Monday, 10 October 2011

Afternoon - Sweat out of the skin


Pernahkah kamu merasakan tenang di tengah hari? Bukan membebel menyalahkan panas yang beranakkan peluh  di atas kulit-kulit. Diri sendiri tidak kisahkan panas. Seakan cuaca jenis ini telah jatuh cinta pada kamu. Dan itu membuatkan dirimu menerima segala kekurangan dan kelebihan. 


wahai pokok tempat aku berteduh
wahai tumbuhan rumput yang hijau 
wahai angin yang menyejukkan 
wahai langit yang tinggi di atas sana 
wahai udara yang aku hirup
wahai semut-semut yang berbaris
wahai sekalian makhluk tanpa akal

aku tahu kamu semua sedang berzikir nama Tuhan..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (1:2)


2 comments:

  1. kamu tahu kesabaran itu muncul bila hati tenang
    bila tengahari..matahari terpacak di kepala..saat itu manusia mudah marah..tp..ada Angin yang bisa menyejukkan.. Alhamdulillah..tp itu tergantung seseorang jika dia mudah sejuk itu petanda baik bahawa dia seorang yang boleh dikawal...jika tidak mungkin ada cara lain untuk menyejukkannya..mungkin dengan cara melihat anugerah alam lain seperti rumput hijau atau langit biru yang barangkali lebih menenangkan..ehe sy sudah jauh mengarut ,,

    ReplyDelete

Assalamualaikum! :)