PohonCherry

'PohonCherry' ni sebenarnya satu projek aku yang err entahla aku sendiri pun blur. Tapi dalam jiwa aku mesti ada benda ni ; Agama, Masyarakat, Politik, Kanak-kanak, Keganasan, Kebuluran, Peperangan, Hak manusia, Kemurungan, Cinta dll. Jadi benda-benda ni aku tulis dan lagukan. Tapi lagu yang aku buat tu simple je. Aku panggil Mini Song sebab lagunya pendek-pendek belaka. Hmm.

Antara lagu-lagu yang dah ade :


1) Ah Moy
2) Amei Chan
3) An evening tales, i see you
4) Biar jatuh jangan berhenti
5) Di akhir koma
6) Dunia hari ini
7) Gadis, pulanglah ke pangkuan ibu
8) Hujan
9) Kita murid darjah satu
10) Lensa
11) Nurul
12) Pergi mati
13) Puteri Salji
14) Satu, dua, tiga!
15) Senja - Malam
16) Sepi
17) The dead body is alive
18) Sisa di medan tempur

Sebenarnya bukan senang nak jadi Singer-Songwiter. Trend muzik berbeza-beza. Muda-mudi sekarang lebih menjiwai muzik yang err paham-paham sendirila. Aku pun muda-mudi tu jugak. So aku tau la kan macam mana muzik yang suka. Hehe.

Buskers di Pasar Seni
Aku paling respect kat buskers. Mereka ni berjiwa rakyat. Dulu selalu jugakla tiap minggu aku pergi Pasar Seni (Central Market). Tapi sekarang tak dah sebab CM sekarang dah diubahsuai untuk tempat peniaga kecil-kecilan. Mereka (Buskers) ni antara individu yang inspired aku tulis lagu. Lagu-lagu yang mereka mainkan kebanyakannya lagu era 60-an ke atas. The Beatles, Bob Marley, Kembara, Sweet Charity, Gun & Roses dan macam-macam lagi la lagu wajib mereka ni. Huhu. Syahdu giler bila tengok mereka perform petang-petang. Tambah lagi dengan adanya angin yang menyenangkan. ^^

So buskers ni ada kaitannya la dengan PohonCherry. Huhu.

Lagu-lagu dalam list kat atas tu aku rekod pakai Phone je. Kualiti bunyi pun kebanyakannya amr dan wav. Tapi ada lagu-lagu tu yang aku rekod pakai Komp and aku buat dubbing bagi seram siket bunyinya. Contohnya lagu 'Sisa di medan tempur'. Hehe. Mungkin ni antara hobi aku kot. Silalah dengar ye. Ada di blog ni juga.

Oh ya, lirik-lirik lagunya ada di blog ni juga. Sila click :
http://yellowledbetter12.blogspot.com/search/label/amr%20%28DoReMiFaSoLaSiDo%29

Sebarang kritikan, kutukan, cemuhan, sindiran atau pujian tetap aku terima dengan senang hati. Sekian.


4 comments:

  1. apalagi ali..blg record da ini lagu..kami sentiasa menyok0ng anda..hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memamg pndai wat lagu..tp xnk show off je..hahaha

      Delete
    2. yeke..hebat ek die..kwn2 die sme gak ke pndai wat lagu?mst la terer kn..aku ase yg penyanyi sbnr 2 lg hebat k0t..hahaha..drumer die mst kayu..basis lg la..hahaha..jgn mrh ek alim n mael..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Assalamualaikum! :)