. Tak payah fikir susah-susah. Ini bukan puisi. Buat apa yang Allah suruh. Tinggal apa yang Allah larang. Aku nasihatkan pada diri aku sendiri dan saudara-saudari yang sedang membaca ni. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin. :)


Apa yang dibanggakan sangat dengan wanita tak bertudung tu?

Wednesday, 18 January 2012

18 hari yang menakjubkan!

18 hari dah aku ada kat dunia ni untuk tahun 2012. Kau pun sama kan?

Esok masih ada or esok masihkah ada? Dua statement ni berlawanan satu sama lain kan. Antonim kot. Biarlah. Ikut rasa masing-masing la kan nak pilih yang mana. Kesimpulannya tetap sama bagi aku. Sebelum kau pilih salah satu statement tu, kau kena bersyukur sebab hidup dah 18 hari untuk tahun ni. Huhu. Kalau baby yang lahir 01.01.12 hari tu, dah 18 hari la adik-adik hidup ye. :)

Dan beberapa hari sebelum ni aku tak putus-putus diberikan rezeki. Alhamdulillah. Taklah rezeki macam orang bagi RM1 juta ke apa.(Tapi tula. Serius aku cakap kalau aku diberikan RM1 juta aku nak try buat filem islamik. Biarlah kalau bergerak secara 'indie' sekalipun. Biarlah hasil kutipan panggung tak seberapa pun. Asalkan aku puas. Mungkin antara 1 filem islamik yang boleh menyaingi filem islamik indonesia. Siapa tahu kan? Konsep simple.) Cuma ada saja orang yang menghulur sesuatu kat aku. Wang rinnggit ada. Senyuman ada. Pertolongan ada, Buku Solusi ada. Dan err buah limau pun ada. Haha. Taula nak raya cina kan.

Bagi aku tu semua rezeki. 


Alhamdulillah. 18 hari yang menakjubkan.


Sunday, 1 January 2012

Satu hari, Bulan satu, 2012!

Aku tergesa-gesa menulis sesuatu yang aku tak pasti di sini gara-gara takut masuk hari ke-2 tahun 2012. Mungkin sebab ramai orang dah tulis wish pasal 2012 kot. Entah.

Apa yang menarik 2012 ni? Orang putih cakap tahun berlakunya kiamat eh? Wo. Tarikh kiamat tu Allah je yang tahu. Yang pasti hari jumaat kan. (It happens on Friday Bro!)

Umur aku pun dah naik setahun. Kau pun sama kan? Tapi tak cukup bulan lagi. Lahir lambat. Hehe. Aku pun tak tahu nak jadi apa aku ni. Tapi kan aku rasa aku macam ada cita-cita nak jadi uztaz la pulak. Woi lari betul dari bidang aku sekarang ni. Kalau aku tahu dari dulu lagi aku belajar bahasa arab semua. Haha. :p

Perenggan terakhir aku untuk hari pertama tahun ni :

"Selamat tahun baru 2012 buat warga bloggers yang sudi membaca blog ni. Semoga kita semua hidup dalam lindungan Allah dan sentiasa meningkatkan amal kebaikan kita. Bukan apa. Buat bekal kita bila mati esok. Bukan pergi sekolah atau kerja je yang kena bawak bekal kan? Huhu. C:"

Assalamulaikum.


Suka tengok Ustaz Azhar Idrus main gitar. C: