Wednesday, 3 December 2014

Senangnya hati ini

senangnya hati ini
bila hujan turun ke bumi

senangnya hati ini
merasakan terik matahari pagi

senangnya hati ini
memerhati corak senja di kaki langit

senangnya hati ini
menyapa bayu malam berpuput

hatinya berzikir
akalnya berfikir

*Awwabin mencari Raudhah

Saturday, 29 November 2014

Rasa

jangan picit!
jangan sentuh!
jangan usik!

padam
tentang tadi malap
tiada maaf

siapa suruh?
suruh mereka mengerti

sensitifnya hamba Tuhan itu.

Wednesday, 5 November 2014

Takdir

dulu
gitar itulah aku
kau yang memetik
melodi berdua menyimpul rasa

adakala
gitar itulah kau
aku yang memetik
lagu tiada kata
hanya dari jiwa

dulu itu aku
kelmarin dan semalam itu aku
hari ini juga aku

yang berdiri dari jauh
dan kau kian menjauh

Tuesday, 23 September 2014

Daughter - Pearl Jam



Baca tajuk cerpen ni pun dah membuatkan aku senyum. Lalu aku memulakan bacaan pada awal perenggannya. Aku senyum. Tanpa berlengah aku terus menamatkan bacaan yang menjadikan Eddie Vedder selaku penyumbang suara dalam cerita pendek ni. Habis. Aku tersenyum lagi.

Cerpen Masyarakat : Ayah, Daughter dan Eddie Vedder




Thursday, 11 September 2014

Mat, Mamat

Dengan kelajuan 60 km/j, idea tu datang. Melodi tu dilagukan secara miming tanpa senikata yang tepat. Tak berniat pun nak terus menggubahnya menjadi lagu. Masih dalam genre space rock. Yang langsung tak radio-friendly. Boleh dikatakan sedap melodinya bila diadun dengan delay+reverb di bahagian verse diikuti heavy/muff distortion di bahagian chorus atau bridge.

Cahaya matahari masih berbakti lagi untuk pagi ini. Kulit manusia ini menyerap sebanyak mungkin vitamin yang disebarkan buat penduduk bumi. Vitamin D.

Namun suasana yang aku tengah feel tu tak lama. Pause seketika miming tadi. Atau terus stop (perlu tekan butang start). Kecoh mat motor memaki mamat kereta. Motor mat hampir berlaga dengan kereta mamat. Aku blur. Susah nak menghukum salah siapa. Apa yang aku nampak mat motor baru masuk jalan raya ni dari jalan sebelah (U-turn). Dia tengah cakap sesuatu kat awek/wife/kakak atau tak kan lah mak dia. Perempuan tu nampak muda. Lawa. Mamat pulak yang aku nampak tengah tukar lorong dari tengah ke kanan yang mana jalan mat motor yang baru masuk tadi. Hampir bertembunglah mat dan mamat tadi. Mat pun memaki la si mamat itu ini. Ditendangnya kereta si mamat.

Kesudahannya feel yang aku tengah layan tadi (Idea lagu+cahaya matahari) terus berkecai. Nak dikutip balik memang tersangat berat dan susah. Umpama naik bukit pakai gear tinggi. Mat dan mamat pun aku tak tahu lah apa ceritanya. Harap-harap insiden tu tak jadi subjek berita wartawan la pagi esok. Atau mungkin menjadi viral di media sosial.

Takpelah kalau aku punya feel hilang. Aku redha je. Sekarang pun dah tak ingat dah melodi tu. Tapi yang aku takutkan si syaitan tu betul-betul dah racun mat motor tadi. Mat mungkin orang yang baik. Sedikit je api tu terpercik terus menyala amarah mat. Mendadak. Merah.

Mohon bersabar dan bertimbang rasa serta memandu lah dengan cermat dan selamat buat kita semua pengguna tegar/pasif jalan raya.
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang berada di langit dan di bumi.Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah lagi Maha Tinggi dan Maha Agung”.

Monday, 8 September 2014

6 hari di dasar laut

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kerana Dia aku masih lagi mampu berdiri, duduk dan baring.

Sedikit matematik yang mudah.

kau adalah manusia
tak nampak syaitan
apalagi Tuhan

si syaitan
nampak jelas si manusia
tapi bukan Tuhan

Konklusinya, syaitan amat mudah mengalahkan manusia. Manusia amat sukar mengalahkan syaitan.

Tapi manusia lupa kenapa dia dicipta. manusia ada Tuhan yang sentiasa dekat dengannya. Pinta apa saja pasti dikabulkan.

Tuhan nampak manusia
Tuhan nampak syaitan

Justeru, kenapa tidak berlindung di bawah rahmat dan kasih sayang Tuhan? Masih menawar beli maksiat jajaan syaitan?

*Apa yang ditulis hanyalah secebis ilmu yang aku dengar dari Dr Zulkifli.

*Muzik latar ketika menulis, EITS - Six days at the bottom of ocean

Friday, 5 September 2014

Roti canai & Teh tarik

PM perlu berguru dengan Mamak untuk menyatupadukan 3 kaum terbesar di negara ni.

Melayu. Cina. India.

Semua makan di sini. Kubu ego perkauman nampak runtuh sama sekali. Tapi janganlah orang-orang politik menjaja nama parti di sini.

Sekadar memerhati.

Thursday, 4 September 2014

Di antara normalnya diri

orang lain menguap
kau berak, kencing
orang lain makan
kau tidur berdengkur

Itulah normal

orang lain membunuh
kau yang pegang pisau
orang lain buat seks
kau buang anak

Itu tak normal.

Wednesday, 3 September 2014

Tawakal

Segala pujian bagi Allah. Tuhan sekalian alam.

Perjalanan KL-Bali-KL dah lepas. Alhamdulillah semuanya selamat. Nyawa selamat. Barang selamat. Duit jelah yang aku ucap selamat tinggal. Dah jadi milik orang bali.

Backpacking seorang dua lagi best sebenarnya kalau berjalan di tempat orang ni. Kat situ bagi aku kita lebih normal dan banyak masa untuk memandang alam, budaya dan kehidupan. Macam kawan aku cakap, "Aku tak tahu macam mana level tawakal si Zahariz tu kat tempat orang. Berseorangan pulak tu."

Tawakal itu perlu bila dalam situasi macam ni. Kita betul-betul selalu ingat Tuhan dalam melakukan apa jenis tindakan sekalipun.

Tiada daya kekuatan kita melainkan dengan izin Allah.

Tuesday, 26 August 2014

Kaya berbiadap

Biadap adalah bila mana si kaya membaling duit besarnya kepada penjual mahupun peniaga semasa membeli.

Paling biadap pula adalah ketika si kaya membaling duit kecilnya kepada peminta semasa memberi.

Monday, 25 August 2014

Segar yang suram

Perjalanan hari ini memang dark. Suram. Macam karya Emily Dickinson.

Langit yang sembap serta hujan yang gerimis membuai segar. Mungkin kerana setiap titis hujan yang turun itu mencuci daki-daki udara yang tak bermaya.

Hujanlah. Biar hujan. Biar semua makhluk yang melata di bumi ini merasai pemberian Tuhan sekalian alam.

Sunday, 24 August 2014

Football Star

Bola tu datang bergolek kat depan aku. Aku tergamam 3 saat sebelum terus beredar.

Apa perasaan dia setelah sekian lama aku tak memeluknya. Pasti kalau aku shoot sehebat football star pun mesti benda bulat tu melekat je kat situ. Atau bola tu sebenarnya datang nak pujuk aku bermain balik? Macam zaman hingus-hingus dulu.

Merajuk atau aku yang malu pada benda tu.

Saturday, 23 August 2014

Tanggang moden

Apa yang kau nampak bila kau tengok baby?

Comel.
Cute.

Tak. Sebenarnya kau sedang nampak diri kau waktu kau masih baby. Pada masa tu kau dikendong sambil didodoi lagu tidur oleh ibu atau ayah. Masa tu kasih sayang ikhlas.

Dan sekarang ni kau tak kendong dan dodoi orang tua tu. Kasih sayang mengharap balas.

Kau buang sambil bantai..

Budak

Budak, kau mainlah puas-puas. Terokalah setiap kegembiraan dan keseronokan di usiamu yang masih kecil ini. Walau kadang seronok bagi kau adalah nakal bagi kami.

Bermainlah sekarang sebelum akil baligh merubah permainanmu.

Friday, 22 August 2014

Bunuh diri

Brader sebelah aku sedang khayal menelan warna merah tu. Bertemankan teknologi yang membenteng kami serta menumpul ketajaman mata.

Biarlah. Cuma warna merah tu yang buat aku terasa macam nak cakap; "Bro, merah lu tu bunuh luar dan dalam.".

Dari pengalaman sepetang bersama coke dan dunhill.

Thursday, 21 August 2014

Tertunduk ke bumi

Tak terkata apa. Mata aku melihat sendiri.

Cuma memang betul mereka masih memesan minuman stabak melalui kaunter pandu-pesan-bayar-dapat-pandu.

Timbul seketika wajah adik-adik sekecil bayi berdarah-darah, pecah-pecah tubuh lembut itu, tak bermaya saat dipangku dan tangan melayu islam malaysia yang aku nampak tadi sedang menghulur sumbangan pada binatang yang membaham jiwa kecil itu.

Sila benci Israel. (Selembut nada)

Terima kasih.

Tuesday, 19 August 2014

Tunjuk aku!

tak perlu salahkan pemalu
sekecil kutu, setitik cemar

setiap gerak dari aku
sejuta rahsia memecah fikir

nanti,
tika hujan tak mencurah
kau, aku dan segala pasti...

tunjuk aku.

Saturday, 16 August 2014

Erti gembira!

Kadang-kadang gembira itu tak semestinya duit. Basuh kaki kau yang kotor pakai air paip pun dah cukup menggembirakan. Lagi-lagi penyucian itu berlaku selepas hujan.

Gembira yang sebenar bila kau rasa cinta masa kau tatap wajah orang yang melahirkan kau tu. Cubalah cari waktu tu. Aku sampai la ni tak puas-puas.

Friday, 15 August 2014

Smells like adult spirit

Petang tadi menyaksikan sendiri orang motor terbabas.
Malam ni mengalami sendiri orang ghairah diludah.

Kurt, nanti aku tukar lagu kau jadi 'smells like adult spirit'. Ok dak? Teen depa dah takdak.

Sudahlah. Kau adalah seorang.

Jumaat paling best!

Hari ini hari jumaat. Maka, spesis manusia yang berhalkum sudah pastinya berada di masjid. Boleh la aku katakan yang 'TIDORIsM' adalah penyakit yg cepat menular pada penghulu hari ni.

Aku menyapu pandang  rata-rata tubuh dan wajah jemaah yang telah diam atau sedang qiam ketika ini. Seronok melihat orang yang betul-betul nampak malaikat yang sedang berdiri di depan mimbar. Dan lebih penting diperhati Tuhan sekalian alam.

Kalau boleh aku nak teriak masa ni "SELAMAT HARI JUMAAT!!!!".

Dan waktu berjalan...
Khatib membaca teks.

Dan sementara aku berperang dengan penyakit yang cepat merebak tu aku dipaksa bersangka baik bagi seseorang yang tengah khusyuk pada ketika ini.

Khusyuk bermain CANDY CRUSH!!!!

What!???

OK.

Sekian, teknologi membunuh kita luar dan dalam.

Rock kapak

Sedikit berbunga hati bila bunga yang layu mekar untuk seketika.

Sudahlah. Semua itu perancangan Tuhan.

Thursday, 14 August 2014

Hujan yang mencintai

Aku dah start plan nak menikah dan....

Bila berseorangan boleh bawak kau cium bau hujan yang tumpah merata. Kau dapat rasakan zikir paling sensitif. Namun ada kalanya bila berseorangan boleh menjebakkan diri kau pada api tanpa disedari atau sedar berkali-kali.

Menikah. Zaman la ni susah.

Tuesday, 5 August 2014

Boom!!

Kalau pistol diacu
aku rasa mati itu dipecah tiga
takut hilang insan
takut hilang intan
atau takut kulit dibakar

Nikmat mana yang kau dustakan!?

Semalam tak mendung

Menoleh ke belakang
suram-suram
ada sejarah yang berdarah, bernanah
langit hitam tanah kelabu
warna jadi buruk dek luntur
itulah, lama

Menoleh ke belakang
Suram-suram
ada hari yang indah-indah
hari sebelum dia mati
bila bibir menarik air mata
itulah, kenangan

9 Syawal

Selamat Hari Raya yang ke-9!!

Ramadan telah pergi. Meninggalkan hamba hina ini yang masih berat ke dunia. Lalu hamba hina ini berpuasa enam syawal bagi merebut ganjaran seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.

Aku masih lagi bekerja seperti biasa. Bangun pagi. Tempuh KL yang ternak asap dan debu. Hon berkicau sana sini. Sampai pejabat duduk. Buat kerja. Ikut telunjuk bos.

Sampai masa aku mula terfikir kenapa rasa macam ada benda yang tak lepas-lepas lagi ni? Kerja ada duit. Duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya duit (Meminjam dialog seorang pak lawak). Kat Kolumpo ni duit tu raja. Namun raja tu tetap tak boleh beli kasih sayang dan nyawa. Salam takziah buat keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 & 17.

Jiwa yang cenderung pada sesuatu yang bebas masih berkurung di penjara yang ramai idamkan. Itu lah aku.
Manusia yang meminati seni. Bukan ikut bos sana sini.

Sampai masa atau entah bila impian itu jadi realiti. Bukan mahukan populariti. Sekadar ekspresi dari jiwa yang berat.

Sekian, dari hamba hina yang banyak dosa.

 #prayforgaza

Thursday, 24 July 2014

Definisi raya lagi

Terlebih dahulu, maafkanlah aku yang sering mencari makna aidilfitri.

Petang tadi tanpa dirancang masa aku menyelit dalam kelompok manusia aku berjalan di belakang 3 orang istimewa.

Istimewa sebab mata mereka Tuhan hijabkan. Seorang dari mereka memimpin kawan-kawannya yang 2 orang tu. Macam beratur sambil berjalan gayanya.

Lalu seperti biasa soalan tu datang lagi.
"Apa erti raya ya bagi mereka yang istimewa ni? Orang lain sakit mata tengok harga raya yang murah-murah. (atau kalau rasa-rasa murah tu agak kekampungan sedikit gunakanlah perkataan 'SALES'). Mereka tak kan sakit mata sebab mata mereka istimewa. Cuma macam mana mereka merayakan hari lebaran nanti? Maksud aku suasana."

(Sekadar monolog)

Sekian.

Monday, 14 July 2014

Definisi raya

Sedang ramai manusia beduyun-duyun membeli itu ini di Jalan Tuanku Abdul Rahman, aku sibuk mencari apa sebenarnya maksud hari raya atau aidilfitri.

Bukanlah tidak tahu. Apalagi perayaan yang hanya setahun sekali disambut oleh umat islam seantero dunia ni. Cuma aku nak tahu apakah erti hari raya bagi setiap jiwa yang sedang tekun memilih barang raya tu.

Dia orang tahu ke apa erti dan hikmah puasa kalau mereka bagi jawapan macam tu?

Friday, 11 July 2014

Kisah hairan

Mengantuk.. Tapi dengan izin Tuhan masih berpeluang untuk memeluk bantal di atas tilam empuk setibanya di rumah nanti. Apa yang berlaku pada diri aku jauh berbeza dengan kawanku.

Kawanku telah terbakar jasadnya sewaktu melarikan diri dari maut. Maut yang menjadi mainan ruji zionis israel. Kawanku hancur terburai kepalanya saat menikmati kurma pertama pada hari puasa yang entah keberapa. Kawanku tak punya nikmat menghitung detik-detik kemenangan.

Aku masih bernafas.. Aku cuba lagi bernafas untuk menikmati hidup. Dengan izin Tuhan, takdir kawanku kusaksikan sendiri. Takdir yang membuatkan orang-orang hidup bergenang air mata.

Allahuakbar!

Aku sedih. Bahkan cukup kesal dengan orang-orang hidup yang masih menyumbang usaha meruntuhkan al-aqsa. Mereka secara tak langsung telah menjadi peluru zionis yang menembak kejam kawanku.
Walau bagaimanapun orang-orang ini adalah muslim.

Hairan
masih berselera pada Mcd
masih hangat kopi starbuck di tangan
Aku hairan. Mereka tak hairan.

Wednesday, 9 July 2014

Misteri 2

Apa sebenarnya maksud peristiwa tu? Sungguh, benar-benar membuat aku terfikir-fikir. Pertanyaan betulkah atau arghh lupakan jela silih berganti memacu daya fikir yang kompleks. Dia bukanlah manusia yang tidak pernah aku jumpa. Malah aku cukup yakin yang dia tu seseorang pada masa lalu.

Sebenarnya kata-kata terakhir dari bibir makhluk tu yang masih terngiang-ngiang halus kat hati kecil ni.

pergilah!
bahagia ini tak lama
di sini kau tetap bayang-bayang
kau lebih sempurna tanpaku

Selamat pulang ke jasad asal!

Sunday, 6 July 2014

Misteri

Aku benar-benar berharap episod mimpi semalam bersambung lagi. Bagaimana separuh jiwaku disihirmu. Tunas puisimu yang baru kau tanam telah aku bau harumannya bahkan rela diri ini bersatu. Pengakuanmu pada akhir pertemuan sukar dinafikan walau ada kalanya meragukan di alam wujud.
Marilah ke sini lagi malam nanti...

Tuesday, 25 March 2014

Sejenak

Di kedai mamak
ramai jiwa singgah
ada anak beranak
ada pak tua yang setia pada kopi hitam
ada aku..

boleh saja aku bertanya meja ke meja apa yang dibualkan?
tapi ada qari yang setia entah sejak jam berapa dia mengaji
hairan berapa kuat volume speaker ni

sampai bila kita manusia ni masih islam di masjid atau di rumah? Atau di khalayak orang? Islam itu cara hidup.. Bimbang kita solat berdepan orang dan bukannya Allah, Tuhan sekalian alam. Jauh sekali dari ihsan..

Jelas macam tak ada kaitan pun tulisan aku ni dengan senario kat atas tu.

Ok, selamat menjadi muslim sebenar.
Aku beringat, kau juga. Aku berjaga, kau juga.


Lihatlah

Masih berbaki beberapa minit sebelum pukul 12.

Manusia, eloklah belajar dari alam. Lihat bunga. Lihat pokok. Lihat langit tak bertiang. Bahkan lihatlah jalan raya tempat kau setiap hari berjalan. Menaiki apa? Motor? Kereta atau sekadar berjalan kaki?

Tak cukup untuk aku tulis semuanya di sini kerana tak terbilangnya nikmat Tuhan.

Alhamdulillah...

Saturday, 22 March 2014

Seorang

tak ada lagi cerita
tak ada lagi berita
tak ada lagi bicara

sudah..

bukanlah telah seorang
tapi bersama Tuhan
yang menjadikan, kun fayakun